Hello ! Mr Husband | Bab 15

14.1K 363 6
                                    

   Pintu bilik Qasha diketuk beberapa kali . Qasha mula tersedar daripada tidur manakala Rayyan masih enak melayan mimpinya . Jam di dinding di pandang . Baru pukul 7:30 pagi . Qasha mengejutkan Rayyan terlebih dahulu .

"Awak awak , siapa ketuk pintu tu ?" Qasha mengejutkan Rayyan daripada tidur . Badan Rayyan digoncang beberapa kali .

"Kenapa ?" Tanya Rayyan yang masih separuh sedar daripada tidur .

"Ada orang ketuk pintu ."

"Awak pergilah tengok dulu , maybe dia orang hantar makanan untuk sarapan pagi ."

"Hmmm okey kejap , saya pergi tengok ." Rayyan sambung tidur semula . Qasha menyarung tudungnya lalu melangkah ke arah pintu . Pintu dibuka .

"Hmm can i help you ?" Soal Qasha .

"Saya nak hantar sarapan pagi ." Kata seorang perkerja yang memakai penutup mulut hanya menampakkan matanya sahaja .

'Eh dekat sini ada pekerja Malaysia ke ? Macam pelik je . Hmmm maybe dia tengok muka aku macam orang Malaysia kot ? Sebab tu dia guna bahasa Malaysia  .' Kata Qasha di dalam hati .

"Ohh okey , kejap ." Qasha pusing ke belakang untuk panggil Rayyan . Tiba-tiba mulutnya ditutup dengan sehalai kain kecil . Tidak sempat Qasha untuk menjerit , dia telah pengsan terlebih dahulu . Lelaki itu meninggalkan sekeping kertas di hadapan pintu bilik itu lalu membawa Qasha pergi dari situ .

-----

   Qasha membuka mata perlahan-lahan . Dia pelik dan bertanya pada dirinya di manakah dia berada . Tempat ini cukup gelap dan hanya mempunyai sedikit sahaja lampu . Qasha cuba untuk melepaskan dirinya tapi dia tidak terdaya . Kaki dan tangannya sudah diikat . Mulut ditutup dengan mengunakan kain . Qasha menjerit meminta tolong walaupun sebutannya tidak begitu jelas . Datang seorang lelaki memakai penutup mulut , semestinya lelaki ini yang telah menculik dirinya . Lelaki itu mula bersuara .

"Kau diamlah ! Kau jeritlah kuat lagi , takkan ada sesiapa yang akan tolong kau ." Kata lelaki itu lalu ketawa dengan nada yang kuat dan kejam . Qasha menjerit sekuat hati lagi . Lelaki itu masih ketawa .

"Kau kenal aku tak Qasha ?" Tanya lelaki itu dengan suara meleret (?)

'Mana dia tahu nama aku ? Kejap suara dia macam aku pernah dengar tapi siapa ye ? Arghh lantaklah , sekarang aku kena cari jalan untuk larikan diri .'

"Ohh ye , aku tak buka kain tu macam mana kau nak bercakap , kan ?" Lelaki itu membuka kain yang ada dimulut Qasha .

"Lepaskan aku !" Jerit Qasha .

"Hahaha jerit kuat lagi , silakan ! Tak ada siapa pun akan tolong kau !" Lelaki itu ketawa dengan begitu kuat .

"Kau siapa ha ?! Aku tak kacau kau pun ! Lepaskan akulah !"

"Shhhhh , diam ." Lelaki itu meletakkan jari telunjuknya ke bibir Qasha . Jari lelaki itu digigit oleh Qasha . Lelaki itu menarik jarinya .

"Kau memang cabar tahap kesabaran aku ! Ni yang kau nak , kan ?" Kepala Qasha didongakkan (?) ke atas sehingga membuatkan Qasha susah bercakap dan berasa sakit .

"Lepas..kan..aku !"

"Lain kali aku cakap elok-elok , jawab elok-elok . Dekat sini kau tak perlu nak tunjuk genster kau ! Qalif takkan ada untuk kau kali ni !" Jerit lelaki itu .

'Qalif ? Macam mana lelaki ni boleh kenal Qalif ? Ke dia ni .. Syahmi ! Ya betul , dia Syahmi !'

"Syahmi , lepaskan aku .. Sakit .." Lelaki itu terus berhenti setelah mendengar namanya disebut .

"Kau ingat aku lagi rupanya ?" Soal Syahmi sehingga ketawa .

"Syahmi , aku mohon dengan kau . Lepaskan aku . Aku buat apa dengan kau ?" Qasha merayu dengan nada yang cukup sayu .

"Hahaha kau tak buat apa-apa dengan aku ? Dulu kau mainkan hati aku , sekarang kau mainkan hati adik aku , kenapa ?!"

"Aku tak pernah mainkan hati kau Syahmi.. Aku memang tak ada hati langsung dengan kau dulu tapi kau yang tak reti nak faham .."

"Kau tipu ! Sebelum Qalif muncul dalam hidup kau , aku yang selalu ada untuk kau !"

"Syahmi.. Aku cuma sayangkan kau sebagai seorang kawan.. Tak pernah lebih ."

"Kenapa kau tak boleh nak sukakan aku dulu ?!"

"Perasaan cinta ni kita tak boleh paksa Syahmi.. Ni soal hati dan perasaan ."

"Sudahlah ! Aku tak nak dengar lagi alasan kau tu ! Semua alasan kau sekadar nak minta simpati aku untuk lepaskan kau ! Dulu kau mainkan perasaan aku dan sampai sekarang kau masih nak mainkan perasaan orang ?!"

"Aku tak mainkan perasaan sesiapa pun ."

"Kau mainkan perasaan adik aku !"

"Siapa adik kau ?"

"Qamilia !" Qasha sedikit terkejut apabila nama Qamilia disebut .

"Kenapa ? Kau terkejut dengar nama dia aku sebut ?"

"Bila masa kau ada adik ? Berapa umur dia ?"

"Aku memang ada adik . Umur dia sama dengan aku sebab kita orang kembar . Dia sekolah lain dan tak sekolah dengan aku sebab tu kau tak tahu ."

"Aku tak buat apa-apa dengan adik kau !"

"Kau menipu ! Kau kahwin dengan lelaki yang adik aku sayang sangat ! Dia orang kenal daripada sekolah menengah , bila dia dapat tahu lelaki itu dah kahwin . Kau tahu tak betapa sakitnya hati dia ?!"

"Aku sikit pun tak tahu pasal dia orang , kenapa babitkan aku dalam hal ni ?"

"Sebab kau isteri Rayyan !"

"Aku sikit pun tak kenal adik kau !"

"Sudah ! Aku tak nak dengar lagi apa yang kau cakap !" Syahmi menutup kembali mulut Qasha dengan kain tadi . Tiba-tiba Syahmi dipukul dengan kayu daripada belakang . Syahmi pengsan dan jatuh ke lantai . Qasha laju melihat siapa yang memukul Syahmi .

"Qasha ! Awak okey ?" Soal Rayyan . Dia membuka ikatan tali di kaki dan tangan Qasha . Kain dimulut Qasha juga dibuka . Rayyan laju memeluk Qasha .

"Macam mana awak tahu saya dekat sini ?"

"Panjang ceritanya ."

"Pendekkanlah ."

"Okey macam ni , lelaki tu ada tinggalkan sekeping kertas . Dia tulis 'aku dah culik Qasha , aku akan buat kau tak jumpa dia selama-lamanya '."

"Okey lepas tu ?" Bunyi siren kereta polis di luar .

"Yang lain kita sambung dekat bilik nanti ye ?"

"Hmm okey ." Beberapa anggota polis mengangkat Syahmi lalu bawa masuk ke dalam kereta polis . Datang seorang polis yang rasa lebih tinggi pangkatnya ke arah mereka .

"Thank you for your information . Enjoy your honeymoon ." Kata lelaki itu sambil mengelip sebelah mata .

"Thank you too , sir ." Balas Rayyan . Lelaki itu pun berlalu pergi . Rayyan dan Qasha pulang ke bilik mereka semula . Bila Qasha keluar sahaja , langit sudah ingin menjadi gelap .

"Lamanya saya dekat sini . Dah nak senja rupanya ."

"Saya rindukan awak sangat tau ."

"Eleh yeke ?"

"Yelah sayang ." Sedang mereka berseronok , mereka tidak perasan ada yang memerhati .

"Kau tunggulah Qasha ! Sebabkan kau abang aku kena tangkap ! Aku benci kau Qasha ! Aku akan pastikan kau orang takkan hidup dengan tenang !" Kata Qamilia daripada sebalik dinding . Tangannya digenggam sekuat hati .

-----

Sorry late update Sorry if short and bored !

Abaikan semua typo di ats ^

Enjoy it ! 🙆🏻

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now