His Love : 27

6.5K 269 2
                                    

TasHijabis's

Fokus Tasneem pada skrin iMac yang berada di hadapannya sampai dia langsung tidak sedar kewujudan Aedy di muka pintu bilik kerjanya.

Dari tadi Aedy hanya memerhati segala gerak-geri Tasneem yang sedang fokus melakukan kerjanya. Tergelak Aedy saat melihat wajah cemberut Tasneem.

Tasneem yang mendengar suara ketaw seseorang langsung mengalihkan pandangannya. Baru lah dia sedar Aedy ada di situ. Geram Tasneem menengok Aedy yang galak mengetawakannya.

"Apahal kau gelak? Ni bila sampai? Dah berapa lama kau berdiri dekat situ?" Bertubi-tubi soalan Tasneem pada Aedy.

Aedy lantas mengatur langkah masuk ke dalam bilik pejabat Tasneem. Pintu bilik dibiarkan terbuka. Nanti ada timbul fitnah pula. Tak memasal.

"Lama dah. Rasanya dalam setengah jam juga lah." Jawab Aedy seraya melabuhkan duduknya di kerusi di hadapan Tasneem.

"Asal tak masuk je?"

"Saja. Aku tengok kau fokus sangat. Malas nak kacau." Berdecit Tasneem. Dia membuat muka toya.

Aedy dah selalu sangat kacau dia. Sebelum ni takda pula rasa malas nak kacau. Sekarang saya baru rasa. Lepuk karang.

"Eleh kau. Beria." Sembur Tasneem. Tergelak Aedy. Faham sangat lah perangai masing-masing.

Sebab itu lah diaorang berdua ni boleh jadi kawan. Aedy ni ramai saja kawan dia. Terlebih lagi kaum perempuan. Tetapi Tasneem lah seorang yang tahu buat Aedy rasa selesa.

Tasneem boleh dikatakan berbeza dengan semua perempuan yang dia kenal. Walaupun begitu, Aedy tak pernah simpan perasaan pada Tasneem. Dia hanya anggap Tasneem seperti adik perempuannya.

Tasneem pula sejenis yang tak berkawan. Lebih sering dipanggil tidak bergaul. Dulu Tasneem pernah saja kena buli. Nasib si Aedy ada. Selalu back up dia. Sejak perkara itu lah mereka berkawan.

"Bila kau balik Malaysia ni?" Tanya Tasneem sambil menaip di papan kekunci.

"Dua hari lepas." Jawab Aedy.

"What? Lepastu kau tak call aku? Sampai hati doh. Macam ni lah kawan. Tak sukanya." Membebel sudah mak minah ni. Aedy menjulingkan matanya ke atas.

"Bukan tak nak call. Aku busy pindah rumah dan pindah negara." Terdiam Tasneem lima saat sebelum mata dia bersinar.

"Kau pindah Malaysia? Dah tak duduk Indonesia? Serius ni?!" Teruja wajah Tasneem.

"Iya. Aku tetap terus dekat sini."

"Yeayyyy!!" Bersorak riang Tasneem.

Akhirnya, selepas beberapa tahun Aedy menetap di Indonesia. Kini, balik juga dia tinggal di negara sendiri. Bagus.

"Betul lah orang kata. Hujan emas di negara orang. Hujan batu di negera sendiri. Lebih selesa duduk di negara sendiri." Kata Aedy sambil tersenyum manis melihat wajah gembira Tasneem.

"Betul. Aku dah cakap sebelum ni kau tak nak dengar." Sarkastik Tasneem membidas Aedy.

"Heh! Kau ni." Pantang betul. Asal ada peluang nak mengenakan dia. Tasneem lah orang nombor satu. Selalu menggunakan peluang dengan baik.

"Kau apa khabar sekarang? Aku tengok kau makin.. sihat?" Tasneem menjeling Aedy. Nak cakap aku gemuk lah tu.

"Kau nak cakap aku gemuk kan?" Pantas Aedy menggeleng. Siap kedua tangannya dilayangkan ke kiri dan ke kanan di hadapan Tasneem.

"Mana ada. Kau tak gemuk. Cuma.. pipi kau nampak debab. Naik sikit. Comel." Berdecit Tasneem. Nak kata aku gemuk tu cakap saja lah. Berdalih bagai konon.

His Love [C]Where stories live. Discover now