Hello ! Mr Husband | Bab 14

16K 410 16
                                    

Telefon Iphone 6 milik Rayyan berbunyi . Rayyan menjawab panggilan telefon itu di beranda takut Qasha tersedar daripada tidur . Terpampang nama "Mama ❤️" di skrin telefon Rayyan . Panggilan tersebut dijawab .

"Assalamualaikum , kenapa ma ?"

"Waalaikumusalam , aik mama dah tak boleh telefon anak kesayangan mama ni ke ?"

"Hehehe mana ada tak boleh . Saja tanya ."

"Ha Qasha dengan Rayyan okey tak dekat sana ? Mama dengan yang lain rindu sangat dengan kamu berdua ."

"Alhamdullilah , okey je ma . Kami dekat sini lagilah rindu semua dekat sana ."

"Balik nanti bawalah cucu untuk mama dengan papa ."

"Insya'Allah kalau ada rezeki , ye ma ?"

"Haa mama lupa pulak nak bagitahu ni , kamu berdua tak perlu pergi China ."

"Kenapa pulak ma ?"

"Marlina dah tolong ambil semua barang Qasha dekat sana ."

"Eh bila dia pergi China ?"

"Sehari selepas kamu pergi honeymoon .."

"Mana dia dapat kunci rumah Qasha ? Bukan ke kunci dekat Qasha ?"

"Qasha ada kunci lagi satu . Satu ada dengan dia , satu lagi dengan ibu . Ibu minta tolong Marlina pergi ambil barang Qasha sebab ibu rindu sangat dengan Qasha . Nak Qasha balik cepat ."

"Ohh patutlah . Ha lagi tiga hari kami balik sana ."

"Boleh mama cakap dengan Qasha ?"

"Qasha tengah tidurlah ma . Kesian pulak nak kejutkan dia ."

"Ohh kalau macam tu tak apalah . Nanti dia dah bangun cakap mama dan yang lain kirim salam . Jaga Qasha elok-elok ye Rayyan ."

"Baiklah ma !"

"Okey mama ada kerja sikit . Nanti senang-senang mama call lagi ye ."

"Okey ma ."

Selesai sahaja mematikan panggilan , Rayyan masuk semula ke dalam bilik lalu menutup pintu beranda .

"Awak cakap dengan siapa tadi ?" Soal Qasha secara tiba-tiba .

"Ya Allah ! Terkejut saya . Bukan awak tidur ke tadi ?"

"Saya tersedar sebab dengar awak bercakap tadi ."

"Maaflah buat awak tersedar . Tak ada apa cuma mama call tadi ."

"Kenapa tak kejut saya ? Alaaa baru nak cakap dengan mama !" Rengek Qasha sambil membuat mulut itiknya .

"Abang ingat tak nak ganggu awak tadi , thats why lah abang tak kejut ."

"Okey alasan diterima . Mama cakap apa je tadi ?"

"Mama cakap kita tak payah pergi China ."

"Eh kenapa pulak ?"

"Ibu minta tolong Lin ambilkan semua barang awak dekat sana . Jangan risau tak ada satu pun barang awak yang tertinggal ."

"Hmm baru nak pergi China ."

"Next year kita pergi China okey ? Tapi bertiga bukan berdua ."

"Jangan mengada-ngada ."

"Heh sekali sekala ."

"Awak .. Lapar !"

"Ha jangan risau saya dah belikan makanan untuk awak tadi ."

"Keluar tak ajak !"

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now