Hello ! Mr Husband | Bab 45

12.7K 302 4
                                    

Tamat sudah percutian di antara Rayyan dan Qasha . Banyak benda yang mereka lakukan untuk beberapa hari ini . Kedua-duanya semakin memahami antara satu sama lain selepas mereka meluahkan perasaan yang lama di sorok dan kini hubungan Rayyan dan Qasha semakin akrab . Marlina pula semakin rapat dengan Danny . Marlina dapat rasa yang Danny betul-betul ikhlas ingin berkawan dengannya atau lebih tepat untuk jadikan Marlina sebagai isterinya yang sah . Walaupun perkenalan mereka tidak sampai sebulan , Marlina dan Danny rasa sudah lama mereka berkawan . Puan Maria dan Tuan Fadli juga hanya membenarkan Marlina berkawan dengan Danny selepas tahu keikhlasan Danny untuk berkawan dengan Marlina .

Qasha dan Rayyan pulang semula ke rumah papa dan mama untuk mengambil Raisha dan Rifqie . Walaupun percutian itu boleh merehatkan mereka tapi perasaan Qasha sangatlah rindu akan kedua-dua anaknya itu . Selama lima tahun membesarkan Raisha dan Rifqie , tidak pernah Qasha meninggalkan anaknya selama ini . Hati tidak sanggup untuk berjauhan dengan Raisha dan Rifqie . Ni pun terpaksa atas rancangan Rayyan . Kalau dia tahu rancangan Rayyan , memang Qasha akan bawa Raisha dan Rifqie ikut sekali . Bukan honeymoon dah , nanti jadi family day .

"Tu mama dengan papa dah balik ," ujar Puan Maria yang mendukung Rifqie sambil menunding jari ke arah kereta Rayyan yang berhenti di hadapan rumahnya . Rifqie tidak tunjukkan riak wajah yang gembira apabila Qasha dan Rayyan pulang .

"Anak mama !" Teriak Qasha selepas sahaja keluar daripada kereta . Qasha terus berlari ke arah anak-anaknya . Rindu terhadap Raisha dan Rifqie hanya Tuhan sahaja yang tahu . Rifqie meminta Puan Maria untuk turunkannya .

"Eh Rifqie nak pergi mana ?" Soal Puan Maria apabila melihat Rifqie berlari masuk semula ke dalam rumah . Raisha sahaja yang gembira dapat berjumpa dengan mama dan papanya .

"Ma sihat ?" Soal Rayyan sambil menyalam tangan Puan Maria begitu juga Qasha . Rayyan terus merampas Raisha yang di dukung oleh Qasha .

"Ee apa ni main rampas-rampas ?"

"Raisha anak kesayangan saya , Rifqie mana ?"

"Hm Rifqie merajuk dengan kamu berdualah tu . Dia paling banyak nangis . Malam pun sampai mimpi sebut-sebut mama . Susah nak pujuk dia . Raisha nangis juga tapi dia kakak jadi dia tak nangis sangat ," ujar Puan Maria .

"Oh , Qasha naik dululah . Nak tengok Rifqie ," kata Qasha sambil membuka kasut . Puan Maria mengangguk lalu terus Qasha masuk ke dalam untuk melihat Rifqie .

"Mana Lin ma ? Kereta dia takda pun ." Kata Rayyan sambil matanya melilau mencari kereta Marlina .

"Oh , Lin takda . Dia keluar dengan kawan dia ."

"Eh sejak bila Lin ada kawan ?"

"Dia kawan dengan Danny . Adik arwah Julia ."

"Macam mana dorang boleh kenal ?"

"Nanti mama cerita ." Kata Puan Maria lalu mengajak Rayyan masuk ke dalam rumah .

                                                                         ****

"Kenapa dengan anak mama ni ?" Soal Qasha lalu mendekati Rifqie yang semakin menjauhkan dirinya daripada Qasha . Muka Rifqie muram sahaja . Rifqie masih mendiamkan diri . Soalan Qasha hanya di abaikan .

"Rifqie , mama bukan sengaja nak tinggalkan Rifqie dengan kakak . Papa yang tiba-tiba bawak lari mama pergi tempat jauh . Marah papa eh ? Janganlah marah mama . Mama rindu ni !"

"Betul ni ?"

"Ye , sayangg . Sini peluk mama ," Rifqie terus berlari ke dalam pelukan Qasha . Seminggu tidak jumpa , mahu tak rindu . Qasha memeluk Rifqie dengan erat .

Hello ! Mr Husband ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن