Hello ! Mr Husband | Bab 22

10.9K 312 2
                                    

       Masuk sahaja di dalam bilik , Hana menghempaskan badannya di atas katil . Bantal dipeluk sekuat hati . Hana tersenyum macam kerang busuk . Terguling-guling di atas katil . Senyum secara tiba-tiba . Siapa saja yang tidak bangga apabila encik crush cakap 'i love you' kepada kita .

"Nak je aku balas i love you too tadi !" Teriak Hana di dalam bilik sambil terguling-guling .

--

"Terima kasih temankan aku ." Ucap Qalif lalu memberi senyuman yang penuh makna berterima kasih kepada Hana .

"Takpa , kitakan kawan ." Balas Hana .

"Okaylah , aku balik dulu . Bye , i love you ." Ujar Qalif lalu meninggalkan Hana di situ tanpa sempat Hana membalas apa-apa . Hana diam tanpa pergerakan . Terkejut mungkin mendengar ayat yang keluar daripada mulut Qalif .

"Dia cakap i love you dekat aku ? Seriously ?" Soal Hana kepada diri sendiri . Dia menampar sekuat hati pipinya .

"Aduh , sakitnya . Okey ni bukan mimpi ." Walaupun ramai memandangnya daripada tadi , dia cuma menghiraukan . Hana pulang ke rumah dengan hati yang gembira dan senyuman di bibirnya tidak hilang walaupun sesaat .

****

Kedebukk !

Hana terjatuh daripada katil . Berangan campur dengan terguling-guling atas katil sampai dia leka dan jatuh daripada katil . Angau tidak habis lagi . Hana mengurut tulang pinggulnya yang sakit itu .

"Hanani ! Bunyi apa tu ?!" Laung emak Hana daripada bawah . Kuat juga suara emak Hana ini . Tu baru separuh kuat , belum lagi memang betul-betul kuat . Mahu bergegar rumah ni . Silap-silap atap rumah ni pun boleh tertanggal .

"Tak ada apa-apa mak ! Ni haa barang jatuh jee ." Hana keluar daripada bilik lalu membalas laungan emaknya tadi . Terpaksa keluar daripada bilik , suara Hana bila menjerit tidaklah sekuat emaknya .

"Lain kali angkat barang tu elok-elok ."

"Baiklah mak ." Balas Hana lalu masuk ke dalam bilik semula .

"Nasiblah mak tak naik atas . Mahu kena bahan kalau tahu aku yang jatuh ."

                                                            ****
      Pintu rumah diketuk beberapa kali . Loceng juga tekan antara 2 atau 3 kali . Bunyi ketukan agak kuat . Memandangkan Rayyan masih tidur , Qasha bergegas pergi membuka pintu . Tudung dicapai dan hanya lilit ringkas sekadar untuk menutup rambutnya . Mana tahu kalau yang datang lelaki , bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan . Pintu rumah itu dibuka . Seorang wanita berbaju kurung warna hijau berdiri di hadapan Qasha .

"Julia ." Sepatah perkataan sahaja keluar daripada mulut Qasha .

"Betul tak ?" Soal Qasha untuk mendapatkan jawapan yang sebenar .

"Ye , Qasha . Ni aku ." Balas Julia sambil menangis . Badannya dipeluk erat oleh Qasha .

Julia merupakan salah satu kawan yang rapat dengan Qasha dan Hana sejak tingkatan satu lagi . Masuk sahaja tingkatan empat , Julia hilang secara tiba-tiba tanpa khabar berita dan baru hari ini dia muncul di hadapan Qasha .

"Mana kau menghilang selama ni Lia ? Kau tahu tak hampir 5 tahun aku dengan Hana cari kau ?"

"Maafkan aku Qasha . Aku ada masalah keluarga masa tu jadi aku ambil keputusan untuk berhenti sekolah dan keluar daripada Kuala Lumpur ."

"Sekarang ni kau tinggal mana ?"

"Aku tak ada tempat tinggal pun Qasha . Aku cuba pergi rumah aku yang dulu tapi jiran semua kata mak dengan bapa aku dah meninggal sebab kemalangan jalan raya ." Ujar Julia dengan penuh nada sedih . Hiba .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now