Hello ! Mr Husband | Bab 42

12.5K 335 5
                                    

"Boleh ke kami tinggalkan Raisha dengan Rifqie ?" ujar Rayyan yang duduk di ruang tamu bersama Puan Maria dan Marlina . Qasha pula sibuk tidurkan Raisha dan Rifqie di bilik Rayyan atau lebih tepat , bilik mereka .

"Apa yang tak bolehnya ? Mama dengan Lin lagi suka ! Kalau tak nak bawa balik dah pun takpa , mama dengan Lin jaga . Kamu dengan Qasha boleh rehat atau bercuti . Mana tahu balik daripada bercuti nanti mama dapat cucu baru ," ujar Puan Maria dengan begitu teruja . Rayyan yang sedang minum air terus tersedak . Siapa je tak tersedak bila cakap pasal anak atau cucu .

"Aik , mama tak cukup ke dengan Raisha dan Rifqie tu . Mama nak cucu banyak mana lagi ?"

"Lin nak anak buah banyak !" kata Marlina sambil membuat gaya banyak guna tangan . Rayyan mencebik .

"Kau tu kahwin , buat anak sendiri . Tolong mama dapatkan cucu banyak macam dia nak sangat tu ," kata Rayyan selamba . Terus berubah riak wajah Marlina . Dia bukannya tak nak kahwin , cuma tak jumpa calon yang sesuai dan bagus . Lagi satu , sebab susah nak berpisah dengan Puan Maria dan Tuan Fadli .

"Ke situ pulak . Lin muda lagi , nak enjoy dulu !"

"Ma , biar Lin kahwin paksa jugak ."

"Ee tak naklah ! Biarlah Lin cari sendiri . Sibuk je abang ni ," bentak Marlina sambil memeluk Puan Maria . Mama yang daripada tadi memerhati cuma mampu menggeleng kepala . Dua orang anaknya ni bila jumpa , mesti gaduh . Orang tengah seronok berbual-bual , tiba-tiba bertukar jadi perang mulut .

"Haa mama bagi tempoh untuk Lin . Kalau tak kahwin dalam tempoh yang mama bagi tu , mama carikan calon . Kawan mama ramai anak lelaki dorang yang membujang lagi ," ujar Puan Maria sambil ketawa .

"Padan muka kau dik ."

"Hm nak pergi sekarang ke ?" Soal Qasha secara tiba-tiba . Bila masa dia turun pun tak tahu .

"Gerak sekarang . Nanti lambat pulak ," ujar Rayyan lalu mencapai kunci keretanya di atas meja kopi itu . Qasha terasa pelik dengan perangai Rayyan . Bukan dia tak suka Qamilia ke ? Tapi sekarang kemain cepat nak tengok perempuan gila tu .

"Hm okey . Sorry ma , kalau susahkan mama nak jaga Raisha dengan Rifqie ," kata Qasha sambil menyalam tangan Puan Maria .

"Takpalah , mama lagi suka ada dorang . Bising sikit rumah ni ."

"Barang dorang semua ada dalam beg dekat bilik tu . Kalau Rifqie ngada-ngada , mama atau Lin marah je dia ."

"Sayangg , jom pergi ," ajak Rayyan lalu terus masuk ke dalam kereta selepas menyalam tangan Puan Maria .

"Hati-hati kak !" Ucap Marlina sambil melambai ke arah Qasha . Lambaiannya di balas lalu Qasha masuk ke dalam kereta . Kereta yang yang dipandu oleh Rayyan meluncur laju keluar daripada kawasan

****

"Okey kita dah sampai ," ucap Rayyan sambil mengeliat . Akhirnya tiba juga di destinasi yang mereka ingin pergi . Suasana di dalam kereta senyap sahaja . Rayyan memusingkan kepala melihat Qasha di sebelahnya .

"Lah , tidur rupanya . Qish , bangun . Kita dah sampai ni ," kejut Rayyan sambil mengoncang sedikit badan Qasha .

"Kita dah sampai ke ? Sorry Qish tak dapat temankan Ray . Penat sangat tu sebab Qish tertidur ."

"Dah jom , kita dah lambat nii ," ujar Rayyan lalu keluar daripada perut kereta . Pintu kereta dibuka untuk Qasha . Selepas mengunci kereta , Rayyan menarik tangan Qasha ke satu tempat .

"Eh bukan kita nak pergi tengok Qamilia ke ? Kenapa kita ada dekat pantai ?" Soal Qasha yang mula perasan mereka ada di pantai . Suasana di pantai ini nyaman dan menarik . Rayyan masih lagi mendiamkan diri dan terus berjalan membawa Qasha ke tempat yang dia ingin tujui . Betapa terkejutnya Qasha apabila tiba di tempat itu .

( Tempat yang Rayyan bawak Qasha tu 👇🏻 )

"Happy 5th Anniversary Puteri Aqasha Balqish binti Helmi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Happy 5th Anniversary Puteri Aqasha Balqish binti Helmi . Thank you for everything . Thank you berikan Ray dua orang anak dalam satu masa . Terima kasih sebab hadir dalam hidup Ray . Maafkan Ray kalau banyak buat Qish sakit hati . You know what ? I feel lucky to have you . You're too much perfect in my eyes . You're queen and i'm your king ," ujar Rayyan yang mampu mengalirkan air mata di pipi Qasha . Dia masih lagi diam dan berdiri kaku di hadapan Rayyan .

"Roses are red , violets are blue . I've just realized , i love you !" ucap Rayyan lalu mencium dahi Qasha . Suasana di situ bertambah romantik apabila alunan lagu balada dimainkan . Rayyan memeluk Qasha . Pelukan Rayyan dibalas . Qasha menangis di bahu Rayyan . Habis basah baju Rayyan . Demi isteri tercinta , baju basah pun takpa .

"Suka buat Qish macam ni , kan ?!" Bentak Qasha sambil menangis . Tangannya juga turut memukul dada Rayyan .

"Aduh , sakitlah . Ray buat kejutan , tak suka ke ?"

"Bukan tak suka . Suka tu memang terlampau suka . Tipu tu yang tak suka ."

"Kalau Ray bagitahu , tak suprise lah nanti ."

"Serious Qish tak ingat pun hari ni tarikh perkahwinan kita . Memang terharu sangatlah bila Ray ingat . Maklumlah lelaki susah nak ingat tarikh-tarikh penting ni ."

"Ray tak pernah lupa pun . Walaupun dah 5 tahun kita kahwin , ni pertama kali kita sambut . Banyak dugaan kita tempuh sama-sama ."

"Thank you !! Susah-susah je buat semua ni untuk Qish . I love you too !" Ucap Qasha lalu menjengketkan dirinya sikit untuk mencium pipi Rayyan . Badan Rayyan dipeluk sekali lagi . Betapa gembiranya hati bila suami buat suprise macam ni .

"Tak susah pun . Ray rasa ni benda paling simple je ," ujar Rayyan lalu membawa Qasha duduk di meja yang telah disediakan . Pelayan menghantar makanan yang sudah Rayyan pesan sebelum tiba lagi . Seorang lelaki pula main gitar dengan rentak yang mampu menambahkan suasana romantik antara mereka berdua .

"Kita balik hari ni , kan ? Soal Qasha sambil minum segelas air . Tekaknya sangatlah haus . Sepanjang perjalanan minum air sekali je .

"Taklah , kita tidur sini . Ray dah tempah resort . Kalau pasal baju , jangan risau . Ray dah beli awal-awal sebelum kita pergi sini lagi ," kata Rayyan lalu mula menjamu selera . Lapar sangat tu , yelah berapa jam memandu tanpa makan .

"Ohhh patulah semangat nak datang jumpa Qamilia konon , rupanya nak buat suprise ni . Patutlah tak bagi Qish bawak baju , so sweet . Mana belajar ni ?"

"Tak perlu belajar pun . Cukup kasih sayang Qish tu mampu ajarkan Ray jadi manusia yang romantik ," kata Rayyan selamba . Manis sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut Rayyan . Qasha ketawa terbahak-bahak .

"Dah lah , baik makan . Nanti Ray jadi lagi merapu pulak ," kata Qasha lalu terus menjamu selera . Geli hati dengan perangai Rayyan . Mereka menikmati makanan dan suasana yang indah itu .

****

Gais sorry late update ! Serious kehabisan idea 😂 maybe lepas ni saya akn update terus sampai habis . Jadi saya tk kn update utk beberapa hari . Saya susun 10 jari memohon maaf kalau bab yang ni agak hambar dan bosan 😂

Okey bye ! See yaa 👋🏻

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now