Hello ! Mr Husband | Bab 26

11K 314 6
                                    

Mereka tiba di rumah agam yang telah lama menjadi tempat tinggal buat sebuah keluarga yang kecil dan kini makin berkembang . Kereta yang dinaiki oleh Qasha , Rayyan dan Julia parkir di hadapan kawasan rumah agam itu . Julia tertidur di tempat duduk belakang . Siapa saja dia untuk gantikan tempat permaisuri Tengku Arrayyan ini . Qasha mengejutkan Julia di belakang .

"Liaa .. Bangun , kita dah sampai ." Qasha mengoyangkan sedikit badan Julia . Tapi tiada sebarang reaksi yang dia ingin bangun . Makin kuat pula bunyi dia berdengkur .

"Ray , Julia tak bangun lagi ."

"Kejap , biar Ray kejutkan ." Rayyan membuka pintu belakang lalu mendekati Julia .

"Ray nak buat apa ?"

"Nak kejutkan minah ni lah ."

"Jangan macam-macam ."

"Iye . Hoiii bangunlah , kereta terbakar ni !!" Teriak Rayyan di tepi telinga Julia . Terus terbeliak mata Julia apabila mendengar Rayyan menjerit di tepi telinganya .

"Haaa terbakar !! Tolong tolong !! Qamil .." Julia berhenti daripada menghabiskan ayatnya . Qasha dan Rayyan memandang antara satu sama lain .

"Qamil ? Siapa tu ?" Soal Qasha .

"Hm haaa Qamilah ! Dia kawan aku dulu ."

"Oh , aku ingat Qamil mana tadi ."

"Sekarang ni kau nak masuk ke tak nak ? Kalau tak aku kunci je kau dalam kereta ni ."

"Eh nak nak !" Laju Julia keluar daripada perut kereta itu . Rayyan mengunci kereta lalu pergi ke arah Qasha . Pinggang Qasha di peluk dengan sebelah tangan . Julia hanya pandang mereka dengan muka tidak puas hati .

"Jangan jealous ," kata Rayyan sambil menoleh ke belakang dan memberikan senyuman sinis kepada Julia yang ada di belakang mereka .

"Tak jealous pun , cuma teringin nak buat macam tu jugak ," Balas Julia dengan selamba . Qasha hanya dengar dan abaikan kerana dia fikir Julia ingin buat seperti itu dengan lelaki lain bukan suaminya , Rayyan .

"Jangan berangan . Simpan je angan-angan kau tu ,"

"Assalamualaikum ," ucap Qasha sebelum masuk ke dalam rumah . Salam yang Qasha beri dibalas semua penghuni di dalam rumah itu .

"Anak ibu !! Rindunyaa !" Kata Puan Nasuha lalu berlari memeluk anak bongsunya itu manakala Rayyan menyalam ahli keluarga yang lain . Julia hanya berdiri tanpa bunyi di belakang Qasha .

"Qasha rindu ibu jugak !" Qasha membalas pelukan Puan Nasuha .

"Eh ni Julia , kan ?" Soal Anis yang lama memerhati gadis di belakang Qasha itu . Julia hanya menganggukkan kepalanya .

"Lama tak jumpa Julia , marilah sini duduk sebelah akak ," ajak Anis sambil menepuk tempat duduk yang kosong di sebelahnya . Julia hanya menurut lalu berjalan ke arah Anis . Tiba-tiba Julia tersadung dan jatuh ke lantai .

"Eh sorry , aku tergerak kaki pulak ," ucap Rayyan dengan muka acah-acah cemas . Sedangkan di dalam hati dia berasa puas dapat membuat Julia jatuh di hadapan semua ahli keluarganya .

"Julia ! Kau okay tak ni ?" Qasha segera membantu Julia yang jatuh itu . Qasha membawa Julia duduk di sebelah Anis . Julia membetulkan rambutnya yang tidak teratur itu . Dia sudah memaki , menyumpah dan segalanya di dalam hati . Dia melihat Rayyan sedang memberikan senyuman sinis kepada dirinya .

"Takpa , aku okay ." Balas Julia sambil mengosok lututnya yang sakit akibat jatuh tadi .

"Ibu sebenarnya ada benda nak bagitahu kamu berdua ," kata Puan Nasuha cuba mematikan tajuk tadi dan memulakan tajuk baru .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now