Hello ! Mr Husband | Bab 4

19.4K 474 5
                                    

Selesai sahaja bersiap , Qasha turun ke dapur untuk membantu Puan Nasuha dan Mak Ton . Keadaan rumah agam itu sunyi . Wajarlah rumah agam itu sunyi , baru jam 6:30 pagi . Kemungkinan ada yang sedang menunaikan solat dan ada yang masih dibuai mimpi . Setiba sahaja Qasha di dapur , Qasha berjalan perlahan-lahan ke arah Puan Nasuha yang sedang membasuh sayur-sayuran di singki . Qasha terlebih dahulu memberi hint kepada Mak Ton dan Mak Ton hanya tersenyum dan menggeleng kepala . Qasha makin lama makin dekat dengan Puan Nasuha . Tiba pada waktu yang tepat Qasha memeluk Puan Nasuha .

"Morning ibu !" Ucap Qasha sambil memeluk tubuh Puan Nasuha . Puan Nasuha terkejut sehingga melatah dibuatnya .

"Opocot morning ning !" Puan Nasuha melatah . Perkataan yang keluar daripada mulut Puan Nasuha membuatkan Qasha dan Mak Ton ketawa besar .

"Suka terkejutkan ibu eh ? Nak kena ni !" Kata Puan Nasuha sambil mencubit lengan Qasha .

"Adoii , sakitlah ibu ." Qasha mengadu kesakitan .

"Padan muka , siapa suruh terkejutkan ibu ? Ni mesti Qasha sepakat dengan Mak Ton ye ?" Soal Puan Nasuha sambil mencekak pinggang .

"Eh Mak Ton tak terlibat , Qasha yang buat secara tak dirancang ye ." Jelas Mak Ton . Mak Ton terus melarikan diri ke ruang makan .

"Eh Mak Ton nak pergi mana ? Qasha nak ikut ." Qasha cuba untuk mengikut langkah Mak Ton tapi lengannya ditarik terlebih dahulu oleh Puan Nasuha .

"Ha Qasha nak pergi mana ? Sebabkan Qasha dah buat ibu terkejut , mari sini tolong ibu potong bawang ni ." Puan Nasuha menyuruh Qasha duduk dan memotong bawah yang ada di atas meja itu . Qasha paling tidak suka potong bawang nanti penuh dengan air mata saja .

"Kenapa mesti bawang ibu ? Ibu tahukan mata Qasha cepat pedih dengan bawang ."

"Sebab ibu tahulah ibu suruh Qasha potong bawang . Tu sebagai denda ." Kata Puan Nasuha .

"Tapi kenapa mesti bawang ." Qasha membuat muka seakan-akan bayi 1 tahun menangis .

"Buat aje . Sampai bila Qasha tak nak potong bawang ? Nanti dah kahwin takkan suruh laki Qasha yang potong bawang tu ."

"Ibu ! Qasha lambat lagi nak kahwin jadi nanti-nanti aje Qasha potong bawang ."

"Mana ada lambatlah ." Balas Puan Nasuha dengan nada yang cukup perlahan dan sukar untuk di dengar .

"Apa ibu ? Qasha tak dengarlah ." Soal Qasha .

"Tak ada apalah , ibu cuma cakap Qasha tetap kena potong bawang tu ." Jawab Puan Nasuha cuba memutar topik .

"Oh , okey Qasha potong tapi doakan mata Qasha tak berair macam air terjun ."

"Sudah , potong cepat ."

"Baik boss ! Pembantu sedia berkhidmat !" Puan Nasuha hanya ketawa dan menggeleng kepala melihat perangai anak gadisnya seorang itu .

------

Sarapan pagi sudah siap sedia di atas meja . Semua ahli keluarga sudah ada di meja makan . Makanan di atas meja itu sebentar lagi menjadi santapan mereka semua . Qasha mengambil tempat duduk di sebelah abangnya , Hisham . Namun , Hisham menyuruh Qasha duduk di kerusi yang lain dan hanya kerusi di sebelah Rayyan sahaja yang kosong .

"Pergi duduk tempat lain . Aku nak kosong aje dekat tepi aku ni . Kau gemuk nanti tak muat aku nak suap makan dalam mulut ." Hisham memberi arahan kepada Qasha ketika Qasha ingin duduk di sebelahnya . Qasha memandang tajam dan muka tidak puas hati kepada Hisham .

"Eh dia yang besar kata orang ! Berat Qasha baru 45 kilogram . Abang tu 78 kilogram lagi besar daripada Qasha . Biarlah Qasha nak duduk sini , tak ada tulis nama abang pun ." Bentak Qasha . Qasha memang takkan duduk di sebelah Rayyanlah jawabnya .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now