Hello ! Mr Husband | Bab 16

14.7K 401 5
                                    

Hari ini Qasha dan Rayyan pulang ke tanah air semula . Semua ahli keluarga tidak sabar menunggu kepulangan mereka berdua . Anis dan Farhan juga sudah ada di rumah . Banyak beruta yang ingin mereka berdua sampaikan kepada Qasha dan Rayyan . Malam ini semua keluarga berkumpul di rumah Puan Nasuha . Untuk kali pertama mereka membuat makan malam bersama dua buah keluarga . Puan Nasuha dan Puan Maria sedang sibuk menyiapkan makan malam di dapur bersama Mak Ton . Marlina pula menemani Anis di ruang tamu . Jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang . Bunyi pintu rumah agam milik Tuan Helmi ditekan beberapa kali . Dengar sahaja bunyi loceng rumah ditekan , laju Marlina berlari membuka pintu dan meninggalkan Anis berseorangan . Anis hanya mampu mengeling kepala sambil mengukir senyuman melihat perangai Marlina .

"Akak !" Teriak Marlina apabila melihat muka Qasha lantas terus memeluk Qasha .

"Rindunya akak dengan Lin !" Qasha membalas pelukan Marlina dengan erat sekali .

"Lin pun rindu akak ! Akak ada beli buah tangan untuk Lin tak ?" Soal Marlina lalu pelukan dileraikan .

"Kau ni , orang tengah penat ni kau sibuk tanya buah tangan ." Sapa Rayyan yang lama berdiri di belakang mereka .

"Alaa Lin tanya Kak Qasha bukan abang ." Marlina menjeling Rayyan .

"Dah dah masuklah . Kau tahu tak panas ?"

"Panas lagi dekat neraka wak ." Balas Qasha secara tiba-tiba . Rayyan mendiamkan diri . Sentaplah tu .

"Ha terus diam hahaha ." Marlina ketawa bersama Qasha .

"Ha yelah , dah lah jom masuk ." Ajak Rayyan dengan nada pasrah . Merajuk ke apa ?

---

Anis yang nampak kelibat tubuh Qasha terus melompat lalu memeluk tubuh Qasha . Qasha membalas pelukan Anis . Rayyan meletakkan beg bagasi mereka di tepi sofa lalu mengajak adiknya pergi ke dapur dan membiarkan Anis dengan Qasha berdua .

"Macam mana honeymoon ? Best tak pergi tempat kesukaan Qasha ?" Bertubi-tubi soalan di tanya oleh Anis .

"Best sangat ! Dekat Thailand pantai dia cantik sangat tapi ada sikit masalah dekat sana ." Qasha merendahkan sedikit nadanya apabila menyebut ayat yang terakhir itu .

"Masalah apa pulak ni ?" Soal Anis dengan penuh perasaan risau .

"Qasha kena culik dekat sana tapi nasib baik Rayyan datang selamatkan Qasha . Kalau tidak , Qasha rasa mesti Qasha tak jumpa akak dengan yang lain dah ."

"Macam mana boleh jadi macam ni ?! Ibu tahu tak ?"

"Ibu dan yang lain tak tahu kecuali akak . Please jangan bagitahu ibu . Qasha tak nak sesiapa risau . Lagi pun yang culik Qasha tu akak kenal ."

"Penculik tu dah kena tangkap ke belum ?"

"Cakap slow sikit nanti yang lain dengar . Panjang ceritanya , nanti malam Qasha datang bilik akak ."

"Akak dah kahwin , sibuk ganggu orang memalam ."

"Alaa kejap je , takkan Abang Farhan tu kejam sangat ?"

"Dia dengan akak mana boleh pisah sikit ."

"Eii ngada-ngadanya dia ."

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now