Hello ! Mr Husband | Bab 11

16.4K 459 3
                                    

Hari ini , Qasha tinggal berseorangan di hotel . Rayyan sudah terlebih dahulu keluar bersama Qamilia dan meninggalkan Qasha seorang diri . Semestinya Qasha lapar di waktu pagi seperti ini . Qasha nak keluar tapi tak tahu jalan di sini .

"Hmm .. Macam mana aku nak keluar ni ? Perut dah buat bunyi gitar rosak . Kenapalah dia keluar dengan Qamilia ? Padahal dia honeymoon dengan aku bukan minah sesat yang tergatal-gatalkan suami orang tu . Eii takkan dia tak tahu Rayyan dah kahwin ? Aku tembak dia kejap lagi apa tak dapat ." Bebel Qasha seorang diri dengan nada yang sangat geram .

"Restoran yang dekat sini pun aku tak tahu . Pantai aku tahulah sebab dekat bawah tu je . Eh kejap !" Qasha terus berlari pergi ke beranda bilik .

Flashback

Qasha pulang ke bilik sambil di dukung oleh Rayyan . Matanya ternampak satu papan iklan . Papan iklan itu memberitahu esok ada events di pantai . Qasha tersenyum apabila mendapat satu idea .

"Esok kalau bawak Rayyan pergi sini mesti best . Bolehlah manja-manja dengan dia , tak apa suami aku sendiri ." Qasha berbisik di dalam hati .

"Awak awak ! Esok kita pergi events dekat pantai . Jom pergi esok ."

"Emm tengoklah dulu kalau aku free ."

"Emm yelah ." Qasha berasa sebak mendengar jawapan daripada Rayyan .

End flashback

"Okey dah siap ! Laparnya ! Tak sabar nak rasa makanan dekat Thailand ni tapi kena pilih kedai . Hari tu Hana cakap tak banyak yang halal . Harap-harap ada gerai yang halal dan okey !" Qasha terus mengunci pintu selepas sahaja keluar daripada bilik . Laju dia berjalan turun ke pantai .

-----

"Sayang , I nak baju ni boleh ?" Tanya Qamilia sambil membuat muka comel .

"Ambillah , I bayarkan ."

"Thanks sayang !" Qamilia terus mengambil apa-apa sahaja baju dan seluar yang dia inginkan lalu letak di kaunter .

"Okey dah , ni je ." Rayyan menyerahkan card credit kepada perkerja kuanter itu tanpa lihat harga kesemuanya .

"Sayang , kejap lagi kita pergi events yang dekat pantai tu . Please ." Rayyan terus teringatkan Qasha di hotel .

"Dia ajak aku pergi semalam dengan dia , kalau dia tahu aku pergi dengan Qamilia .. confirm merajuk teruk ni ." Rayyan bercakap perlahan seorang diri .

"Sayang cakap apa tadi ? I tak dengar sangatlah ."

"Eh tak ada apa-apa pun . Okey I teman you pergi events tu ."

"Yeah ! Thanks again honey !" Selesai sahaja membayar semua bil pakaian yang dibeli oleh Qamilia , mereka pergi ke events yang dikatakan itu .

-----

"Emm nak makan apa ni eh ? Banyaknya makanan dekat sini ! Aku jenis kuat makan pulak tu ! Tapi kena cari yang halal ni , bak kata Hana dekat Thailand ni tak banyak yang halal ." Qasha pun terus berjalan untuk mencari makanan yang halal sehinggalah dia tiba di suatu kedai . Peniaga itu memakai tudung dan tertulis 'Halal' di gerainya . Qasha berasa ingin teriak pun ada . Tetapi , tiba-tiba Qasha berhenti daripada jalan ke gerai itu apabila ternampak Rayyan bersama Qamilia . Terus Qasha tidak ada selera . Qasha memberanikan diri pergi ke Rayyan dan Qamilia .

"Hye miss , suami awak ke ?" Qasha menegur Qamilia .

"Eh bukan suami tapi bakal suami I ." Jawab Qasha selamba .

"Ohh apa-apa pun , tahniah ye ! Semoga kekal dengan pasangan awak !"

"Thanks !" Rayyan ingin tahu Qamilia bercakap dengan siapa , terus saja dia pandang ke tepi .

Hello ! Mr Husband ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant