Hello ! Mr Husband | Bab 41

12.3K 316 5
                                    

               Seorang polis lelaki dalam jangkaan 40-an membawa Rayyan ke sebuah bilik . Polis itu mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk . Suara seorang lelaki di dalam pejabat itu menyuruh mereka masuk . Polis lelaki tadi menyuruh Rayyan duduk lalu polis itu keluar daripada pejabat .

"Encik Rayyan , kan ?" Soal polis lelaki di hadapan Rayyan .

"Ye , saya ," balas Rayyan sambil mengangguk kepala .

"Kami dah jumpa Cik Qamilia tetapi kami tak boleh ambil tindakan berat ke atas dia ," ujar polis itu . Rayyan menjadi hairan dan tertanya-tanya , kenapa Qamilia tidak boleh kena tindakan berat ?

"Kenapa pula ye ? Bukan dia boleh kena tindakan berat ke atas cubaan membunuh ?" Soal Rayyan kepada polis di hadapannya . Polis itu melepaskan keluhan yang agak berat .

"Kami tidak boleh ambil tindakan berat ke atas Cik Qamilia sebab dia disahkan gila dan sekarang Cik Qamilia telah dimasukkan ke rumah sakit jiwa ," terang polis itu .

"Qamilia , gila ?" Soal Rayyan yang inginkan kepastian . Tidak percaya dengan apa yang dia dengar .

"Ahli keluarga dia pun ada beritahu yang Cik Qamilia mempunyai ganggun mental . Di rumah dia selalu cakap seseorang dan ada sekali dia cuba untuk membunuh diri sendiri ," mata Rayyan terus membulat selepas mendengar apa yang polis itu katakan .

"Kira selama ni memang Qamilia gila ?"

"Ye , encik . Cuma dulu dia tak teruk sampai macam ni ,"

"Terima kasih atas maklumat . Boleh saya tahu alamat rumah sakit jiwa tu ?" Pinta Rayyan . Polis itu terus mengambil kertas kecil lalu menulis alamat rumah sakit jiwa itu .

"Lupa pula nak kenalkan diri . Nama saya Jeffry . Apa-apa encik boleh datang berjumpa dengan saya ," ujar Jeffry sambil menghulurkan kertas kecil itu kepada Rayyan . Mereka bersalaman terlebih dahulu . Rayyan keluar daripada balai polis lalu terus memecut kereta ke kedai pizza .

                                                                    ****

"Assalamualaikum , pizza sampai !" Laung Rayyan daripada luar rumah sambil membuka pintu pagar . Rumahnya sunyi dan tidak ada sesiapa yang menyahut . Rayyan membuka pintu pula , keadaan di dalam rumah sangat sunyi . Dia menutup pintu kembali lalu meletakkan pizza di atas meja . Rayyan naik ke atas untuk mencari Qasha , Raisha dan Rifqie .

Pintu bilik dikuak lalu Rayyan berkata , "Lah tidur rupanya . Haih tidur mati tiga-tiga ni . Sah sangat anak aku ikut perangai Qish . Qish je tidur mati ," Rayyan ketawa . Dia mendekati langkah ke arah Qasha . Ada sedikit ruang di sebelah Qasha , dia melabuhkan punggung perlahan-lahan di situ .

"Sayangg , bangun . Jom makan ," kejut Rayyan dengan suara mendatar dan lembut sahaja . Tubuh Qasha mempunyai reaksi sedikit apabila Rayyan mengejutkannya .

"Eh dah balik ? Qish tak perasan pun ," kata Qasha lalu terus memeluk Rayyan . Kepalanya disandar ke dada Rayyan .

"Aik , manjanya . Sejak bila bangun terus peluk Ray ni ?" Soal Rayyan sambil ketawa . Geli hati  melihat kerenah Qasha yang pelik selepas bangun tidur . Manja pulak dia ni .

"Eleh , nak manja sikit pun tanya ke ? Kalau kita tak nak manja dengan dia , time tulah sibuk nak mengada ," kata Qasha sambil mulut mencebik .

"Ha yelah . Dah jom pergi makan , pizza tu kalau tak panas tak sedap dah ," ujar Rayyan sambil mengejutkan Raisha dan Rifqie .

"Diaorang tengah tidur tak baik kacau . Jom kita makan dulu , nanti diaorang dah bangun Qish panaskan balik pizza tu ," kata Qasha yang tidak sampai hati ingin mengejutkan anak-anaknya yang sedang tidur lena itu .

Hello ! Mr Husband ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon