Hello ! Mr Husband | Bab 27

11.2K 287 31
                                    

  5 tahun kemudian ,

  Dua orang kanak-kanak berlari-lari di sebuah taman yang kecil . Muka dua kanak-kanak ini agak seiras tetapi seorang perempuan dan seorang lelaki . Kembar mungkin ? Seorang wanita yang agak muda datang ke arah kanak-kanak itu .

"Rifqie ! Raisha ! Masuk rumah cepat , kita makan tengah hari jom ," teriak wanita itu . Ternyata kanak-kanak itu bernama Rifqie dan Raisha . Mereka berdua berlari ke arah wanita itu .

"Mama ! Rifqie tak nak kawan dengan Raisha ," Raisha mengadu kepada wanita itu . Rupanya wanita itu , mama kepada Raisha dan Rifqie .

"Kenapa Rifqie tak nak kawan Raisha ?" Soal wanita itu kepada Raisha . Dia duduk bercangkung supaya lebih senang dia ingin bercakap dengan Raisha .

"Sebab Raisha tak bagi dia main patung barbie . Lepas tu dia cakap tak nak kawan Raisha ," omel Raisha yang mampu membuatkan mamanya ketawa . Bercakap kalahkan orang tua .

"Rifqie , mari sini ," panggil wanita itu . Rifqie hanya menurut dan berlari ke dalam pelukan mamanya .

"Mama tak suruhkan Rifqie tak kawan dengan kakak ?"

"Ala mama , kakak tu tak nak bagi Rifqie main patung barbie dia ,"

"Rifqie , lelaki mana boleh main patung barbie . Lelaki kena main mainan lelaki , tu kan mainan perempuan ."

"Hm yelah ," balas Rifqie ringkas dan hanya mendengar cakap mamanya itu .

"Mama tak nak tengok langsung Raisha dengan Rifqie bergaduh , okay ? Korang dua je satu-satunya yang mama ada ." Ucap wanita itu lalu mencium ubun-ubun (?) rambut Raisha dan Rifqie . Sedikit sebak di dalam hati apabila teringat peristiwa 5 tahun dahulu . Wanita itu tidak kuat menahan air matanya , akhirnya mengalir juga .

"Mama , janganlah nangis ! Tengok ni Raisha okay je dengan Rifqie ," Raisha cuba memujuk mamanya itu . Raisha memeluk Rifqie dengan erat di hadapan mamanya . Air mata yang mengalir daripada mata wanita itu , diseka .

"Haa macam tulah anak mama ! Okay jom kita masuk makan tengah hari ," baru sahaja mereka bertiga ingin melangkah masuk ke dalam rumah , seseorang memberi salam .

"Assalamualaikum Qasha ," ucap seorang perempuan . Ternyata mama kepada Raisha dan Rifqie itu ialah Qasha . Tetapi mana Rayyan pergi ?

"Waalaikumusalam , masuklah Hana ," ajak Qasha sambil membuka pintu pagar rumah itu . Hana kini sedang memboyot . Hana mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Qalif selepas mereka tamatkan pelajaran tiga tahun lepas . Apabila Qalif sudah mendapat kerja tetap , Qalif melamar Hana di tengah-tengah pejabat yang dia kerja . Alhamdullilah , Hana menerima Qalif dengan lapang dada .

"Rifqie , Raisha ! Salam mummy ," teriak Qasha menyuruh anak-anaknya menyalam tangan Hana . Rifqie dan Raisha lebih senang memanggil Hana dengan panggilan mummy . Waktu Qasha mengandungkan mereka , hampir semua kelengkapan Hana sediakan .

"Mummy ! Besarnya perut mummy ," kata Raisha sambil mengosok perut Hana . Hana memberikan senyuman yang manis untuk Raisha .

"Perut mummy besar sebab ada baby , nanti boleh jadi adik Raisha dengan Rifqie ," balas Hana sambil mengosok kepala Raisha dan Rifqie dengan lembut .

"Haa jomlah masuk , kau bukannya boleh berdiri lama sakit Hana oi ," Hana cuma ketawa melihat keprihatinan Qasha terhadap dirinya . Dia bersyukur Allah kurniakan kawan sebaik Qasha yang sentiasa ada buatnya .

                                                             *****

      Rayyan termenung di luar beranda biliknya atau lebih diketahui , biliknya dan Julia . Ya , Julia sudah sah menjadi isterinya 5 tahun dahulu . Rayyan rasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya . Semestinya Julia , tidak mungkin Qasha ada pada waktu ini .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now