Hello ! Mr Husband | Bab 36

12.3K 315 23
                                    

Kereta Rayyan masih lagi bergerak mencari kereta yang dipandu oleh Qasha . Dia langsung tidak pernah berhenti untuk mencari Qasha . Di dalam hatinya sudah membuak-buak rasa marahnya . Bermacam jenis maki-makian yang keluar daripada mulut Rayyan . Dia mula berhenti memaki Julia . Rayyan sudah berjanji akan dirinya , jika apa-apa yang terjadi kepada Qasha , Julia akan diceraikan walaupun dalam keadaan dia mengandung . Itu pun kalau betul dia mengandung anak Rayyan . Perempuan seperti ini bukan boleh dipercayai . Kahwin dengan seorang lelaki tetapi tidur dengan puluhan lelaki . Perempuan yang tidak mempunyai maruah dan sanggup menjatuhkan rumahtangga orang lain demi kebahagiaan dirinya sendiri . Betapa bahayanya perempuan seperti ini .

Sebuah kereta Honda yang sama seperti kereta Qasha berhenti di tepi jalan . Rayyan melihat nombor kereta itu , sama dan mirip sekali dengan kereta Qasha . Rayyan berhentikan kereta di hadapan kereta Qasha . Enjin dimatikan lalu Rayyan terus keluar daripada kereta . Qasha yang ada diluar kereta itu masih lagi menangis .

Rayyan datang ke arahnya lalu memeluk Qasha daripada belakang , "siapa ni ?!" Soal Qasha dengan suara agak menjerit . Siapa saja tidak terkejut apabila ada yang tiba-tiba datang memeluk ?

"Shhh , tenang . I'm here for you . Ray akan explain semua benda ni dekat Qish . Jangan percayakan apa dia cakap . Semua benda ni jadi bersebab bukan sebab Ray pernah jatuh cinta atau suka dekat Julia masa Qish pergi selama hampir 5 tahun . If I tell you , i'm sure you trust and understand me ," bisik Rayyan di tepi telinga Qasha dengan suara mendatar yang mampu membuatkan sesiapa sahaja tenang .

"Apa yang Ray cuba nak terangkan ? Ray takkan sentuh dia kalau Ray sayang Qish . Kenapa mesti sentuh Julia ?" Qasha melepaskan dirinya daripada pelukan Rayyan dan kini mereka pandang antara satu sama lain .

"Please , dengar dulu apa yang Ray nak cakap ," pinta Rayyan sambil memegang kedua-dua belah bahu Qasha .

"Berapa banyak alasan lagi Ray nak bagi ? Qish penat nak dengar alasan Ray tu . Qish bagi Ray peluang tapi apa Qish dapat ? Dapat tahu yang suami dia sanggup sentuh perempuan lain walaupun isteri sah dia ! Dapat tahu suami dia jatuh cinta dekat is ..." Percakapan Qasha berhenti apabila Rayyan mencium bibirnya . Selama 5 saat , Qasha menolak dada Rayyan .

Qasha terdiam selepas Rayyan menciumnya , "Diam pun , bagi Ray terangkan . Lagi sekali Qish bising , Ray cium nanti ." Kata Rayyan lalu ketawa . Qasha memandang Rayyan dengan pandangan yang tajam .

"Seronok kenakan aku eh ? Nasib tak banyak kereta lalu dekat sini . Payah ada suami tak tahu malu ni ," kata Qasha di dalam hati .

"Amboi , mengumpat pasal Ray dalam hatilah tu ," ujar Rayyan yang mampu membuatkan mata Qasha membulat .

"Mamana adaa ," balas Qasha dengan tergagap-gagap .

"I'm your Mr husband , jangan nak tipu . Qish kalau tipu nampak dekat muka ,"

"Cepatlah nak explain sangatkan tadi . Tak nak takpa , nak balik ," kata Qasha yang cuba untuk menukar topik . Qasha ingin masuk ke dalam kereta tetapi tangan Rayyan lebih laju menarik tangan Qasha .

"Qish jangan salah faham . Ray sentuh dia bersebab , bukan sebab nafsu dan bukan jugak sebab atas dasae cinta . Dia cabar Ray , dia cakap Ray suami dayus , pondan , bapok dan lain-lain . Ray buat sebab tercabar dengan kata-kata dia . Ray bukan lelaki yang macam dia cakapkan tu . Please percayakan Ray , sikit pun takda perasaan sayang untuk Julia tapi perasaan sayang tu untuk Puteri Aqasha Balqish , my only one wife in my life forever and ever ," terang Rayyan perlahan-lahan dengan nada yang tenang . Qasha terdiam mendengar apa yang dijelaskan oleh Rayyan .

"Qish boleh percayakan Ray tapi buktikan Julia tak mengandung ," balas Qasha beberapa patah lalu terus masuk ke dalam kereta . Enjin dihidupkan dan berlalu pergi daripada situ .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now