Hello ! Mr Husband | Bab 2

22.3K 634 3
                                    

Bunyi pintu bilik Qasha di ketuk daripada luar . Kedengaran suara Puan Nasuha memanggil Qasha . Qasha pula masih lagi enak dibuai mimpi indah . Penat Puan Nasuha mengetuk pintu berkali-kali dan memanggil Qasha masih lagi tiada jawapan tanda Qasha bangun daripada tidur . Puan Nasuha mengambil keputusan untuk menjerit nama penuh Qasha .

"Puteri Aqasha Balqish !" Jerit Puan Nasuha daripada luar bilik Qasha . Qasha yang tadi tidur mati terus terjaga apabila Puan Nasuha menjerit nama penuhnya . Qasha pun bangun dan pergi membuka pintu biliknya itu . Puan Nasuha berdiri tegak sambil memeluk tubuh di hadapan Qasha .

"Ibu ketuk pintu bilik Qasha banyak kali tapi Qasha tak bangun jugak . Boleh pecah pintu bilik ni kalau ibu tak jerit nama penuh Qasha kuat-kuat tau !" Marah Puan Nasuha . Qasha yang hanya separuh sedar di tepuk oleh Puan Nasuha .

"Adui , sakitlah ibu !" Qasha mengadu kesakitan . Dia mengosok perlahan-lahan pipi yang di tepuk oleh Puan Nasuha tadi .

"Ha baru sedar sepenuhnya ? Sudah pergi siap cepat , kejap lagi keluarga Abang Farhan datang . Tolong Mak Ton buat makan malam sekali ."

"Datang ?! Ibu tak cakap pun tadi !"

"Dah Qasha tak tanya . Mereka tidur dekat sini sampai hari Ahad ni aje ."

'Mesti ada mamat senget tu ! Ni tak suka ni ! Aku balik nak manja dengan keluarga ! Bukannya tengok muka mamat senget tu !' Omel Qasha di dalam hati .

"Hmm ye lah ! Qasha nak siap kejap . Nanti dah siap Qasha turun tolong Mak Ton ." Jawab Qasha lalu terus menutup pintu . Ni lah perangai Qasha , kalau dah tak ada mood dia tak fikir apa dah .

----

Selesai sahaja bersiap , Qasha turun ke bawah untuk menolong Mak Ton . Ruang tamu kedengaran agak bising . Qasha mengambil keputusan untuk mengintai terlebih dahulu .

'Patut bising semacam , keluarga Abang Farhan dah sampai . Tapi mana yang lain ?' Soal Qasha sendirian di dalam hati .

Hisham sudah perasan akan kehadiran Qasha . Hisham ni pula anak sulung dalam keluarga ni . Dia aje satu-satu putera dalam keluarga ini . Dia merupakan abang kesayangan Qasha . Anis tidak berapa rapat dengannya kecuali Qasha .

"Oi dik ! Kau buat apa dekat situ ?" Soal Hisham yang duduk di sebelah Tuan Helmi . Semua yang berada di situ memandang Qasha .

'Abang ni , sengaja nak bagi aku malu ke apa ?!' Marah Qasha dilepaskan di dalam hati saja . Qasha pun berjalan ke arah mereka yang sedang duduk berkumpul di ruang tamu . Qasha terus menyalam tangan Puan Maria iaitu mama kepada Farhan , Rayyan dan Marlina .

"Aunty sihat ? Qasha rindu aunty ." Tanya Qasha dengan intonasi yang lembut sahaja .

"Alhamdullilah sihat . Aunty bertambah sihat bila tengok Qasha !" Balas Puan Maria sambil memberi senyuman semanis madu .

"Eh aunty ni ada aje ayat sweet ye ? Kejap mana yang lain ?" Soal Qasha sambil memandang Puan Nasuha .

"Abang Farhan pergi butik pengantin dengan Kak Anis . Rayyan dengan Marlina belum sampai ." Qasha hanya mengangguk tanda faham selepas mendengar penjelasan ibunya .

"Rindu Rayyan ke dik oi ?" Sapa Hisham secara tiba-tiba .

"Mana ada . Memandai aje abang buat fakta ! Nak ni ?!" Kata Qasha sambil menunjukkan buku lima ke arah Hisham .

"Sudah , kamu berdua ni kalau jumpa tak sah kalau tak gaduh . Macam kucing dengan anjing . Ada saja yang nak dibuat bahan ." Tegur Tuan Helmi yang daripada tadi mendiamkan diri .

"Abang Sham tu babah !" Qasha menunding jarinya ke arah Hisham . Hisham pula hanya membuat muka tak kesahnya itu .

"Dah , Qasha pergi ... " Belum sempat Puan Nasuha menghabiskan ayatnya . Tiba-tiba seorang gadis memberi salam dan jalan ke arah mereka .

"Assalamualaikum ibu ! Lin rindu ibu !" Sapa seorang gadis yang tidak berapa tinggi dan mempunyai rambut hingga ke paras bahu terus memeluk tubuh Puan Nasuha dan pelukannya di balas semula .

Ha ni Marlina , anak bongsu Tuan Fadli dan Puan Maria . Muda dua tahun daripada Qasha dan Rayyan . Marlina sangatlah rapat dengan Puan Nasuha sejak dahulu lagi sebab itu dia memanggil Puan Nasuha dengan panggilan ibu . Qasha ada jugak cemburu dengan Marlina ni sebab terlampau rapat dengan ibunya dahulu .

"Waalaikumusalam , ibu rindu Lin jugak . Lama ibu tak jumpa Lin . Dekat dua belas tahun ibu tak jumpa ."

"Lin , mana Rayyan ?" Soal Puan Maria secara tiba-tiba . Marlina mencari kelibat abangnya .

"Ha tu abang !" Kata Marlina sambil menunding jari ke arah Rayyan yang baru masuk ke dalam rumah agam ini . Qasha juga turut memandang ke pintu . Qasha mengelamun seketika .

'Pahal mamat senget ni handsome sangat ? Dulu kecil-kecil tak handsome macam ni pun .' Qasha berkata di dalam hati .

Rayyan menyalam tangan ibu dan babah Qasha . Sempat jugak Si Rayyan tu memandang Qasha . Qasha hanya memberikan jelingan tajam kepada Rayyan . Rayyan mengambil tempat duduk di sebelah adiknya , Marlina .

'Sejak bila mata mamat ni warna dark blonde ? Punya lama aku kenal dia , hari ni baru perasan' Qasha berkata dalam hati sambil ketawa seorang diri . Semua yang berada di situ memandang Qasha .

"Kau dah kenapa dik ? Angau ke apa sampai gelak tiba-tiba tanpa sebab ?" Tegur Hisham membuatkan Qasha terus tersedar daripada mengelamun .

"Angau apa pulak abang ni ? Qasha tak gelak pun ." Qasha cuba memutar fakta yang betul .

"Jangan ingat abang tak nampak kau gelak tadi ye ."

"Ibu pun nampak Qasha gelak tadi . Kami ada cakap benda yang lawak ke ?" Soal Puan Nasuha pula . Qasha sudah buntu tidak tahu nak jawab apa . Rayyan pulak asik tersengeh-sengeh apabila lihat Qasha dijadikan bahan lawak .

"Kamu pulak kenapa Rayyan ? Asik tersengeh-sengeh ." Tegur Puan Maria pula dituju untuk Rayyan . Sekarang semua yang ada di ruang tamu memandang Rayyan .

'Kau pun satu Rayyan , sengeh tu kawallah . Tak pasal-pasal semua pandang kau ." Omel Rayyan di dalam hati .

"Aish budak dua orang ni . Sorang gelak tiba-tiba sorang lagi asik tersengeh-sengeh . Jodoh kuat tu ." Usik Hisham .

"Abang buat lawak ? Sebab Qasha rasa lawak ."

"Lah lawak ke ? Tak tahu pulak abang buat lawak ."

"Kena gelaklah ni ? Okey kita gelak ramai-ramai ." Qasha pura-pura gelak . Gelak tak ikhlaslah .

"Kalau dah jodoh tak ke mana kan ?" Soal Hisham sambil memandang ke arah Qasha kemudian beralih pandangan ke arah Rayyan pula .

"Wahh , ni lagi lawak ! Ni kena gelak sambil tepuk tangan ni !" Qasha ketawa sambil menepuk kedua-dua belah tangannya .

"Sudah , kamu berdua ni kalau lawan mulut dua-dua tak nak mengalah ." Tegur Puan Nasuha untuk dua orang anaknya itu .

"Padan muka kau dik kena marah ."

"Hisham , kamu tu dah 26 tahun tapi perangai sama aje macam budak 2 tahun ."

"Hmm ye lah ."

"Okeylah ibu , Qasha nak tolong Mak Ton dulu . Baik tolong Mak Ton daripada layan perangai tiga suku abang tu ." Qasha sempat menjelir lidah kepada abangnya sebelum pergi ke dapur .

"Perangai kamu semua ni tak penah berubah daripada kecil lagi . Ni kalau semua dah kahwin jangan anaknya pun ikut perangai kamu sudah ." Usik Tuan Helmi . Semua yang ada di situ ketawa mendengar apa yang dikatakan oleh Tuan Helmi .

                                             ______________________

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now