Hello ! Mr Husband | Bab 13

16.5K 437 3
                                    

    Angin sejuk pada waktu subuh telah mengejutkan Rayyan untuk bangun . Tangan Rayyan merayap mencari tubuh Qasha di tepi tapi tiada . Rayyan bangun dan duduk di atas katil . Mata di gosok berulangkali . Rayyan mencari kelibat Qasha . Matanya terhenti apabila sudah nampak susuk tubuh Qasha . Qasha sedang menunaikan solat subuhnya seorang diri . Rayyan cuba untuk mendengar doa Qasha tetapi tidak dapat dengar dengan jelas . Rayyan terus melangkah ke bilik air . Bunyi pintu bilik air sedikit mengejutkan diri Qasha .

"Apa tu ?!" Qasha terus menoleh ke arah pintu bilik air .

"Aku ni ha , eh abang ."

"Lain kali slow lah sikit . Terkejut saya . Nasib tak ada sakit jantung ."

"Kalau awak tak ada sakit jantung , saya ada ." Rayyan tidak jadi untuk ke bilik air . Dia terus berjalan ke arah Qasha .

"Bila masa pulak awak ada sakit jantung ?"

"Saya sakit jantung sejak tengok awak . Bukan apa cantik sangat ."

"Awak buat lawak ?" Qasha membuat muka menyampah .

"Saya tak buat lawak , saya cuma nak awak ." Rayyan mengelip sebelah matanya .

"Awak nak masuk bilik air ke tak ? Kalau tak saya nak masuk ."

"Awak nak buat apa ?"

"Nak muntah ."

"Bila masa awak pregnant ? Saya rasa kita tak buat apa-apa pun malam tadi ." Laju tangan Qasha menepuk Rayyan sekuat hati .

"Asal muntah je pregnant . Habis kalau awak muntah ? Okey awak pregnant ."

"Alaaa saya lelaki mana boleh pregnant . Okey maaflah sayang ."

"Sudahlah , pergi mandi . Busuk tahu ?" Rayyan membau ketiaknya .

"Ketiak abang tak ada bau apa-apa pun ."

"Tak kesahlah busuk ke tak . Pergi mandi ."

"Awak mandikan abang , nak ?" Rayyan tersenyum senget .

"Abang ! Jangan nak gatal sangat . Pergi mandi cepat !" Selesai sahaja melipat telekung , Qasha terus menolak Rayyan ke bilik air .

"Sebelum abang mandi , abang nak something ."

"Apa ?"

"Nak aiskrim ."

"Mana ada aiskrim dalam bilik ni . Macam budak-budaklah dia ni ."

"Tu bibir sayang ada ." Lagi sekali tangan Qasha laju memukul Rayyan .

"Eii gatalnya ! Pergi mandi sekarang jugak ."

"Okey okey abang mandi . Lepas tu kita keluar ."

"Keluar pergi mana ?"

"Adalah sayang ."

"Okeyy ."

Beberapa minit kemudian ..

"Sayang ! Mana tuala ?" Rayyan menjerit daripada dalam bilik air .

"Carilah dalam bilik air tu ."

"Tak ada pun ."

"Kejaplah saya ambil tuala lain ." Qasha pergi ke depan pintu bilik air . Belum sempat dia ketuk , Rayyan bercakap sesuatu .

"Sayang ! Tak payahlah tuala lain , ni abang dah jumpa dalam bilik air ni ." Qasha mendengus panas di luar .

"Lain kali carilah dulu . Penat je saya cari tuala ni ."

Hello ! Mr Husband ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu