Hello ! Mr Husband | Bab 33

12.3K 300 15
                                    

Sudah empat bulan Tuan Helmi meninggalkan keluarganya . Kenangan saja yang masih bermain di minda . Qasha dah mula redha dan terima takdir bahawa babahnya sudah tiada . Doa buat Tuan Helmi tak pernah hilang . Kandungan Qasha sihat dan kini perut Qasha agak membuncit . Julia hilang buat sementara waktu . Rayyan sendiri tidak tahu ke mana Julia pergi . Hubungan antara Qasha dan Rayyan masih lagi tidak baik walaupun perkara itu sudah berlalu empat bulan lepas . Rayyan tidak pernah putus asa memujuk Qasha . Kini Hana dan Qalif menjalinkan hubungan bersama . Qasha gembira apabila Hana dapat juga lelaki idamannya .

"Adu , kaki ni asik lenguh je ," kata Qasha sendiri sambil mengurut kakinya . Rayyan datang dengan membawa minyak urut .

"Mengandung memanglah kaki cepat sakit , biar Ray urutkan ," Rayyan menarik kaki Qasha .

"Tak payahlah Qish boleh buat sendiri ," Qasha sudah mula mengelarkan dirinya seperti biasa . Tiada lagi 'kau aku' sejak Hana ceramah hari itu .

"Perut dah besar ada hati nak sombong , puih ," sindir Rayyan lalu terus mengurut kaki Qasha walaupun dipukul banyak kali .

"Buat apa Ray nak kesah ? Bukan anak Ray pun ," balas Qasha selamba lalu bangun daripada duduk . Qasha cuba untuk naik ke atas , tiba-tiba dia tergelincir .

Rayyan berlari menyambut isterinya . "Kaki tu Ray letak minyak , gatal nak jalan kenapa ? Kalau jatuh tadi macam mana ?" Rayyan membawa Qasha duduk di sofa semula .

"Biarlah ," kata Qasha lalu menarik mukanya .

"Takpa , Ray tak nak bagi aiskrim ," beberapa hari ni Qasha mengidam sangat dengan aiskrim . Ugut dengan cara tu je Rayyan mampu .

"Tak payah nak ugut guna aiskrim , tak nak bagi takpa . Tak paksa !" Qasha mengelap kakinya dengan kaki . Kini Qasha menangis . Rayyan mula serba-salah .

"Alaa Ray gurau je , janganlah nangis . Sensetif sangat ," pujuk Rayyan .

"Dah pergi sana , tak payah nak sibuk dekat sini ," kata Qasha lalu menolak tubuh Rayyan agar pergi daripada situ .

"Kalau tak nak ?"

"Pergilah sana , busuk tahu ?" Kata Qasha lalu menekan hidungnya . Rayyan pelik . Dia membau badannya , wangi je .

"Dia yang busuk cakap kita ," balas Rayyan selamba . Marahlah tu cakap dia busuk .

"Dah busuk tak nak mengaku lepas tu salahkan orang ,"

"Yelah Ray busuk , suami tak guna , tak pandai jaga isteri , tak percayakan isteri ," kata Rayyan secara tiba-tiba membuatkan Qasha tersentak . Terasa seperti berdosanya dia sebagai seorang isteri buat sebegitu kepada sang suami .

"Ray , Qish lapar ," Qasha cuba untuk menukar topik . Tidak mahu Rayyan bersedih .

"Qish nak makan apa ? Cakap je . Everything for you and our children ," Qasha agak terharu apabila Rayyan sudah mula mengaku di dalam kandungan Qasha anaknya . Tetapi hati Qasha masih belum mahu menerima Rayyan .

"Qish teringin nak makan ayam panggang ," pinta Qasha .

"Okey , Ray pergi beli kejap ," Rayyan terus bersiap untuk pergi membeli makanan yang Qasha inginkan .

"Maafkan Qish .." Ucap Qasha lalu menahan diri daripada menangis .

--

"Qish , Ray dah balik bawa ayam panggang ni ," teriak Rayyan agar Qasha dengar daripada atas tapi tidak disahut . Rayyan meletakkan ayam panggang di atas meja makan . Dia naik ke atas untuk mencari susuk tubuh kecil Qasha tapi tiada . Semua tempat di dalam bilik telah Rayyan cari tapi tiada . Rayyan mula risau . Terdapat sekeping kertas di atas meja kerja Rayyan . Surat itu diambil dan Rayyan baca .

______________________________________________________
Mungkin Rayyan risau sebab Qish takda , kan ? Qish ambil keputusan untuk pergi buat beberapa tahun . Jangan risau , Qish akan jaga diri Qish dan anak dalam kandungan Qish . Jangan ceraikan Julia sampai Ray dapat jumpa Qish . Biar dia gantikan tempat Qish buat sementara waktu . Qish nak tenangkan diri , nak pergi jauh daripada semua orang yang Qish kenal . Bagi Qish masa ye ? Qish dah fikir masak-masak dah tentang keputusan Qish ni . Kalau percayakan Qish , bagi Qish pergi untuk sementara waktu . Izinkan Qish ye ? Take care , i love you .

From : Your love
To : Mr. Husband
______________________________________________________

Rayyan terus terduduk di lantai selepas membaca surat Qasha . Rayyan menangis teresak-esak . Tidak sangka Qasha sanggup tinggalkannya . Rayyan terus berlari pergi mencari Qasha . Enjin kereta dihidupkan .

                                                                    ****

       Kereta yang dipandu oleh Julia berhenti di sebuah kedai . Enjin kereta dimatikan . Julia masuk ke dalam kedai itu . Julia masuk dengan kepala tertunduk-tunduk . Dia berjalan ke sebuah meja di tepi tingkap dan hujung kedai itu . Ada seorang perempuan seperti menunggu kehadiran Julia .

"Kau macam tak boleh lambat lagi , kan ?" Kata perempuan yang lama menunggu kedatangan Julia .

"Sorry , jalan sesak tadi . Ada apa kau nak jumpa aku ?"

"Kau dengan Rayyan macam mana ? Plan kita jadi tak ?" Soal perempuan itu kepada Julia . Plan apa yang dimaksudkan oleh perempuan itu ?

"Walaupun Qasha pergi tinggalkan dia hampir 5 tahun , sikit pun hati dia tak berubah . Kau rasa ?"

"Sekarang perangai dia macam mana ?"

"Dia perangai sekarang lagi lain . Layan aku lagi kasar daripada dulu ,"

"Aku ada cara nak buat dia tak lepaskan kau ," kata perempuan itu sambil senyum sinis .

"Haa apa ?" Soal Julia lalu perempuan itu menyuruh Julia dekat dengannya . Perempuan itu bisik di telinga Julia .

"Bila nak mula plan ni ?"

"Bila Rayyan nak ceraikan kau ,"

"Bagus jugak eh otak kau ni , kan ?" Puji Julia . Perempuan itu ketawa .

"Otak aku memang bagus , baru tahu ?" Kedua-duanya ketawa terbahak-bahak . Hampir semua pelanggan di kedai itu memandang mereka . Terus Julia dan perempuan itu berhenti daripada ketawa .

                                                                    *****

Sorry tak dapat update semlm sebab demam 😷 and sorry jugk bab ni pendek . Idea habis 😫 takpe takpe nanti saya update lagi . Jangan risau 🤗

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now