Hello ! Mr Husband | Bab 18

14K 354 3
                                    

Hari ini merupakan hari pertama Qasha menyambung pelajarannya . Rayyan juga sambung belajar di universiti yang sama dengan Qasha atas alasan 'ingin menjaga keselamatan isterinya' padahal tidak mahu Qasha diambil hati orang lain . Cemburu tidak tentu pasal . Qasha hanya mengikutkan sahaja keputusan Rayyan ingin belajar di tempat yang sama dengannya cuma mereka berlainan bidang . Rayyan mengambil bidang perniagaan manakala Qasha mengambil bidang perubatan kerana bercita-cita untuk menjadi seorang doktor .

( sorry kalau bidang tu salah , author main tibai je HAHAHA 😹 )

Qasha pergi ke universiti itu bersama Rayyan . Dia akan pulang dan pergi dengan Rayyan . Tidak ada alasan lain untuk dia pergi sendiri ke sekolah . Semuanya atas kehendak Rayyan . Takut sangat Qasha pergi dan balik dengan kawan lelakinya yang baru . Heh -_-

"Kenapa awak tak nak bagi saya pergi sendiri ?" Soal Qasha memecahkan suasana sunyi di dalam kereta .

"Saja tak nak Qish pergi sendiri . Saya tak nak apa-apa jadi ." Okay buat pengetahuan semua Rayyan sudah mula memanggil Qasha dengan gelaran 'Qish' yang diambil sempena namanya Balqish .

"Ajal tu dekat mana-mana je . Kita bukannya tahu apa akan jadi . Mana tahu tengah naik kereta ni tiba-tiba ada masalah ?" Bebel Qasha . Rayyan hanya menadah telinga mendengar bebelan mak cik karipap ni . Kenapa Rayyan panggil Qasha mak cik karipap ? Actually Qasha seorang yang pengemar makan kuih karipap . Kalau ada sepuluh karipap , dia sorang je boleh habiskan sepuluh karipap tu .

"Ada apa-apa lagi awak nak bebel Miss Aqasha Balqish ?" Saja Rayyan menanyakan soalan itu . Dia sudah siap sedia untuk mendengar bebelan Qasha lagi sekali .

"Tengok tu bila Qish cakap dia kata kita bebel . Dah lah tak nak cakap dengan awak dah ." Qasha menjeling lalu memalingkan pandangannya ke luar tingkap .

"Alololo cutie saya merajuk . Baru nak belikan karipap balik nanti ." Kata Rayyan ingin memujuk Qasha . Qasha sudah bercelaru nak karipap atau terus merajuk

"Kalau aku merajuk , aku dapat pujuk je . Tak kenyang . Tapi kalau aku tak merajuk dapat karipap . Dah lah favourite aku , boleh buat aku kenyang pulak tu ! Arghh nak karipap tak nak merajuk ! Muktamad !" Teriak Qasha di dalam hati .

"Baik Qish pilih cepat , nak karipap atau terus merajuk ?" Soal Rayyan . Qasha terus berpaling memandang Rayyan yang sedang memandu itu .

"Nak karipap tak nak merajuk hehehe ." Kata Qasha sambil tersengih-sengih . Rayyan sudah agak di dalam hati di akan memilih karipap daripada terus merajuk .

"Betul ni nak karipap ?"

"Betullah , takkan naik kayu ke apa pulak ."

"Last question , Qish nak saya atau karipap ?" Soal Rayyan sekali lagi tapi kali ini soalannya lebih sukar untuk Qasha menjawab . Bagi Qasha karipap dengan dirinya memang tidak boleh dipisahkan . Jika benda lain dibandingkan dengan karipap , dia tetap akan memilih karipap tetapi bila dibandingkan dengan Rayyan aka Mr Husband Qasha memang menjadi lebih sukar .

"Dua-dua ." Balas Qasha selamba .

"Mana boleh dua-dua . Satu je ."

"Dua-dua juga ." Jawapan Qasha masih lagi sama seperti tadi .

"Kalau macam tu tak dapat karipap tapi Qish boleh dapat Ray je ."

"Ala nak karipap juga ! Tak nak kawan !" Qasha mula ingin merajuk sekali lagi .

"Kalau merajuk lagi tak ada karipap ." Kata Rayyan memang tidak mahu kalah . Yelah takkan dia nak kalah dengan karipap .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now