Hello ! Mr Husband | Bab 17

13.6K 358 9
                                    

Di pagi yang indah ini , matahari kian naik dan tegak di atas kepala . Pagi-pagi lagi Rayyan sudah bawa Qasha keluar . Dia tidak memberitahu Qasha langsung mahu pergi ke mana . Rayyan hanya menjawab rahsia pada Qasha . Mata Qasha ditutup dengan sehelai kain kecil berwarna merah . Rayyan membawa Qasha masuk ke dalam perut kereta .

"Awak nak pergi mana ni ? Boleh tak buka kain ni ?" Pinta Qasha . Dia ingin cuba membuka kain itu tetapi tangan Rayyan lebih laju menghalang .

Rayyan menepuk tangan Qasha . "Degil sangat tangan ni ."

"Sakitlah ."

"Dah duduk diam-diam . Saya nak bawa kereta ni ."

"Hmmm yelah ." Qasha hanya menurut . Dia tidak mahu buat apa-apa ketika Rayyan sedang memandu .

                                                                 ****

   Semua ahli keluarga sedang menikmati sarapan masing-masing . Tidak ada siapa perasan yang Qasha dan Rayyan tidak ada di meja makan . Semua berfikir Rayyan dan Qasha masih dibilik . Marlina memecahkan suasana yang senyap itu .

"Abang Rayyan dengan Kak Qasha mana ma ?" Soal Marlina lalu melihat sekelilingnya untuk mencari kelibat tubuh mereka berdua .

"Eh yelah . Qasha mana ibu ? Tak ajak dia orang berdua tu makan sekali ke ?" Kali ini Anis pula tanyakan soalan yang agak serupa seperti Marlina .

"Ibu pun tak tahu ." Balas Puan Nasuha .

"Pagi-pagi lagi Rayyan dah bawa Qasha keluar ." Balas Puan Maria .

"Ohh yeke ? Rayyan bawa Qasha pergi mana ?"

"Jangan risaulah Nas , Rayyan tu suami Qasha . Insha'Allah tempat yang baik je dia bawa Qasha ."

"Tak adalah , Nas tanya je . Awal betul dia orang keluar ."

"Yang lelaki semua mana ? Papa , babah , Abang dengan Farhan mana ?" Anis menyoal .

"Mereka semua pergi main golf . Kamu tu Anis , suami keluar takkan tak tahu ?"

"Dia tak ada bagitahu Anis pun , ibu ."

"Sudah , kita makan berempat je hari ni . Petang nanti kita pula keluar ye ."

                                                             *****

   Rayyan dan Qasha sudah tiba ditempat yang Rayyan ingin bawa Qasha . Mereka keluar daripada perut kereta . Rayyan keluar terlebih dahulu lalu pergi mengambil Qasha di sebelah kiri . Rayyan membawa Qasha berjalan perlahan-lahan .

"Okay kita dah sampai ." Ucap Rayyan apabila mereka sudah berhenti berjalan . Qasha menjadi hairan .

"Boleh saya buka kain ni ?"

"Biar abang yang bukakan . 1 2 3 , suprise !" Kata Rayyan sambil membuka kain yang menutupi mata Qasha itu .

"Ni rumah siapa ?" Soal Qasha yang terkejut melihat rumah itu .

"Rumah kitalah sayang ." Jawab Rayyan selamba sambil memeluk belakang Qasha .

"Awak jangan main-main boleh tak ?"

"Saya tak main-main pun . Ni memang rumah kita ."

"Betul-betullah awak ." Soal Qasha lagi sekali ingin mendapatkan kepastian .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now