Hello ! Mr Husband | Bab 20

14K 351 6
                                    

Langit pada pagi ini agak mendung . Angin bertiup kencang sehinggakan pokok bergoyang . Tidak lama kemudian , hujan turun dengan lebat . Cuaca menjadi sejuk selepas hujan lebat berhenti . Qasha bangun daripada tidur lalu menutup pendingin hawa memandangkan bilik itu sudah jadi terlampau sejuk . Qasha ingin ke bilik air tetapi langkahnya terhenti apabila melihat badan Rayyan menggigil . Qasha duduk di sebelah Rayyan yang sedang baring di atas katil itu .

Tangan Qasha diletakkan di dahi Rayyan . " Panasnya badan awak . Awak demam panas ni , jom kita pergi klinik ." Kata Qasha sambil cuba bangunkan Rayyan .

"Tak naklah .." Ucap Rayyan dengan nada lemah .

"Tak boleh tak nak , kita pergi jugak ." Kata Qasha dengan tegas . Kalau tidak tegas jangan harap Rayyan mahu mengikutnya pergi ke klinik .

"Tak nak sayang .. Ray takut doktor ." Kata Rayyan dan bercakap jujur tentang perkara yang sebenar .

"Takut doktor rupanya . Mr Husband , wife awak ni pun bakal jadi doktor nanti . Takkan nak takut dengan saya jugak ?"

"Awak tak jadi doktor lagi , jadi saya tak takut ."

"Qish dah jadi doktor nanti , siaplah Ray . Kalau degil sangat macam ni , saya terus suntik awak ." Kata Qasha dengan nada mengugut sambil tersenyum sinis .

"Janganlah kejam sampai macam tu sayang .. Tak sayang saya ke ?"

"Kalau saya tak sayang awak , lama saya buat tak tahu je bila awak sakit macam ni . Mulut kawal sikit ." Kata Qasha lalu memberikan jelingan yang tajam .

"Alaa , okay kita pergi klinik ." Kata Rayyan sambil memujuk Qasha . Pipi Qasha dicubit oleh Rayyan walaupun keadaannya lemah .

Qasha menepuk tangan Rayyan . "Sakitlah ." Kata Qasha sambil mengosok pipinya yang mula bertukar menjadi merah .

"Okay sorry , Qish pergi siap dulu ."

"Ray siaplah sekali ."

"Bilik air dalam bilik ni satu je , kongsi bilik airlah kita nanti ."

"Eh tak tak , Qish siap dulu . Okey bye !" Qasha mengambil baju yang ingin dipakai lalu berlari masuk ke dalam bilik air .

"Jangan lari , jatuh nanti ." Ucap Rayyan masih boleh didengar oleh Qasha walaupun nadanya rendah sahaja . Rayyan baring semula sementara menunggu Qasha bersiap .

****
Qasha memapah Rayyan sehingga masuk ke dalam perut kereta . Pintu ditutup selpas Rayyan masuk ke dalam kereta . Qasha berlari anak pergi ke tempat duduk pemandu . Qasha memakaikan Rayyan tali pinggang keledar walaupun Rayyan masih mampu untuk memakainya sendiri . Ketika Qasha mencapai tali pinggang keledar , sempat Rayyan mencium pipi Qasha . Laju terus Qasha memakai tali pinggang keledar untuk Rayyan .

"Eii , dah sakit pun boleh gatal lagikan ?"

"Kalau gatal kita kena garulah , kan ?" Kepala Rayyan diketuk .

"Sorry sorry tadi ada lalat ."

"Ye pun nak menipu agak-agaklah . Sejak bila dalam kereta kita ni ada lalat ?"

"Hehe . Dah dah jom pergi klinik ." Qasha menghidupkan enjin kereta .

"Eh kejap , Qish ada lesen kereta eh ?"

"Ada tapi Qish malas nak bawak kereta ."

"Ohh , baru saya tahu ."

"Hidup dengan saya dah sebulan lebih , awak tak tahu ?"

"Ehe tak ." Kata Rayyan sambil tersengeh .

"Dah dah , awak rehat je . Duduk diam-diam , Qish nak bawa kereta ni ."

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now