Hello ! Mr Husband | Bab 46

22.1K 412 16
                                    

     1 Tahun Kemudian ,

Banyak perkara yang sudah berlaku dalam masa setahun ini . Hana telah melahirkan seorang anak perempuan bernama Izzah pada beberapa bulan yang lepas . Anak perempuan Hana dan Qalif mempunyai muka yang sangat cantik . Tengoklah ibu dan ayah dia siapa , kan ? Anis pula sedang menunggu masa untuk melahirkan bayi keduanya . Selama Anis mengandung , perangai dia menjadi terlampau manja . Tidak seperti mengandungkan Fahin .

Raisha dan Rifqie sudah mencecah umur enam tahun . Raisha dan Rifqie semakin membesar dan semakin rapat . Mereka saling membantu antara satu sama lain . Rifqie juga sudah mula terima bakal adik barunya . Ya , Qasha sudah mengandung lima bulan tapi Rayyan yang muntah-muntah dan mengidam . Geli hati keluarga mereka apabila melihat Rayyan yang mengidam bukannya Qasha .

Hisham pula masih lagi tidak jumpa kekasih hati . Dia membuat keputusan untuk lebih fokus akan syarikat yang Tuan Helmi tinggalkan . Hal jodoh dia biarkan dahulu . Hisham kata ingin menjaga ibunya , Puan Nasuha . Dia ketua keluarga dan perlu sentiasa menjaga ibunya . Memandangkan adik-adiknya yang lain sudah berkahwin , jadi dia yang akan jaga Puan Nasuha .

Danny dan Marlina sudah selamat bertunang dan akan berkahwin hari ini . Alhamdullilah , hubungan mereka baik saja . Kedua-duanya saling bertolak ansur antara satu sama . Marlina juga sudah semakin rapat dengan ibu kandung dan ibu bapa angkat Danny . Kedua-dua keluarga Danny sangatlah berkenan dengan Marlina . Siapa tidak mahu menantu yang baik dan elok budi bahasanya ?

"Lin dah siapkan semua persiapan untuk esok ?" Soal Qasha sambil duduk di sofa . Rayyan baru sahaja tidur dengan Raisha dan Rifqie di atas . Penat muntah katanya .

"Dah kak . Tinggal kahwin je ni hahaha ," ujar Marlina sambil ketawa .

"Nanti nak honeymoon dekat mana ?" Soal Qasha yang ingin bergurau . Dia tahu Marlina sedikit malu tentang hal macam ni .

"Eh , apa akak ni sampai ke situ . Lin dengan Danny tak rancang lagi pun ."

"Korang kira beruntung honeymoon tenang je . Akak ni kena hadap macam-macam masalah . Tapi sebabkan masalah tu jugak , akak rapat dengan Abang Rayyan . Kalau ingatkan peristiwa lama , rasa kelakar sangat . Hubungan kitaorang hampir putus sebabkan seorang perempuan je . Tapi tulah , akak lari mana sekali pun , Abang Rayyan tetap dapat jumpa akak walaupun selepas jangka masa yang agak lama . Kalau dah jodoh , tak kemana ." Kata Qasha sambil ketawa . Marlina hanya senyum dan faham apa yang telah dilalui oleh Qasha . Bermacam jenis perkara yang datang menimpanya ketika bersama dengan Rayyan . Tapi sampai sekarang hubungan Qasha dan Rayyan masih kukuh .

"Lin faham akak . Kalau boleh Lin nak jadi kuat macam akak . Lin tahu apa akak lalui selama enam tahun ni . Akak seorang yang tabah sangat . Tak semua perempuan sekuat akak ."

"Just be yourself Lin . Tak perlu jadi akak . Akak bukannya kuat sangat . Ramai lagi perempuan dekat luar sana hadapi masalah lebih perit daripada akak . Ramai yang lagi kuat daripada akak . Setiap orang lain , akak tahu Lin pun boleh jadi kuat ."

"Eh , teremosi pulak kita ye ."

"Cerita apa ni ?" Soal Rayyan lalu duduk di sebelah Qasha .

"Sibuk je dia ni ." Kata Marlina selamba . Tengah seronok berbual-bual dengan Qasha , Rayyan datang mengacau .

"Eh suka hati abanglah . Patutlah Ray cari Qish takda , rupanya gossip dengan Lin . Baby , mama sekarang kuat gossip . Dah keluar nanti jangan mulut gossip macam mama eh ?" Ujar Rayyan sambil mengusap perut Qasha . Kepala Rayyan dipukul oleh Qasha .

"Dah keluar nanti jangan mulut bising macam papa eh ?"

"Kenapa pulak ? Mulut Ray ni okay je ."

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now