Hello ! Mr Husband | Bab 24

10.1K 295 14
                                    

   Kereta yang dinaiki oleh Rayyan dan Qasha memasuki kawasan parkir rumah mereka . Qasha yang sudh terlelap di sebelah kerusi Rayyan memandu itu dikejut . Qasha mengosok matanya untuk beberapa kali supaya rasa mengantuk itu hilang . Mereka agak terkejut apabila kereta  berwarna biru yang amat dikenali pemiliknya di hadapan rumah mereka . Laju Rayyan memberitahu Qasha .

"Qish , bangun . Mama datang rumah kita ni ." Kata Rayyan membuatkan Qasha seratus peratus sedar daripada tidur .

"Jangan main-main tau . Tak lawak ."

"Ye , sayangg . Tengok tu kereta mama ." Kata Rayyan sambil menunding jari ke arah kereta milik Puan Maria itu .

"Eh , jomlah kita masuk . Kesian mama sesorang dalam rumah ."

"Kan ada Julia , apa yang sesorangnya ?"

"Julia tu kawan Qish bukan bini Ray ."

"Ray tak cakap pun dia bini Ray ."

"Dah lah , malas nak gaduh dengan Ray . Qish masuk dulu !" Kata Qasha lalu keluar daripada perut kereta terus berjalan menuju ke arah pintu rumah mereka .

"Hahahaah yeke ?"

Masuk sahaja ke dalam rumah , Qasha terdengar perbualan antara Puan Maria dan Julia dengan mesra sekali . Baru hari ini mereka jumpa takkan sudah rapat ? Qasha amat mengenali ibu mentuanya itu . Bukan jenis yang senang rapat dengan manusia yang asing baginya . Qasha melangkahkan kaki ke dalam rumah dengan memberi salam lalu pergi ke dapur .

"Eh Qasha dah balik ? Macam mana belajar hari ni baby ?" Soal Puan Maria apabila melihat susuk tubuh Qasha di dapur itu .

"Bila mama sampai ?" Soal Qasha lalu menyalam dan mencium tangan tua Puan Maria .

"Mama sampai dah lama . Dalam pukul 1 tadi . Nasib ada Julia , takdalah mama bosan ." Terang Puan Maria kepada nenantu kesayangannya itu . Ayat terakhirnya membuatkan Qasha sedikit iri hati dengan Julia .

"Oh , mama dah berkenalanlah ni dengan Julia ?"

"Haah , mama ingat Julia ni macam perempuan yang mama fikirkan . Rupanya firasat mama salah . Baik je budak ni ." Balas Puan Maria sambil memuji Julia yang terlampau banyak .

"Oh , sorry ma . Qasha ada class lepas tu class habis lambat ."

"Takpa , kamukan belajar . Mama faham ."

"Rayyan mana ?" Soal Julia secara tiba-tiba membuatkan Qasha dan Puan Maria laju memandang ke arahnya . Dah pahal sibuk tanya suami orang ?

"Eh jangan salah faham . Mama dah masak makanan kegemaran kau dengan Rayyan . Aku tanya bukan apa , kalai makanan ni dah sejuk tak sedap pula nanti ." Kata Julia dengan pantas agar mereka tidak salah faham .

"Dia tengah kemas kereta sikit . Kejap lagi dia masuklah tu .

"Assalamualaikum ." Ucap Rayyan ketika masuk ke dalam rumah .

"Waalaikumusalam , haa panjang umur anak mama ni ." Kata Puan Maria lalu memandang anaknya itu . Rayyan datang terus menyalam tangan dan memeluk tubuh Puan Maria .

"Mama tak bagitahu pun nak datang ." Kata Rayyan lalu duduk bersebelahan dengan Qasha .

"Aik , takkan mama nak tengok anak dengan menantu mama pun kena bagitahu dulu ke ?"

"Takdalah , Rayyan saja tanya . Kalau tak , boleh minta Qasha keluar awal ."

"Takpa , nasib Julia ada . Taklah mama bosan sangat ."

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now