Bunyi jam loceng dapat mengejutkan Qasha daripada tidur . Jam ditetapkan pada jam 6:00 pagi . Qasha merasakan ada tangan yang memeluknya . Perlahan-lahan dia pusing ke belakang . Ternyata Rayyan yang tidur disebelahnya . Muka Rayyan kelihatan sangat tenang ketika tidur dengan rambut yang serabai menampakan wajahnya lebih kacak . Qasha terpegun melihat muka Rayyan . Matanya tidak berkelip-kelip . Betapa lamanya dia tidak dapat tatap muka Rayyan selama ini . Jujur di hati , dia sangat merindukan Rayyan . Bila rindu berlawan dengan kemarahan yang masih bersisa membuatkan Qasha bercelaru . Dia rindu dan sayangkan Rayyan tetapi dalam masa yang sama kemarahan akan kisah lama datang membuatkan Qasha ego . Qasha teringat kata-kata Hana yang masih segar di ingatannya .
****
"Sampai bila kau nak marah Rayyan ? Perkara 5 tahun lepas kot , lupakan jelah ,"
"Tak boleh , Hana . 5 tahun tu tak cukup untuk aku hilangkan marah aku ni dekat dia ,"
"Kau dah tak marah dia pun sebenarnya , kan ? Dendam je yang selama ni kau simpan . Kau ego Qasha . Maybe kau menang dengan ego kau tapi kau tetap kalah dengan rindu . Kau kena ingat , apa pun kau buat dia tetap suami kau . Rayyan tetap papa anak-anak kau . Berhentilah marahkan Rayyan , jangan jadi ego . Jangan pentingkan diri sendiri , anak-anak kau perlukan kasih sayang seorang ayah . Sanggup kau jauhkan diri kau dan anak-anak kau selamanya daripada Rayyan ? Kalau kau sayangkan keluarga kau , aku rasa kau tahu apa patut kau buat . Kau nak bagi je perempuan tu hancurkan kebahagiaan yang kau bina dengan Rayyan ? Apa aku cakap ni , paling pun kalau kau tak rela tapi buat demi anak-anak kau ," boleh bernanah telinga Qasha mendengar bebelan Hana . Bukan main panjang lagi mak buyung ni membebel .
"Yelah yelah , aku cuba . Aku nak tengok Raisha dengan Rifqie kejap ," Qasha mengangguk lalu bangun dan ingin naik ke atas melihat anak-anaknya .
"Jangan dengar je apa aku cakap tapi tak buat tak guna juga ," pesan Hana lalu Qasha hanya terus naik ke atas .
****
"Qish , termenung apa ?" Sapa Rayyan secara tiba-tiba mematikan lamunan Qasha . Kali ini mata mereka bertentangan antara satu sama lain . Kedua-duanya dapat merasakan ada perasaan rindu di dalam mata mereka .
"Ray , Qish minta maaf ," ucap Qasha sambil menangis . Rayyan agak terkejut dengan tindakan Qasha yang tiba-tiba itu .
"Eh kenapa ni ? Janganlah nangis , Ray ada salah cakap eh ?" Soal Rayyan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal . Serupa macam Raisha dan Rifqie , rupanya garu kepala ni Raisha dengan Rifqie ikut papa dia .
"Tak Ray tak salah cakap pun , Qish pentingkan diri ! Qish banyak buat dosa dengan Ray , Qish abaikan tanggungjawab Qish sebagai seorang isteri hampir 5 tahun ! Qish ego , Qish cakap kasar dengan Ray , betapa berdosanya Qish ! I really miss you ," kata Qasha dengan nada yang agak kuat . Bunyi tangisannya semakin kuat .
"Dah dah bangun ," Rayyan menyuruh Qasha bangun daripada baring . Rayyan memeluk tubuh Qasha . Bunyi tangisan Qasha berkurangan , Qasha terasa tenang di dalam pelukan Rayyan . Memang dia rindukan belaian dan pelukan yang penuh kasih sayang daripada Rayyan .
"Qish minta maaf .."
"Shhh dah dah , Ray tak pernah tak maafkan Qish . Jangan risau , okey ? Alhamdullilah Allah makbulkam doa Ray selama ni , tak pernah lekang mulut Ray doakan supaya Qish buka hati untuk terima Ray balik . Alhamdullilah , Ray bersyukur sangat ," kata Rayyan sambil menyeka air mata Qasha .
![](https://img.wattpad.com/cover/74454258-288-k479893.jpg)
BẠN ĐANG ĐỌC
Hello ! Mr Husband ✔
Tiểu Thuyết Chung[COMPLETED] [ Start : 24 Jun 2016 ] [ End : 22 Disember 2016 ] Cerita yang mengisahkan dua orang manusia yang dipaksa untuk berkahwin secara tiba-tiba dan mengejutkan mereka berdua . Bukan kahwin atas sebab yang bukan-bukan tetapi sebab ibu bapa mer...