Hello ! Mr Husband | Bab 8

18.3K 506 8
                                    

      Qasha dan Rayyan masih enak dibuai mimpi . Rayyan yang tidur di sofa tersedar dan terus mengejutkan Qasha untuk solat . Rayyan berjalan ke katil dengan mata yang masih mengantuk itu . Perlahan-lahan dia mengejutkan Qasha .

"Qasha , bangun .. Jom solat subuh ." Lembut sahaja suara Rayyan mengejutkan Qasha . Qasha pun sedar daripada tidur . Tiba-tiba Qasha menjerit .

"Eh kau buat apa dalam bilik aku ?! Siapa benarkan kau masuk bilik aku ?! Mana tudung aku ?! Kau buat apa dengan aku ni Rayyan ?!" Pelbagai soalan Qasha tanya kepada Rayyan sambil menjerit . Rayyan mengambil nafas dan cuba tenangkan Qasha .

"Qasha , bawak bertenang . Kita dah kahwin . Kau tak ingat ke ?"

"Ohh , sorry sorry ! Saya terlupa ."

"Nasib terlupa kalau main-main tadi dah lama kena kaki aku . Bukan bawak bertenang dah , boleh jadi bawak bertendang nanti ."

"Kalau kaki tu wangi tak apalah jugak . Kaki bercagu , berdaki pulak tu ."

"Eh sedap kau bahan aku ? Kaki aku putih okey ! No cagu no daki ! Kaki kau yang bau tahi ayam ."

"Mulut kurang ajarnya lahai !"

"Macam kau tak kenal mulut aku ni . Nak aku bagi kenal ke ?"

"Awak tak payah merapu !"

"Aku nak bagi morning kiss aje ." Rayyan tersenyum senget .

"Tepilah ! Gedik !" Qasha terus berlari masuk ke dalam bilik air .

"Wait and see Miss Qasha ."

-----
"Selamat pagi semua !" Sapa Qasha di ruang makan .

"Selamat pagi menantu mama ! Ha makanlah , mama dengan ibu masak makanan kegemeran Qasha ."

"Bau sedap aje . Ibu dengan mama masak apa ?"

"Nasi goreng kampung . Ibu yang masak , mama tolong sikit-sikit aje ."

"Buat sementara waktu ni ibulah kena uruskan rumah ni . Mak Ton ada urusan dekat kampung . Cucu dia sakit ."

"Iya ke ibu ? Harap cucu Mak Ton cepat sembuh . Hmm mana Kak Anis dengan Abang Farhan ?"

"Pergi honeymoon .." Jawab Tuan Helmi .

"Bukan semalam baru kenduri kahwin ke ? Hari ni dah pergi honeymoon ? Tak penat ke ?"

"Farhan buat suprise untuk Anis . Malam tadi dia orang berdua dah gerak ke Belgium ."

"Ohh .. " Qasha mengangguk .

"Rayyan mana ?" Tanya Tuan Helmi kepada Qasha .

"Rayyan ? Hmmm ... "

"Babah cari Rayyan ke tadi ?" Tiba-tiba sahaja Rayyan menjawab . Tidak ada bunyi tiba-tiba Rayyan sudah ada di sebelah Qasha .

"Tak adalah , babah saja tanya ."

"Kalau semua dah ada ni . Papa nak cakap sesuatu ."

"Apa yang papa nak cakap ?" Terus Rayyan berhenti menyeduk nasi goreng .

"Kami berempat ada hadiah untuk kamu berdua ."

"Hadiah apa pa ?" Dengar sahaja tentang hadiah , Qasha yang makan tadi terus berhenti menyuap nasi ke dalam mulutnya .

"Kami dah buat persiapan untuk kamu pergi honeymoon . Seminggu kamu berdua pergi honeymoon and then pergi ke China untuk ambil barang Qasha ."

"Honeymoon ?" Qasha menelan air liur .

"Honeymoon dekat mana pa ?"

"Dekat Thailand ."

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now