Hello ! Mr Husband | Bab 32

12.4K 311 9
                                    

         Sebelum Qasha sedar dan Tuan Helmi masih dalam rawatan .

  Rayyan duduk termenung berseorangan di hadapan pintu bilik kecemasan . Tuan Helmi masih lagi dirawat oleh doktor . Keadaan Tuan Helmi tidak diketahui . Semua berdoa agar tidak ada apa-apa yang berlaku terhadap Tuan Helmi . Qasha pula telah dipindahkan di sebuah ward . Keadaan Qasha baik sahaja dan kandungannya sedikit pun tidak terjejas . Kepala Qasha luka kecil dan doktor sudah merawatnyat . Tiba-tiba Qalif dan seorang perempuan datang ke arah Rayyan .

"Kau buat apa dekat sini ?" Soal Rayyan kasar . Muka Qalif agak pelik dengan layanan Rayyan yang kasar itu .

"Aku bawak adik aku ni pergi hospital . Aku ternampak kau dengan family dekat sini , sebab tu aku datang sini ," terang Qalif dengan tenang saja .

"Dia ada adik ? Kira betullah apa yang Qasha cakap ?" Rayyan berkata-kata di dalam hati .

"Kau ada bawak Qasha pergi rumah kau ke ?" Soal Rayyan dengan muka yang series .

"Ada tapi kau jangan risau , dalam rumah aku tu ada adik aku ni haa . Kan , dik ?" Adik Qalif  mengangguk . Rayyan terdiam . Kaku .

"Qal , aku buat satu kesilapan yang besar . Aku bodoh percayakan Julia ," kata Rayyan sambil menangis dan memegang bahu Qalif . Rayyan telah menceritakan semua pasal Julia dekta Qalif .

"Kau percaya apa daripada mulut Julia tu ?"

"Qasha mengandung , dia fitnah Qasha mengandungkan anak kau . Mula-mula aku tak percaya tapi bila dia bagi gambar kau dengan Qasha masuk satu rumah buatkan aku percaya Julia . Aku silap bro , sepatutnya daripada awal lagi aku percayakan Qasha . Suami jenis apa aku ni ," jelas Rayyan lalu Qalif memeluk Rayyan . Qalif menepuk belakang badan Rayyan

"Aku dah pernah bagitahu kau , jangan pernah percayakan Julia . Dia licik , dia boleh buat apa je dia nak . Kenapa kau tak nak ceraikan je dia ? Kenapa still nak simpan dia ?"

"Aku pernah cakap aku nak lepaskan dia tapi dia cuba untuk bunuh diri . Aku tak nak dia mati sebabkan aku . Kalau malam-malam ganggu aku macam mana ?" Qalif ketawa . Sempat lagi Rayyan buat perangai tiga suku dia .

"Kau sabar eh ? Aku tak boleh lama-lama ni , adik aku ada kelas . Jaga Qasha elok-elok , aku sayang dia sebagai kawan baik aku . Aku tahu kau sakitkan dia , siap kau ," ugut Qalif sambil ketawa . Rayyan hanya senyum dan mengangguk .

"Terima kasih bro !" Ucap Rayyan .

"Hahaha okay , assalammualaikum ," ucap Qalif berlalu pergi daripada situ . Doktor keluar daripada bilik kecemasan di mana Tuan Helmi berada .

"Doktor , macam mana keadaan suami saya ?" Soal Puan Nasuha apabila doktor keluar daripada bilik kecemasan . Muka doktor itu agak kecewa dan sedih .

"Maafkan saya puan , Tuan Helmi tidak dapat diselamatkan . Saya dan yang lain dah cuba untuk selamatkan Tuan Helmi tetapi serangan jantung dia terlampau kuat . Saya harap puan dan keluarga bersabar ye . Allah lebih sayangkan Tuan Helmi ," kata doktor lelaki itu dengan nada kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan Tuan Helmi . Puan Nasuha terdiam . Anis menangis dalam pelukan Farhan . Perasaan serba-salah di dalam diri Rayyan bertambah . Mungkin kalau dia tidak bising tentang hal yang tidak benar ini , mesti Tuan Helmi masih hidup di sisi mereka . Doktor tadi berlalu pergi daripada situ .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now