Hello ! Mr Husband | Bab 9

16.3K 466 10
                                    

Selesai sahaja mengemas pakaian yang perlu dibawa dan Qasha juga sudah bersiap . Qasha mengambil sekeping kertas dan menulis sesuatu seperti yang telah dirancang oleh Hana . Qasha meletakkan kertas itu di bawah jam loceng . Jam loceng dikunci pada jam dua . Selepas mengikut semua arahan Hana , Qasha turun ke bawah bersama beg bagasinya yang berwarna merah jambu itu . Pak Hamid yang sedang mengelap kereta dipanggil oleh Qasha .

"Ye kenapa Qasha ?" Pak Hamid terus mendapatkan Qasha di hadapan pintu rumah .

"Tolong bawa masuk beg ni ke dalam kereta ye ? Qasha nak pakai kasut kejap ."

"Ohh , boleh boleh . Tapi Rayyan mana ?"

"Rayyan nanti biar dia pergi sendiri . Qasha nak pergi sendiri ."

"Kenapa tak pergi sama-sama ?"

"Biarkan aje dia tu . Balasan sebab marah Qasha ."

"Merajuklah ni ?"

"Yup ." Qasha berdiri selepas memakai kasut .

"Puan dan tuan tahu ke perkara ni ?"

"Tak tahu . Tak apa nanti Qasha kasi settle . Cepat Pak Hamid , kita dah lambat ni ."

"Okey okey ." Qasha dan Pak Hamid masuk ke dalam perut kereta . Kereta yang dipandu oleh Pak Hamid laju keluar meninggalkan halaman rumah agam itu .

-----
Kring kring !

Jam loceng yang sudah Qasha kunci pada jam dua itu berbunyi . Rayyan masih tidak bangun . Lama-kelamaan Rayyan bangun daripada tidur . Tangganya sibuk mencari jam loceng di tepi katil . Rayyan memberhentikan jam loceng itu daripada terus berbunyi . Rayyan mengosok-gosok matanya agar rasa mengantuk itu hilang . Matanya melihat ada sekeping kertas di atas meja . Dia mengambil keputusan untuk pergi mengambil kertas itu .

____________________________________________________________
Firstly saya nak bagitahu , masa awak baca surat surat ni saya tak ada dekat rumah ni dah . Tak apa saya boleh pergi Bangkok seorang diri . Saya faham tidur awak lebih penting daripada isteri awak . Tu pun kalau awak anggap saya sebagai isteri awaklah :') . Thanks sebab marah saya untuk benda kecil je . Its up to you nak ikut saya pergi Bangkok atau tidak . Kalau nak tak nak ikut , pandai-pandailah awak jawab dengan family kita ;) Kalau nak ikut , flight kita jam dua setengah . Barang saya dah siapkan . Saya tak pernah bagi harapan yang awak akan ikut saya . Okey bye ! Take Care Mr Husband !

-Aqasha Balqish (your wife)
____________________________________________________________

"Alaaa takkan merajuk kot .. Aku bukannya sengaja marah dia . Ni kalau mama dengan papa tau , habis aku kena sepuk ." Kata Rayyan seorang diri di dalam bilik . Rayyan terus bersiap selepas membaca surat yang ditinggalkan oleh Qasha buat dirinya .

-----

Qasha sudah menaiki kapal terbang . Cuma menunggu masa untuk berlepas sahaja . Tiada sebarang tanda yang Rayyan akan muncul . Susuk tubuh Rayyan juga tidak kelihatan daripada tadi . Qasha memang daripada awal lagi tidak memberi harapan pada dirinya yang Rayyan akan pergi ke Bangkok bersamanya .

'Hmm .. Dah agak dah yang dia takkan ikut aku pergi Bangkok . Sedih betul dapat husband macam ni .' Tiba-tiba seorang lelaki bertubuh sasa duduk di sebelahnya . Qasha terkejut apabila Rayyan tiba-tiba disebelahnya .

"Apa pandang-pandang ? Ingat aku boleh ke biarkan kau pergi sesorang ? Ni bukan sebab sayang ke apa , kau isteri aku . Kalau aku tak pergi nanti aku yang kena marah dengan mama ."

"Eh saya tak cakap apa-apa pun . Awak yang cakap sendiri ."

"Aku saja jawab dulu sebelum kau tanya . Aku dah tahu sangatlah soalan kau . Kalau tak fikirkan mama marah aku nanti memang aku malas nak ikut kau pun ."

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now