Hello ! Mr Husband | Bab 28

11.1K 318 28
                                    

      Keadaan Qasha sedikit tidak sihat hari ini . Dia mengambil keputusan untuk pergi ke klinik bersama Julia . Tiba sahaja di klinik , Julia memberitahu Qasha bahawa dia kena pergi ke suatu tempat kerana orang ingin berjumpa dengannya .

"Wei ! Aku kena balik dulu nii , aku dapat interview kerja . Barang aku semua dekat rumah , aku balik rumah kejap . Boleh ?" Pinta Julia membuatkan Qasha tidak sedap hati . Tetapi Qasha hanya berprasangka baik sahaja .

"Haa okay , kau pergi je interview dulu . Takpa , aku boleh sesorang dekat sini ." Kata Qasha lalu menyerahkan kunci kepada Julia .

"Serious ni ?"

"Ya , i'm serious ."

"Okay thank you ! Aku balik dulu tauu ," ucap Julia lalu pergi meninggalkan Qasha seorang diri di klinik .

--

     Julia turun daripada sebuah kereta . Nampaknya Rayyan sudah pulang daripada universiti . Kereta Rayyan ada di dalam kawasan rumah itu . Julia terus masuk ke dalam rumah . Tiba-tiba Julia sakit kepala dan pengsan di hadapan pintu rumah itu .

"Kau kenapa ni Julia ?!" Soal Rayyan lalu menepuk pipi Julia . Rayyan mengangkat Julia dan dibawa masuk ke dalam rumah .

Beberapa jam kemudian , Julia sedar daripada pengsan . Julia cuba untuk bangun tetapi dia lemah . Ketika dia bangun , dia paut badan Rayyan . Julia jatuh di atas sofa dan Rayyan juga terjatuh atas badan Julia . Pintu rumah itu dibuka , ternyata Qasha yang masuk ke dalam rumah . Qasha terus diam dan kaku di hadapan pintu rumah apabila melihat Rayyan dan Julia dalam keadaan yang tidak sepatutnya . Rayyan terus berdiri dengan muka cuak dan takut .

"Qish , semua ni salah faham ! Tak macam yang Qish bayangkan ,"

"Wow ! Good game ! Teruskan permainan korang berdua !" Teriak Qasha di pintu itu . Dia berlari masuk ke dalam kereta semula . Qasha menghidupkam enjin lalu berlalu pergi daripada situ . Rayyan cuba menghalang tetapi kereta yang dipandu oleh Qasha itu lebih laju pergi .

"Mama !" Teriak Raisha dan Rifiqie apabila mula perasan air mata Qasha mengalir membuatkan Raisha dan Rifqie risau akan keadaan mamanya .

"Ye sayang ?" Soal Qasha lalu cepat dia mengelap air matanya yang mengalir dengan begitu deras .

"Kenapa mama nangis ?" Soal Rifqie lalu cuba untuk mengelap air mata Qasha tapi tidak sampai .

"Mana ada mama nangis , cerita ni haa sedih ." Balas Qasha cuba untuk nafikan yang dia sedang menangis . Dahi Raisha dan Rifqie mula berkerut .

"Tu cerita kartun je mama , apa yang sedihnya ?" Soal Raisha lalu melihat televisyen itu . Dia cuba mencari scene yang sedih tapi tidak jumpa .

"Apalah aku ni , nak tipu pun agak-agaklah cakap cerita kartun ni sedih . Haih bengap betul ," kata Qasha di dalam hati lalu mengaru kepalanya yang tidak rasa gatal itu .

"Raisha dengan Rifqie nak jumpa papa tak ?" Soal Qasha tiba-tiba . Raisha dan Rifqie mengangguk dengan begitu gembira .

"Nanti mama bawa jumpa papa ye ?"

"Mama , kenapa papa tak selalu dengan kita ?" Soal Raisha lalu mukanya menjadi muram .

"Papa sibuk dengan kerja . Kalau dia tak kerja macam mana nak beli mainan Raisha dengan Rifqie , kan ?" Qasha cuba memujuk anaknya itu agar tidak bersedih .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now