Hello ! Mr Husband | Bab 5

18.5K 465 4
                                    

      Rayyan berjalan menuju ke bilik Qasha . Tiba sahaja dirinya di depan bilik Qasha , pintu bilik Qasha diketuk beberapa kali tapi masih tiada tanda yang Qasha ingin membuka pintu .

"Qasha ! Buka pintu ni kejap ." Pinta Rayyan di luar bilik Qasha sambil mengetuk pintu .

'Eh dia ni pekak ke apa ? Macam budak kecil je berkurung dalam bilik . Nak bantah pun agak-agaklah' Omel Rayyan di dalam hati tapi tangan tidak berhenti mengetuk pintu .

Disebabkan bunyi ketukan Rayyan terlampau bising , Qasha mengambil keputusan untuk membuka pintu . Tudung di tepi katil disarung lalu pergi membuka pintu .

"Kau nak apa ?" Soal Qasha dengan nada bengang .

"Kau pekak ke apa ? Sampai aku ketuk banyak kali kau tak dengar ." Marah Rayyan .

"Suka hati kau aje kata aku pekak ! Kau tu tak reti faham ke kalau aku tak nak buka pintu ? Bising tahu ." Qasha memarahi Rayyan semula .

"Aku tak ada masa nak gaduh dengan kau . Aku nak bincang sesuatu ni ." Terang Rayyan dan nadanya agak serious .

"Kau nak bincang apa ?" Soal Qasha .

"Aku nak kau setuju ."

"Kau gila atau salah makan ubat ? Jawapan dia tetap sama . Aku tak nak kahwin dengan kau !" Qasha membantah permintaan Rayyan tadi .

"Kau fikir masak-masak . Kalau kita tak setuju , majlis kita tak akan jadi ... "Belum sempat Rayyan menghabiskan ayatnya , Qasha terlebih dahulu memotong .

"Baguslah kalau tak jadi !"

"Aku tak habis cakap lagi , kau boleh diam kejap tak ?"

"Okay fine ! Teruskan ."

"Kau pernah fikir tak sebelum bercakap sesuatu ? Habis maruah keluarga kita nak letak mana ? Kau suka tengok maruah keluarga kita terjejas ?"

"Kau tanya soalan apa ni ? Confirm lah aku tak suka ."

"Dah tu kau kena setuju ."

"Apa kena mengena dengan setuju apa semua tu ?"

"Kau ni kalau aku kata lembab kau marah . Kalau majlis kita tak jadi keluarga kita yang malu nanti . Kau tak reti fikir ke ?"

'Kenapalah kau lembab sangat Qasha ? Semestinya kalau aku tak setuju untuk kahwin dengan Rayyan , keluarga aku yang malu nanti . Tapi aku tak nak kahwin dengan Rayyan . Ya Allah , beratnya dugaan aku kali ni .' Qasha berkata seorang diri di dalam hati tiba-tiba Rayyan menegur Qasha . Qasha terus sedar daripada lamunannya tadi .

"Okey fine ! Aku setuju tapi aku ada syarat ."

"Apa syarat kau ?" Rayyan menyoal Qasha .

"Aku nak kau lepaskan aku kalau kita tak jatuh cinta antara satu sama lain ! Deal ?" Qasha memberitahu syarat yang dia inginkan . Syarat Qasha membuatkan Rayyan menelan air liurnya .

"Okey deal . Aku ada bagi syarat dekat keluarga kita ."

"Kau bagi syarat apa ?" Qasha laju menyoal selepas sahaja dengar Rayyan telah memberikan syarat kepada keluarga mereka berdua .

"Syarat aku simple aje ." Jawab Rayyan .

Flashback

"Syaratnya ... Rayyan nak tinggal rumah sendiri . Rayyan nak ajak Qasha hidup berdikari . Boleh ?"

"Boleh aje . Tapi jangan Rayyan sakitkan Qasha sudah ." Jawab Tuan Fadli .

"No lah pa . Rayyan tak akan sakitkan Qasha . Percayakan Rayyan , okey ?"

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now