Hello ! Mr Husband | Bab 29

10.9K 325 8
                                    

  
      "Qish , Ray boleh terangkan semua ni ," kata Rayyan sambil cuba mendekati Qasha . Badan Rayyan ditolak kasar . Hampir jatuh terduduk Rayyan di lantai .

"Cukup Ray cukup ! Tak cukup ke ada Qish sebagai isteri Ray ?! Perlu ke layan kawan baik Qish ?! Qish fikir Ray dah berubah tapi kepercayaan tu hilang ! Sampai hati Ray !" Teriak Qasha lalu duduk memeluk lutut . Bunyi tangisan Qasha semakin kuat , tersedu-sedan apabila bunyinya . Rayyan mendekati Qasha . Tubuh Qasha dipeluk oleh Rayyan . Qasha menangis di dalam dakapan Rayyan .

"Kenapa buat Qish macam ni Ray ?! Kenapa ?!" Soal Qasha sambil tersedu-sedan akibat tangisannya .

"Tak Qish , Ray tak buat semua ni . Betul Qish , semua ni salah faham !"

"Macam mana Qish nak percaya ? Sedangkan Qish nampak depan mata Qish sendiri , bukan daripada mulut orang ,"

"Qish , kenal Ray macam mana kan ? Memang dulu Ray kaki perempuan tapi Ray dah lupakan zaman tu . Percayalah Qish , tu semua salah faham ." Kini Rayyan pula yang menangis dan merayu agar Qasha mempercayai dirinya .

"Qish akan percaya Ray , kalau Ray kahwin dengan Julia . Ikut keputusan papa !" Balas Qasha lalu berlari masuk ke dalam bilik air . Pintu bilik air sempat ditutup dan dikunci sebelum Rayyan tiba . Qasha cuba menahan diri daripada terus menangis . Mulutnya ditekup agar tidak mengeluarkan bunyi ketika dia menangis . Walaupun perit baginya , dia patut terima takdir ini .

"Aku bodoh ! Kalau aku tak biarkan Julia tinggal serumah dengan aku hari tu , semua benda ni takkan jadi ! Kau bodoh Qasha ! Kau lebih percaya orang luar daripada suami kau sendiri !" Teriak Qasha di dalam hati memarahi dirinya sendiri . Betapa bencinya dia akan dirinya sendiri .

Qasha tersedar daripada tidur . Dia terus menangis apabila bangun daripada tidur . Dia meraup mukanya . Qasha bangun lalu ke bilik air mengambil wudhuk . Qasha keluar dan pergi ke bilik Raisha dan Rifqie . Kedua-duanya sedang tidur dengan lena sambil memeluk antara satu sama lain . Qasha mengucup dahi kedua-dua anaknya itu lalu mengambil tempat disebelah mereka .

"Dah besar nanti jadi anak yang soleh . Jangan sakitkan hati perempuan , jaga solat , banyak dekatkan diri dengan Allah . Jaga mama dan papa kalau sakit , jangan pernah tinggalkan mama dan papa hingga akhir hayat kami ye ," bisik Qasha di telinga kanan Rifqie .

"Jadi kakak yang baik , jadi anak yang solehah dan patuh cakap mama dan papa . Tolong jaga mama kalau mama sakit nanti , jangan tinggalkan mama , papa dan Rifiqe ye ," bisik Qasha di telinga Raisha . Qasha membaca beberapa ayat Al-Quran dan selawat di sebelah anak-anaknya itu . Beberapa minit kemudian , Qasha tertidur di sebelah Rifqie .

                                                            ****
"Sah !" ucap Tuan Fadli dan yang lain . Rayyan selesai akad nikah dengan tiga kali lafaz . Setiap kali ingin menyebut nama Julia mesti bertukar kepada nama Qasha .

" Ray naik dulu ," kata Rayyan lalu terus naik ke bilik dan mengabaikan sahaja apa yang Tuan Fadli dan Puan Maria kata . Dia masuk ke bilik dan nampak Qasha sedang sibuk mengemas barangnya . Semua baju di masukkan ke dalam beg dan hanya tinggal baju Rayyan sahaja di dalam bilik ini .

" Qish nak duduk rumah ibu dan babah . Izinkan Qish eh ?" Pinta Qasha agar Rayyan mengizinkan dirinya untuk tinggal di rumah Puan Nasuhah dan Tuan Helmi buat sementara waktu .

"Ray izinkan tapi Ray nak ikut Qish ," ucap Rayyan lalu memeluk tubuh kecil Qasha .

"Ray tak boleh ikut Qish , Ray ada Julia . Dia pun ada hak untuk Ray , jadi hari ni Ray tinggal dengan dia ," kata Qasha sambil membalas pelukan Rayyan . Qasha cuba menahan air matanya daripada mengalir .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now