Hello ! Mr Husband | Bab 44

12K 329 2
                                    

Kereta Marlina memasuki kawasan rumahnya . Raisha dan Rifqie yang tadi enak makan aiskrim kini sudah tertidur . Penat sangatlah tu sampai tertidur . Marlina mematikan enjin lalu meminta bantuan Mak Ton untuk mengambil Raisha . Manakala Marlina mendukung Rifqie . Dia tidak larat seperti Qasha untuk mendukung sekali dua orang . Maklumlah badannya kurus , memang nampak tulang jugalah . Qasha pula berisi sedikit selepas mengandung tapi masih lagi kurus .

"Aik , awal kamu balik Lin ?" Soal Puan Maria yang duduk di ruang tamu . Marlina terus berjalan ke arah Puan Maria . Mak Ton di suruh untuk meletakkan Raisha di bilik .

"Saja balik awal ," balas Marlina ringkas sambil membaringkan Rifqie di atas sofa .

"Yeke ? Ni mesti ada sebab lain Lin balik awal ," kata Puan Maria yang curiga dengan anaknya . Tidak pernahlah Marlina keluar jalan-jalan balik awal macam ni . Marlina hanya mengangguk .

"Betulkan tekaan mama ? Haa kenapa balik awal ?"

"Ada seorang mamat ni . Lin tak kenal tiba-tiba datang kacau Lin dengan Raisha dan Rifqie . Lepas tu nak ngorat Lin pulak ! Nak je pukul mamat tu tadi ."

"Wah , anak mama dah jumpa jodoh . Cubalah rapat , mana tahu memang jodoh ? Apa nama dia ?"

"Ee mama ni ! Lin cerita ingat mama nak pergi serang mamat tu ke apa . Ni cakap dia jodoh Lin pulak . Nonsense lah ma . Nama dia Danny ," ujar Marlina . Puan Maria yang tadinya seronok mengenakan anak perempuannya terus terdiam apabila mendengar nama yang amat dikenali .

"Danny ?" Soal Puan Maria sekali lagi . Mana tahu salah dengar . Marlina mengangguk .

"Kenapa dengan Danny tu ma ?"

"Danny tu bukan ke adik arwah Julia ?"

"Eh , baru Lin ingat ! Kak Qish pernah cerita . Patutlah Lin tengok muka dia macam kenal sebab muka dia dengan arwah kak Julia sama ."

"Mama tak kesah kalau dia nak kawan dengan Lin . Tapi mama nak Lin hati-hati . Mana tahu dia dah lama intip Lin ? Mama bukan nak tuduh tapi mana tahu kalau dia nak balas dendam dekat keluarga kita ?"

"Lin pun tak cakap nak kawan dengan Danny tu ."

"Mama pesan je . Mana tahu Danny tu baik . Tak semestinya kakak jahat , adik dia pun jahat . Nak contoh ? Lin pendek , Farhan dengan Rayyan tinggi ," kata Puan Maria sambil ketawa . Marlina membuat muka menyampah . Dia paling tidak suka orang cakap tentang ketinggian dia . Yelah , Qasha pun lagi tinggi daripada Marlina .

"Ee mama ni ! Tahulah Lin pendek . Mama yang tak bagi Lin minum susu banyak-banyak ," kata Marlina dengan selamba . Kini dia menyalahkan Puan Maria kerana tidak memberikan makanan yang sepatutnya .

"Eh dia yang memilih masa kecil . Lepas tu salahkan mama pulak . Mama nak naik atas dulu . Kalau layan Lin , dia je nak menang ," ujar Puan Maria sambil mendengus . Mulut di muncungkan sedikit lalu Puan Maria mendukung Rifqie dan bawa naik ke atas .

"Lin sentiasa akan menang !" Teriak Marlina supaya Puan Maria dengar ketika menaiki tangga . Marlina mengambil telefonnya di dalam poket . Betapa terkejutnya Marlina apabila melihat nama 'Danny.naim' tertera di skrin telefonnya .

"Macam mana dia tahu Instagram aku ?" Bisik Marlina seorang diri di dalam hati dengan nada terkejut . Dia menekan button 'accept' .

( p/s : Nama instagram tu cuma rekaan , maaf kalau ada tersama dgn account org lain )

Danny.naim : Hii awak !! Mesti terkejutkan sebab saya dapat tahu Instagram awak 😏
Tengkumrlna_ : Sorry salah orang .
Danny.naim : Jangan nak tipu saya lagilah Marl . Well , I rasa kita ada jodoh .
Tengkumrlna_ : Jangan kacau saya dan jangan ganggu saya !
Danny.naim : Tak salahkan kalau kita berkawan ?
Tengkumrlna_ : Saya tak kenal awak . Jadi jangan nak berlagak macam awak kenal saya sangat .
Danny.naim : Seriously I ikhlas nak kawan dengan U .
Tengkumrlna_ : Awak tak payah nak menipu . Nak kawan dengan saya atau nak balas dendam dekat family saya ?
Danny.naim : Apa yang U cakap ni ? Maksud U apa ?
Tengkumrlna_ : Berhentikan penipuan awak tu sebelum saya dapat tahu .
Dannh.naim : I baru kenal U hari ni dan I rasa suka nak kawan dengan U . Kenapa U tuduh I macam-macam ?
Tengkumrlna_ : Awak nak balas dendam dekat family saya atas apa yang berlaku dekat Kak Julia , kan ?
Danny.naim : Eh macam mana U kenal kakak I ?
Tengkumrlna_ : Kakak U kahwin dengan abang I untuk hancurkan hubungan kakak ipar kesayangan I .
Danny.naim : Oh , pasal tu . Kak Julia pernah bagitahu rancangan dia ni . I dah halang tapi dia tetap nak buat . Tak guna I nak balas dendam untuk orang yang dah takda dekat dunia ni .
Tengkumrlna_ : Boleh percaya ke ?
Danny.naim : Ikut U lah nak percaya atau tak . Saya tahu susah bagi family U . Sebabkan kakak I , I tak boleh kawan dengan U .
Tengkumrlna_ : Bukan macam tu . Berwaspada daripada awal lebih bagus , kan ?
Danny.naim : Hahaha I bukan nak bawak lari U kahwin dekat Thailand pun .
Tengkumrlna_ : Jangan merapulah . Tiba-tiba sesat pasal kahwin ni kenapa ?
Danny.naim : Sebab I pasti U akan jadi ummi yang baik untuk anak-anak I atau lebih okay , anak kita 🙈
Tengkumrlna_ : Saya nak solat ni . Anything message saya dekat wechat sebab saya jarang on Instagram . Bye ! 👋🏻
Danny.naim : Eh kejap , ye pun bagilah id U dulu .
Tengkumrlna_ : Tengkumarlina .
Danny.naim : Okey thank you ! I pun nak solat . Bye bakal isteri !

Marlina membuat muka menyampah apabila membaca message Danny yang terakhir . Baru kenal sehari sudah berani gelarkan Marlina sebagai bakal isterinya . Berapa banyak dah dia merapu . Meluat Marlina dibuatnya . Telefon di masukkan semula ke dalam poket seluar lalu Marlina berlari naik ke biliknya untuk menunaikam perkara yang wajib .

                                                                       ****
                 Anis masuk ke dalam rumah dengan senyuman yang lebar dan penuh bermakna . Kepulangan Anis dengan senyuman yang lebar membuatkan Farhan dan anaknya , Fahin berasa hairan . Betul atau tidak Anis ni ? Anis terus berjalan mendapatkan anaknya yang sedang seronok bermain dengan Farhan .

"Awak ni gila ke ? Balik je tersenyum-senyum . Takut saya ," ujar Farhan sambil mencubit pipi Anis yang gebu itu .

"Mana ada saya gila ! Fahin , sini dekat umi ." Anis memanggil anak lelakinya itu . Fahin hanya ikuti permintaan Anis itu . Dia berjalan ke arah Anis .

"Kenapa umi ?" Soal Fahin lalu Anis mengangkat Fahin supaya duduk di atas pehanya .

"Fahin nak adik tak ?"

"Nakk !!"

"Nii haa dalam perut umi ," kata Anis sambil mengusap perutnya . Farhan amat terkejut dan sangatlah gembira di dalam hatinya .

"Yeke umi ?! Yeay Fahin jadi abang . Adik , cepat keluar tau . Nanti boleh main dengan abang !" Kata Fahin dengan gembira sekali . Seronok sangat dia apabila tahu akan dapat adik .

"Walid macam tak suka je Fahin dapat adik ."

"Eh mana ada ! Saya rasa seronok sangat ! Terima kasih awak sebab sanggup lahirkan anak kedua daripada benih saya ."

"Hahaha dah tak payah nak merapu . Fahin lapar tak ?"

"Hm lapar !"

"Okey jom kita makan . Umi dah masak sebelum keluar tadi . Walid tak ajak Fahin makan ke ?"

"Takda pun ."

"Walid ni memang . Jom kita makan dulu , biarkan walid makan seseorang nanti !" Kata Anis lalu mendukung Fahin ke dapur . Farhan ketawa lalj mengikuti langkah isteri dan anaknya ke dapur .

"Hati-hati jalan ni . Eh awak dah mengandung berapa bulan ?"

"5 weeks ."

                                                                      ****

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now