Hello ! Mr Husband | Bab 39

12.7K 328 5
                                    

       Rayyan masih menunggu keputusan daripada doktor yang merawat Qasha . Dia duduk di hadapan bilik kecemasan itu sambil termenung . Rayyan sudah meminta bantuan Marlina untuk mengambil Raisha dan Rifqie di rumah . Dalam satu masa , dia memikirkan 3 nyawa . Rayyan meraup mukanya . Bunyi pintu bilik kecemasan dibuka . Doktor yang merawat Qasha keluar dengan muka kecewa dan sedih .

Rayyan terus bangun mendapatkan doktor itu , "Doktor , macam mana dengan keadaan isteri saya ?" Soal Rayyan dengan riak wajah penuh kerisauan . Doktor menepuk bahu Rayyan .

"Kami minta maaf sebab tak dapat selamatkan isteri encik . Saya harap encik bersabar dan redha dengan pemergian isteri encik ," ucap doktor itu . Rayyan terduduk di lantai hadapan bilik kecemasan itu . Dia menangis .

"Tak ! Tak mungkin ! Qish tak boleh tinggalkan Ray !" Teriak Rayyan di hadapan bilik kecemasan itu sambil menangis .

"Abang ! Kenapa jerit-jerit ni ? Orang tengoklah ," sapa seseorang di tepi Rayyan . Kepala ditoleh (?) untuk memandang ke arah orang yang menyapa . Ternyata Marlina dengan Raisha dan Rifqie .

"Qasha ! Qasha !" Ucap Rayyan selepas sedar daripada tidur .

"Abang , kenapa ni ? Mengucap ," Marlina cuba untuk tenangkan abangnya itu . Raisha dan Rifqie kelihatan takut dengan Rayyan .

"Tak tak , abang mimpi je . Macam mana boleh tertidur ni , haih ," kata Rayyan sendiri sambil mengelap peluh yang mengalir .

"Kenapa dengan akak ?" Soal Marlina .

"Dia kena tikam daripada belakang . Ni semua salah abang ! Abang tak sempat halang Qamilia ," kata Rayyan sambil menangis . Marlina memeluk Rayyan .

"Macam mana Qamilia boleh ada ?" Soal Marlina yang ingin tahu . Marlina juga kenal Qamilia kerana dahulu Qamilia sangatlah rapat dengan Rayyan .

"Semua benda yang berlaku ni di rancang kecuali yang Kak Qasha tinggalkan kita tu . Ni semua rancangan Qamilia . Julia orang suruhan dia . Qamilia dengan Julia ni rapat . Qamilia nak balas dendam dan nak rosakkan hubungan abang dengan Kak Qasha ," terang Rayyan kepada adiknya . Muka Marlina mula menjadi bengang .

"Jadi perkahwinan abang dengan Julia tu pun salah satu rancangan dia orang ?" Soal Marlina lalu Rayyan hanya mengangguk .

"Mana Julia dengan Qamilia pergi ?"

"Larikan diri ,"

"Kita kena buat laporan polis ! Tak boleh biarkan je perempuan dua ekor tu terlepas . Dasar perempuan tak guna !" Kata Marlina dengan nada yang cukup bengang . Sengaja dia memanggil Julia dan Qamilia dengan gelaran 'dua ekor' . Manusia tetapi perwatakan seperti binatang yang tidak mempunyai akal . Binatang lagi baik . Buat sesuatu tanpa berfikir .

"Abang tak nak tinggalkan Kak Qasha ," ucap Rayyan . Sayu sahaja dengarnya . Sebak juga di hati .

"Takpa , nanti kita pergi eh ?" Rayyan hanya senyum . Raisha dan Rifqie tidur di kerusi sebelah Rayyan . Kecil-kecil lagi sudah hadapi masalah seperti ini . Mesti mereka tidak dapat tidur dengan lena sebab hal tadi . Rayyan melihat wajah anak-anaknya . Semangat dia untuk menjadi kuat bertambah apabila melihat wajah Raisha dan Rifqie .

Doktor keluar daripada bilik kecemasan itu , "Siapa ahli keluarga pesakit ?" Soal doktor lelaki itu .

"Saya suami dia ," kata Rayyan . Doktor itu menghampirinya .

"Alhamdullilah , isteri encik dapat di selamatkan . Cuma dia perlukan rehat yang secukupnya ." Kata doktor itu . Rayyan sangatlah bersyukur .

"Terima kasih , doktor ." Ucap Rayyan sambil senyum . Rayyan masuk ke dalam bilik itu sementara Marlina menjaga Raisha dan Rifqie di luar .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now