Hello ! Mr Husband | Bab 43

12.1K 321 7
                                    

Selesai sahaja Rayyan dan Qasha menjamu selera , Rayyan membawa Qasha ke sebuah bilik yang telah ditempah khas untuk mereka beradu . Alang-alang Rayyan buat kejutan sempena ulangtahun kelima mereka , tidak salahkan untuk mereka honeymoon buat kali kedua ? Memandangkan hoenymoon mereka beberapa tahun tidak berapa indah , jadi Rayyan mengatur semua rancangan agar honeymoon kali ini paling bermakna bagi dia dan isteri tercinta .

"Kita buat apa dekat sini ?" Soal Qasha setelah memasuki bilik yang telah ditempat khas oleh Rayyan .

"Honeymoon untuk kali kedua ," balas Rayyan ringkas sambil menutup pintu . Bilik ini lebih luas dan membuatkan Qasha ingin menjelajah satu bilik ini . Nak kata bilik pun tak boleh juga , sebab bilik ni besar sangat . Ada dapur , ruang tamu . Senang cerita , lengkap macam rumah .

"Hahaha buat lawak ke ? Kita ni makin tua , anak pun dah dua . Ada hati nak berbulan madu lagi ?" Kata Qasha sambil ketawa terbahak-bahak . Yelah , anak sudah ada dua . Takkan nak honeymoon lagi ? Kelakar je .

"Qish tua , Ray muda . Anak kita baru dua , tak salahkan kalau tambah lagi dua ?" ujar Rayyan sambil tersenyum senget . Terserlah riak wajah gatal di muka Rayyan . Ingin saja Qasha garukan mukanya itu .

"Ingat Qish kilang ke ? Baru ada dua anak pun dah penat . Ada hati nak tambah lagi dua , puih !"  Sindir Qasha sambil ketawa . Seronok di hati Qasha dapat mengenakan suaminya .

"Ek ele ," balas Rayyan ringkas . Geram dihati menyebabkan dia hilang kata-kata .

"Qish nak mandi lepas tu nak solat . Baju Qish ada tak ?"

"Ada je . Ray dah siapkan sebelum kita datang sini lagi . Semua jenis pakaian Qish ada dekat almari tu . Ray dah sediakan . Takkan ada yang tak lengkap , jangan risau ."

"Bila masa Ray keluar ?"

"Entah ."

"Eleh , dah lah nak mandi !" Kata Qasha lalu masuk ke dalam bilik air selepas mengambil pakaian yang ingin dia pakai sebentar lagi . Rayyan baring di atas katil empuk itu sementara menunggu Qasha habis mandi .

****
Memandangkan cuaca waktu pagi ini terang dan tidak ada tanda-tanda ingin hujan . Marlina membuat keputusan untuk membawa anak-anak buahnya pergi ke taman . Semalaman Rifqie menangis mencari mamanya . Raisha tidak menangis . Dia kata kakak tak boleh nangis . Marlina membuat janji ingin membawa Raisha dan Rifqie pergi taman . Jadi janji harus di tepati .

Tiba sahaja di taman , Raisha dan Rifqie bermain dengan Marlina di taman . Rifqie sudah boleh bermain tanpa mamanya . Marlina membiarkan Raisha dan Rifqie bermain seketika sementara dia ingin pergi membeli aiskrim .

"Raisha , Rifqie ! Makcu nak pergi beli aiskrim kejap ! Jangan main jauh-jauh tau ! Main dekat situ je !" Teriak Marlina yang jauh sedikit daripada tempat mereka bermain . Raisha dan Rifqie hanya menjerit okay lalu sambung bermain .

"Mama !" teriak seorang kanak-kanak lelaki sambil menangis . Marlina yang rasa tidak sedap hati terus berlari ke tempat Raisha dan Rifqie bermain . Aiskrim dia biarkan tinggal di situ dahulu . Tiba saja di tempat itu , memang Rifqie yang menangis dan memanggil mamanya tapi Rifqie sudah berhenti menangis dalam dakapan seorang lelaki yang tidak dikenali .

"Rifqie ! Sini dekat makcu ," kata Marlina lalu terus merampas Rifqie daripada pelukan lelaki yang tidak dikenali itu . Lelaki itu agak tersentak dengan tindakan Marlina .

"Macam mana boleh jatuh ni ?" Soal Marlina kepada Raisha yang daripada tadi mendiamkan diri dan langsung tidak menghalang orang asing memeluk adiknya .

"Kakak main lari-lari dengan Rifqie . Lepas tu Rifqie terjatuh ," kata Raisha sambil menundukkan kepala . Takut dimarahi oleh Marlina kerana tidak menjaga adiknya .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now