Hello ! Mr Husband | Bab 37

11.8K 282 7
                                    

      
"Kau nak balas budi siapa ?" Soal Qasha .

"Qamilia . Mesti kenal , kan ?" Sepatah nama yang keluar daripada mulut Julia membuatkan mata Qasha dan Rayyan membulat . Banyak soalan bermain di minda Qasha dan Rayyan .

"Macam mana kau dengan dia boleh kenal ? Apa hubungan kau dengan Qamilia ?" Soal Rayyan yang ingin tahu hubungan di antara Julia dan Qamilia .

"Panjang cerita dia , series korang nak dengar ?" Kata Julia lalu ketawa .

"Aku nak kau cerita jugak ! Daripada awal sampai hari ni !" Teriak Rayyan sambil menarik rambut Julia . Qasha yang daripada tadi diam terus menyuruh Rayyan untuk berhenti daripada menarik rambut Julia .

"Sakitlah ! Okey aku cerita ," kata Julia lalu mula menceritakan semua perkara daripada awal hingga kini .

       Beberapa tahun yang lepas ,

Ibu bapa Julia bercerai atas sebab tidak bersefahaman (?) antara satu sama lain . Ibu Julia kerap dipukul apabila ayahnya pulang daripada club dengan keadaan yang mabuk . Ayahnya tidak berkerja dan sering meminta duit daripada isterinya . Jika tidak diberi apa yang di minta , habis badan ibu Julia menjadi bahan untuk dipukul . Julia tidak ingiin melawan ayahnya , dia tidak mahu jadi mangsa untuk ayahnya melepaskan nafsu walaupun dengan anak sendiri . Betapa teruknya perangai ayahnya .

Suatu hari , ibu Julia melaporkan kepada polis . Dia tidak mahu lagi dipukul oleh suaminya yang tidak mempunyai perasaan . Ayah Julia terpaksa menceraikan isterinya agar polis tidak membuat tindakan ke atasnya .

Masa Julia dalam umur 16 tahun , dia terpaksa berhenti sekolah tanpa pengetahuan sesiapa pun temasuk pihak sekolah . Ibunya membuat keputusan untuk tinggal di kampung . Nasib baik rumah peninggalan arwah neneknya masih ada dan tidak di jual . Ibu Julia anak tunggal begitu juga nenek dan datuknya . Julia hanya mempunyai seorang adik lelaki bernama Danny .

Ibu Julia kerap sakit kepala beberapa hari ini . Makan juga kurang . Berat badan ibunya turun dengan mendadak . Banyak kali Julia ingin bawanya ke hospital tetapi ibu Julia tidak mahu .

Julia mula mencari kerja , ibunya dijaga oleh Danny . Dannya dan Julia berhenti sekolah dan hanya pentingkan kesihatan ibunya . Danny berumur 15 manakala Julia berumur 16 tahun . Banyak kerja yang telah Julia minta tapi satu pun tidak dapat . Dia duduk di tepi jalan sambil menangis . Ramai yang melihatnya tetapi sikit pun Julia tidak kesah .

Tiba-tiba ada seorang perempuan menegurnya , "dik , kenapa nangis dekat sini ?" Soal perempuan itu . Julia agak terkejut dengan perbuatan perempuan itu .

"Awak ni siapa ?" Soal Julia sambil mengelap air matanya .

"Akak nampak adik nangis dekat sini , saja nak tolong . Bangun dik ," perempuan itu menyuruh Julia bangun . Julia bangun mengikut kehendak perempuan itu .

"Kalau saya nangis pun , takda siapa boleh faham ,"

"Jom ikut akak pergi cafe tu , nanti adik cerita dekat akak eh ?"

"Akak nak culik saya ke ?" Soal Julia yang mula curiga dengan perempuan di hadapannya . Perempuan itu ketawa .

"Mana ada , akak nak tenangkan adik je ," Perempuan itu menarik tangan Julia masuk ke dalam sebuah cafe .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now