Hello ! Mr Husband | Bab 19

12.7K 380 4
                                    

Semua sedang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pensyarah yang mengajar di hadapan . Cuma ada beberapa makhluk asing yang masih main-main even umur sudah meningkat . Qasha yang daripada tadi senyap dan menumpukan perhatian terhadap pembelajaran membuatkan Hana tidak senang duduk . Hana memulakan operasinya untuk mengacau Qasha . Manusia macam ni memang selalu sangat ada , jangan risau .

Hana menepuk lengan kanan Qasha memandangkan dia duduk di sebelah kanan Qasha . "Arghh !" Teriak Qasha apabila ditepuk oleh Hana . Hampir keseluruhan pelajar melihat dirinya . Pensyarah yang di hadapan sedang menulis terus berhenti .

"Are you okay Cik Qasha ?" Kata pensyarah itu atau lebih dikenali sebagai Sir Danial .

"I'm okay . Tadi ada lipas lalu je ." Balas Qasha selamba . Mukanya nampak merah kerana menahan malu bercampur geram .

"Seriously ada lipas ?! Arghh sir , saya takut !" Teriak seorang perempuan yang duduk di belakang Qasha .

"Jangan risau , lipas tu lalu je . Dia takkan makan awak pun ." Kata Qasha sambil menoleh kepala ke belakang . Dia cuba tenangkan diri gadis itu .

Sir Danial hanya mengeleng kepala lalu berkata "Class kita sambung balik ." Semua pelajar mula menumpukan perhatian kembali terhadap pembelajaran mereka yang tergantung buat seketika tadi . Qasha pusing menoleh ke kanan . Muka Hana direnung dengan pandangan tajam tapi Hana hanya membuat muka selambanya seperti dia tidak buat apa-apa .

Qasha mencubit kecil lengan Hana . "Aduh , sakitlah . Kau kenapa ?" Hana mengadu kesakitan . Qasha ni kalau cubit orang memang sakitlah

"Kau kacau aku tadi kenapa ?! Tak pasal-pasal semua pandang aku . Dah lah first day aku , nanti diaorang ingat aku ngada-ngada pulak ." Nada Qasha agak menjerit tapi masih terkawal dan tidak dapat di dengari orang lain .

"Saja je ." Balas Hana ringkas dengan riak muka selamba badak dia .

"Saja kau kata ? Kau tak ada kerja lain ke ?" Qasha menahan geramnya . Kalau di rumah sudah lama dia memukul Hana sepuas hati .

"Aku tak boleh tengok orang focus sangat ni . Rasa geram ." Kata Hana sambil mengenggam tanganya . Geram sangat ni hahaha .

"Kau tak boleh focus sibuk kacau orang jadi macam kau dah kenapa ? Lain kali duduk diam-diam ."

"Baiklah PUAN Qasha ." Saja Hana tekankan perkatan puan itu .

"Kau pahal ?" Qasha yang gengster sudah kembali .

"Yelah , kau bebel macam mak-mak orang ."

"Aku belum mengandung lagi . Tumbuk kau kejap lagi ."

"Eh memang kalau dah kahwin kau akan dipanggil 'puan' bukannya kalau kau ada anak baru jadi 'puan' ." Ujar Hana yang cuba memberi maklumat yang boleh menyedarkan diri Qasha yang dia sudah berkahwin .

"Aku tahulah , dah lah diam ." Qasha menumpukan perhatian semula .

"Hahahaah tau pun suruh orang diam . Dia tahu kita betul hoho ." Kata Hana dengan penuh riak bangga dapat membuat Qasha mengalah . Qasha hanya buat tidak tahu sahaja apa yang dikatakan oleh Hana .

****
Hari ini merupakan hari pertama Rayyan memulakan pelajarannya di universiti yang sama dengan Qasha tapi mereka hanya mengambil bidang yang berlainan . Rayyan hanya menuruti langkah pensyarah wanita itu memandangkan dia baru lagi di sini . Dia bersama pensyarah itu melangkah masuk ke dalam kelas . Dia cuba membetulkan rambutnya , baru betulkan rambut sudah dia dengar pelbagai bisikan daripada gadis-gadis di hadapannya .

Hello ! Mr Husband ✔Место, где живут истории. Откройте их для себя