Hello ! Mr Husband | Bab 30

12.6K 304 13
                                    

   Julia sedang berjalan-jalan di sebuah taman berseorangan . Tidak mungkin Rayyan akan menemaninya . Rayyan juga menganggap dia seakan-akan tidak wujud di matanya . Rayyan selalu tinggalkan duit sahaja di atas meja . Jarang mereka terserempak pada waktu pagi . Apabila Julia bangun saja , mesti Rayyan tidak ada . Julia mana pernah bangun awal . Setiap kali bangun je , Rayyan hanya tinggalkan duit untuk makan dan beri barang yang Julia mahu . Julia duduk di sebuah kerusi di taman itu . Tiba-tiba ada seseorang menekup mulutnya lalu dibawa ke hutan kecil belakang taman itu .

"Emmm emmm !!" Teriak Julia yang tidak berapa jelas itu . Julia dipaksa untuk duduk di tanah yang agak bersemak-samun itu . Orang yang menculik Julia itu memakai baju berwarna hitam dan memakai penutup mulut . Hampir keseluruhan tubuh badan manusia itu bertutup dan Julia tidak dapat mengecam siapa manusia itu .

"Aku tak buat apa-apa pun , sikit je kerja aku hari ni ," kata manusia yang menculik Julia itu . Suaranya seperti perempuan yang amat dia kenali . Perempuan itu mengikat tangan dan kaki Julia dengan ketat .

"Kau siapa ha ?!" Teriak Julia sambil cuba untuk melepaskan dirinya . Perempuan itu ketawa lalu membuka penutup mulut yang dipakainya membuatkan Julia terkejut .

( p/s : pakaian yg di mksd kn mcm dlm gmbr , cuma perempuan tu pakai tudung dan pakai penutup mulut berwarna hitam . Hrp fhm ekeke 😂 )

"Kenapa ? Terkejut ?" Soal perempuan itu sambil memberikan senyuman sinis buat Julia .

"Kau nak apa Qasha ?! Kenapa kau ikat aku ?!" Ternyata Qasha yang menculik Julia .

"Kau rampas suami aku , aku nak bagi kau rasa sakit macam apa yang aku rasa . Tu je ," kata Qasha sambil ketawa menampakkan perwatakan Qasha yang jahat . Julia menelan air liur apabila Qasha berkata sebegitu .

"Kau tahukan ni semua salah faham ?"

"Kalau semua ni salah faham , kenapa kau tuduh aku mengandung anak Qalif ?!" Kini wajah Qasha agak serious . Suaranya kini menjadi lebih tegas berbanding tadi . Julia tunduk memandang tanah .

"Maafkan aku Qasha , aku nak perhatian Rayyan je ," ucap Julia dengan suara tergetar-getar (?) . Julia sudah takut dengan perbuatan Qasha . Rambut Julia ditarik .

"Ohh , nak perhatian Rayyan dengan cara macam tu ? Dua perkara yang salah kau dah buat . Dasar kawan tak kenang budi ! Aku bagi kau tinggal dengan aku , kau rampas suami aku siap tuduh aku mengandungkan anak orang lain dan bukan anak suami aku ! Kawan jenis apa kau ni ?!" Teriak Qasha di tepi telinga Julia . Rambut Julia direntap kasar membuatkan Julia menjerit kesakitan .

"Maafkan aku Qasha ! Aku tahu salah aku tapi ni semua bukan salah aku sorang !" Qasha melepaskan rambut Julia . Qasha pergi ke sebuah beg dan mengeluarkan sebilah pisau .

"Kau dah salah kau nak salahkan orang lain juga ! Terima kenyataan semua ni salah kau ! Jangan nak libatkan orang lain wahai betina yang tak kenang budi !" Qasha mendekati Julia dengan membawa sebilah pisau . Julia menjadi lebih takut .

"Kau nak buat apa ni Qasha ?!" Soal Julia apabila Qasha bermain pisau di leher Julia .

"Nak bagi kau rasa apa yang aku rasa ," kata Qasha sambil ketawa .

"Jangan macam ni Qasha !"

"Rasakan ni ," Qasha cuba untuk menikam perut Julia .

Arghh

Julia tersedar daripada mimpi . Badan Julia berpeluh-peluh bagaikan penat berlari . Muka Julia agak pucat dan terkejut . Julia meraup mukanya . Degupan jantung Julia semakin laju . Dia pergi ke tandas lalu mencuci muka . Julia memandang cermin .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now