Hello ! Mr Husband | Bab 3

19.5K 558 0
                                    

12 tahun dahulu ...

Qasha berumur sembilan tahun sama dengan Rayyan . Rayyan dahulu tinggal di sebelah rumah Qasha untuk dua tahun sahaja . Mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke Johor kerana ada urusan perniagaan di sana . Marlina , Rayyan dan Farhan selalu dijaga oleh Puan Nasuha ketika mama dan papa mereka ke pejabat . Marlina sangatlah rapat dengan Puan Nasuha sehingga membuatkan Qasha cemburu .

---

Qasha sedang seronok bermain patung barbie di ruang tamu . Sedang dia seronok bermain , Rayyan datang ke arah Qasha . Rayyan mengambil patung di tangan Qasha .

"Rayyan ! Pulangkan balik patung saya !" Pinta Qasha supaya Rayyan memulangkan patung kesayangannya itu . Qasha cuba untuk merampas semula patung di tangan Rayyan tapi malangnya tidak berhasil .

"Kalau aku tak nak pulangkan patung ni , kau nak buat apa ?" Soal Rayyan sambil menunjuk patung barbie itu di hadapan muka Qasha .

"Pulangkan balik patung saya ! Kalau awak tak pulangkan saya report dekat mama awak !" Ugut Qasha sambil berharap agar Rayyan memulangkan kembali patung itu .

"Kalau kau report dekat mama , lagi aku tak nak bagi ! Cubalah report kalau nak tengok patung kau ni hilang ." Rayyan mengugut Qasha semula sambil tersenyum senget .

"Kenapa awak suka kacau saya ? Saya tak kacau awak pun !" Bentak Qasha . Qasha berdiri tegak di hadapan Rayyan . Terserlah ke pendekkan Qasha .

"Memang kau tak kacau tapi aku saja kacau . Kenapa ? Tak boleh ke ?"  Soal Rayyan lagi . Rayyan tunduk ke bawah sedikit untuk melihat Qasha . Maklumlah Qasha pendek .

"Memang tak boleh ! Awak macam tak ada kerja lain aje ! Kenapa mesti nak kacau saya ?!" Marah Qasha tapi Rayyan hanya membuat muka seperti tiada perasaan aje .

"Aku nak kacau kau sebab kau pendek . Kalau kau tak tinggi , selagi tu aku akan kacau kau . Ada faham ?" Jelas Rayyan dengan tenang . Qasha sudah tidak tahan lagi , dia cuba merampas patung dan kali ni dia dapat memegang patung itu . Qasha tarik sekuat hati lantas Rayyan menarik semula patung itu ke arahnya . Ketika mereka main tarik-tarik patung , tiba-tiba patung itu tercabut .

"Tengok apa awak buat Rayyan ?! Puas ke awak dapat rosakkan barang kesayangan saya ?! Saya benci awak Rayyan !" Qasha membaling bahagian patung yang sudah tercabut di tangannya itu ke lantai . Rayyan hanya terdiam selepas lihat apa yang berlaku . Qasha berlari naik menuju ke biliknya . Pintu di hempas dengan kuat .

"Aku cuma nak bergurau tapi tak tahu pula jadi macam ni .. Sorry Qasha , aku tak sengaja ." Rayyan bercakap seorang diri selepas Qasha meninggalkan ruang tamu itu . Rayyan nampak tubuh milik Puan Nasuha berjalan ke arahnya . Muka Rayyan sudah cuak .

"Rayyan , kenapa dengan Qasha ya ? Kamu berdua gaduh ya ?" Soal Puan Nasuha lembut sahaja nadanya .

"Rayyan rosakkan patung kesayangan Qasha .. Rayyan tak sengaja . Rayyan cuma nak kacau dia aje ." Jelas Rayyan dengan jujur . Rayyan akui bahawa itu memang kesalahannya . Rayyan tunduk memandang lantai , takut juga kalau Puan Nasuha memarahi dirinya .

"Lah sebab itu aje ? Tak apa , lagi pun Rayyan tak sengajakan ? Lain kali Rayyan jangan bergurau sampai macam tu . Main sama-sama , ibu tak suka tengok kamu berdua gaduh . Apa kata Rayyan ikut ibu pergi beli patung baru untuk Qasha and then Rayyan minta maaf dengan Qasha . Okey ?"

"Okey ibu . Rayyan ikutkan aje ."

"Mak Ton , tolong tengokkan Qasha . Nas nak keluar kejap ." Jerit Puan Nasuha .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now