Hello ! Mr Husband | Bab 7

17.3K 546 8
                                    

      Qasha sedar daripada tidurnya yang lena tadi . Qasha duduk sambil mengosok kedua-dua belah matanya . Badan Qasha agak berpeluh kerana tidur dengan memakai baju nikah tadi . Qasha berpeluh walaupun penghawa dingin telah dipasang . Qasha bangun dan mengambil tuala lalu berjalan ke arah bilik air . Qasha terus membuka pintu . Tiba-tiba ada suara garau menjerit kecil .

"Oii Qasha !" Qasha yang daripada tadi memejamkan mata terus matanya terbuka selepas mendengar suara Rayyan . Rayyan terus mencapai tuala di tepi singki .

"Maaf ! Maaf ! Aku tak tahu kau tengah mandi ." Terang Qasha sambil menutup mata .

"Kau memang tak tahu ke atau sengaja aje masuk bilik air ?" Soal Rayyan . Qasha memusingkan badan untuk keluar , tiba-tiba tangannya ditarik oleh Rayyan .

"Lepaslah ! Pergilah mandi !" Qasha membuka mata lalu ditutup kembali dengan tangan kanannya . Rayyan yang tidak berbaju dan hanya memakai tuala hingga ke paras lutut merapatkan dirinya dengan Qasha .

"Kau ni gatalkan ? Saja masuk bilik air . Nak tengok aku mandi ke apa ?"

"Excuse me ! Kau yang tak kunci pintu bilik air ! Siapa suruh tak kunci ? And aku lupa yang aku ni dah kahwin ."

"Banyak aje alasan kau ."

"Sudahlah ! Ke tepi !" Qasha menolak kuat tubuh sasa Rayyan dan laju keluar daripada bilik air itu .

'Eii mamat ni ! Tak ada masa aku nak intai dia mandi ke apa ! Dia yang gatal sengaja tak kunci pintu ! Geramnya aku !' Omel Qasha yang duduk di atas katil . Pintu bilik air dibuka dan Rayyan keluar daripada bilik air dengan hanya memakai tuala hingga ke paras lutut .

"Kau ni memang tak reti pakai baju dalam bilik air ke ?! Saja nak kenakan aku , lepas tu cakap aku yang gatal !" Marah Qasha sambil menutup kedua-dua belah matanya dengan tangan .

"Eh suka hati akulah nak pakai baju dekat mana pun . Ada masalah dengan kau ke ?"

"Ada ! Masalahnya kau dah mencemarkan mata aku yang suci lagi murni ni !"

"Ya ya aje mata kau suci lagi murni . Aku tengok biasa aje . Kita dah kahwin jadi tak ada masalah pun kalau aku mencemarkan mata kau YANG SUCI LAGI MURNI TU" Saja Rayyan tekankan ayatnya yang akhir . Qasha mula geram .

"Sudahlah ! Baik aku mandi daripada layan kau yang senget ni ." Qasha menjeling sebelum masuk ke dalam bilik air .

"By the way , you're so beautiful ." Sempat Rayyan memuji Qasha dengan suara yang perlahan tetapi Qasha masih boleh mendengar apa yang Rayyan ucapkan .

'Dah kenapa mamat ni ? Puji aku cantik apa bagai . Aku tahulah aku cantik , tak payah puji pun tak apa .'

-----

   Semua ahli keluarga bergerak ke dewan . Majlis persandingan kedua-dua pasangan itu akan berlangsung sebentar lagi . Qasha sudah siap dengan gaun pengantinnya berwarna merah dan hitam . Baju Qasha bercorak bunga berwarna hitam . Rayyan pula nampak lebih segak dengan baju pengantin yang dipakainya .

"Eh cantik pulak kau hari ni selalu tak cantik pun ."

"Aku memang cantik aje selalu , kau tu yang buta . Kau cakap aku tak cantik , habis kau tu kacak sangat ke ?"

"Aku kacak kot . Kau patut bersyukur dapat Mr Husband kacak macam ni ."

"Mr Husband ? Puii ! Geli aje aku dengar panggilan tu . Tak payah nak perasan sangatlah ." Sedang mereka berlawan mulut , Puan Maria datang ke arah mereka berdua .

"Borak apa lagi ni ? Cepat ! Majlis nak mula dah ni . Anis dengan Farhan dah ada depan pintu gerbang tu ."

"Ohh okey mama !" Balas Rayyan ringkas . Rayyan dan Qasha berjalan ke arah pintu gerbang . Baju Qasha yang agak labuh itu membuatkan dia susah untuk berjalan laju . Rayyan yang perasan keadaan Qasha terus datang membantu .

"Lambat sangatlah kau ni ! Biar aku tolong pegang kau . Karang kalau jatuh aku jugak yang kena , nanti orang cakap suami tak reti jaga isteri pulak ."

"Eh sejak bila kau kesah ?"

"Aku tak ada masa nak lawan mulut dengan kau . Sudah , jom pergi ."

"Hmm ye lahhh ."

Bunyi kompang dipalu memeriahkan suasana majlis dengan alunan dan rentak yang sedap di dengar . Kedua-dua pasangan berjalan perlahan-lahan menuju ke pelamin yang cantik dihias dengan bunga ros merah dan putih . Tiba sahaja mereka di pelamin , majlis diteruskan seperti yang telah di rancang .

-----
      Selesai sahaja majlis semua ahli keluarga pulang ke rumah . Qasha sudah tertidur di sebelah kerusi pemandu . Rayyan berhenti seketika di tepi jalan . Rayyan menjatuhkan sedikit kerusi ke bawah perlahan-lahan supaya Qasha dapat tidur dengan selesa . Qasha langsung tidak sedar ketika Rayyan menjatuhkan sedikit kerusinya . Rayyan memandu semula selepas membetulkan kerusi Qasha .

      Tiba sahaja dirumah , ahli keluarga yang lain sudah sampai dahulu . Rayyan mematikan enjin lalu keluar daripada kereta . Rayyan mendapatkan Qasha yang sedang enak tidur . Rayyan tidak mahu mengejut Qasha . Tanpa berfikir apa-apa Rayyan terus menangkat Qasha dan dibawa ke dalam rumah .

'Nasiblah kau ringan Qasha . Kalau berat mau jatuh terduduk aku dekat sini .'

-----
     Tiba sahaja di bilik , Rayyan meletakkan Qasha di atas katil . Tudung yang dipakai oleh Qasha dibuka . Rayyan melepaskan ikatan rambut Qasha agar dia tidur dengan lebih selesa . Selesai sahaja menguruskan Qasha , Rayyan baring di sofa . Lama kelamaan Rayyan tidur dengan sendirinya .

-----
      Qasha tersedar daripada tidur apabila mendengar azan dilaungkan . Qasha cuba bangkitkan diri walaupun dalam keletihan solat wajib ditunaikan . Qasha mencari tubuh sasa Rayyan dan matanya berhenti di sofa . Qasha pergi ke arah Rayyan lalu mengejutkannya .

"Rayyan , bangun solat . Dah masuk waktu maghrib ni ."

"Aku penat ni . Nanti aku solatlah ."

"Tak baik kita lambatkan waktu solat . Cepat bangun ! Tak elok tidur senja-senja ni ."

"Alaaa kau solatlah dulu ."

"Rayyan , bangun sekarang ! Jom kita solat berjemaah !"

"5 minit ."

"Okey , saya pergi ambil air wudhuk dulu . Nanti jangan lupa nak bangun !"

"Ye lahh . Sudah , pergi sana !"

'Eh kejap , sejak bila Qasha bahasakan diri dia saya ? Selalu guna aku kau dengan aku . Insaf dah isteri aku ni .' Bisik Rayyan di dalam hati . Rayyan bangkit daripada tidur .

Selesai sahaja mengambil wudhuk , kedua-duanya menunaikan solat maghrib berjemaah . Inilah pertama kali Rayyan menjadi imam buat Qasha . Qasha sudah mula cuba untuk menerima Rayyan sebagai suaminya .

-----

Sorry guys ! Sebab author rasa bab ni mesti bosan kan ? Huhuhu author punya idea hilang ke laut 😂🌊

By the way ,

Selamat Hari Raya ! Maaf  Zahir & Batin 🙏🏻 Walaupun dah masuk raya ketiga author tetap nk wish ! 😂🎉 Yg pulang ke kampung tu hati2 ketika pulang ! Kurangkan main mercun , mainlah bunga api 💥😂 Author nk mintx maaf dri hujung rmbt hingga lh ke hujung kaki ! 😊🙏🏻

Sorry if  bab ni pendek 😭 hope you alls enjoy it ! 😬💕 Abaikan segala typo atau ayt yg slh 😹 klau ada keslhn author amatlah terima teguran korang ☺️👌🏻

Jangan lupa vote ! 👍

Take care ! Bye bye ! See yaa ! 👀👋🏻

Author ;
Nie 💋

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now