Hello ! Mr Husband | Bab 6

17.8K 583 8
                                    

        Bunyi jam loceng itu membuatkan Qasha terjaga daripada tidur . Bunyi jam loceng yang sudah dikunci pada jam 6:30 pagi itu ditutup selepas Qasha bangkit daripada baringannya tadi . Qasha melihat suasana sekeliling biliknya yang sudah dihias itu membuatkan dia teringat suatu perkara . Hari ni merupakan majlis perkahwinan mereka juga . Air mata Qasha mula menitis ke pipinya .

'Lepas ni aku tak boleh rapat macam selalu dengan ibu,babah dan abang .' Kata Qasha seorang diri . Air mata Qasha semakin laju keluar daripada matanya . Tiba-tiba pintu bilik Qasha di buka  .

"Boleh ibu masuk ?" Soal Puan Nasuha sebelum masuk ke dalam bilik Qasha .

"Eh ibu , boleh aje masuk ." Balas Qasha sambil mengelap air matanya tadi .

"Qasha nangis ? Maafkan ibu sebab keputusan ni Qasha jadi sedih ." Soal Puan Nasuha selepas sahaja duduk di tepi Qasha .

"Mana ada Qasha nangis . Tak apalah ibu , benda dah jadi . Maybe memang Rayyan jodoh Qasha ?" Balas Qasha sambil memberi senyuman buat ibunya walaupun dalam kesedihan .

"Ibu tahulah anak ibu ni nangis ke tidak . Alhamdullilah kalau Qasha dah boleh terima Rayyan perlahan-lahan . Terima kasih sebab tunaikan hajat ibu ni walaupun susah untuk Qasha ." Puan Nasuha mula memeluk tubuh kecil Qasha . Qasha pun membalas pelukan ibunya itu .

"No problem lah ibu . Maybe ni aje cara Qasha untuk balas jasa ibu dan babah walaupun perkara ni tak boleh balas sepenuhnya jasa ibu dan babah dekat Qasha . Sepatutnya Qasha yang kena berterima kasih dekat ibu ."

"Ibu tak minta pun Qasha balas jasa ibu dengan babah . Memang tugas kami berdua untuk jaga Qasha , Anis dengan Hisham ." Puan Nasuha melepaskan pelukan dengan Qasha .

"Tak apalah ibu , mungkin dengan cara ni boleh buat ibu dengan babah gembira . Bagi Qasha kegembiraan ibu dan babah lagi penting daripada kebahagiaan Qasha ."

"Qasha , janganlah cakap macam tu . Ibu rasa serba salah pula ."

"Qasha tak bermaksud nak perli ke apa , sememangnya ibu dengan babah paling penting dalam hidup Qasha ."

"Terima kasih sekali lagi , ibu hargai pengorbanan Qasha ni ."

"Benda kecil aje ibu . Ibu ada nak bagitahu apa-apa lagi tak ? Qasha nak mandi ni ."

"Ada ! Ibu dah tukarkan tempat belajar Qasha daripada China ke Malaysia ."

"Kenapa ibu tukar ? Qasha nak belajar dekat China ."

"Rayyan nanti kena uruskan syarikat uncle Fadli dekat Kuala Lumpur ni . Jadi Qasha kena ikut ke mana aje Rayyan pergi ."

"Kenapa pulak ? Qasha boleh aje habiskan belajar dekat sana 1 tahun lagi ."

"Eh habis encik suami kamu tu nak tinggal dengan siapa ? Qasha dah kahwin dengan Rayyan , Qasha kena uruskan semua benda . Takkan Qasha nak tinggalkan Rayyan setahun dekat sini ?"

"Okeylah tu , biar dia belajar hidup berdikari sikit ."

"Jangan cakap macam tu , tak baik cakap bakal suami macam tu . Qasha dah jadi isteri dia nanti memang tanggungjawab Qasha uruskan makan,minum, pakaian dan lain-lain untuk Rayyan ."

"Hmm ye lah tapi barang Qasha macam mana ?"

"Nanti Qasha pergi China dengan Rayyan untuk ambil barang-barang Qasha tu . Bawa balik yang penting aje , buat apa bawa balik banyak-banyak barang ?"

"Tak apa , nanti tahulah Si Rayyan tu bayar ."

"Senang betul dia bercakap . Kesianlah dekat duit suami Qasha tu ."

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now