CHAPTER 17

2.6K 212 5
                                    


[trouble]
Song ji hyo merapikan kembali solekan nipisnya di dalam tandas tidak mahu member exo mengesyaki sesuatu jika dia kembali ke bilik latihan dengan mata yang sembab..
Paip ditutup dia mengemaskan bajunya supaya nampak terurus rambutnya yang serabai kembali diikat.. Dia memaksa senyuman manis,berlatih untuk mengekalkan kembali senyuman yang dipakai pagi tadi tidak mahu menunjukkan sisi lemahnya ketika dia berperwatakan rapper d.i.a seorang yeoja berhati besi yang dikenali ramai.. Masalah suga dia akan fikiran kemudian sekarang ni dia pergi kembali ke bilik latihan kalau tak dia dicop artis yang tak menepati masa nanti hujung-hujungnya dia juga yang kena..

Ji hyo membuka pintu tandas dia menunduk hormat pada taeyeon yang ketika itu juga menunduk hormat padanya..
Demi menyakinkan orang yang dia sedang membuang hajat dia lantas mencuci tangannya bersebelahan taeyeon..
Seniornya itu tersenyum manis padanya.
"Are you okay? "Soal taeyeon ramah.. Taeyeon antara artis senior yang sangat ramah dengannya.
Ji hyo hanya tersenyum nipis..
"Muka awak nampak pucat.. Dah makan belum kalau belum jomlah join saya"pelawa taeyeon walaupuan jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari taeyeon masih tidak menjamah sedikit pun makanan kerana dia terlalu ralit berlatih sampai lupa waktu makan dan kebetulan pula rapper d.i.a ada jadi apa salahnya dia pelawa.
"Eh! Tak pelah saya dah makan dah tadi.. Tu yang perut memulas"ji hyo pura-pura memegang perutnya sebenarnya dia pun belum sempat makan disebabkan kejadian tadi seleranya terus mati.
Taeyeon hanya tersenyum nipis dan menunduk hormat pada rapper d.i.a yang meminta diri untuk meneruskan latihan.
Ketika ji hyo kelaur dari tandas pergerakannya terhenti apabila sehun menghulurkan bungkusan sederhana besar dihadapan muka.. Dengan gaya namja maskulin sehun menarik tangan rapper d.i.a dan ji hyo yang seakan terpukau mula mengikut rentak sehun.

[Bilik latihan]
Baekhyun yang sedari tadi ralit mengskroll iphonenya mula menjerit kecil dan itu menarik perhatian member exo yang sedang berehat.. Suho duduk disebelah baekhyun.. Baekhyun menyuakan iphonenya kepada suho..
Suho mula memberi fokus pada ig suga yang membuat baekhyun menjerit..
Dalam selca suga kali ni dia menghantar gambar sebentuk cincin dan disertakan dengan caption yang paling sedih abad ini.. Dan itu sebenarnya bukan objektif utama yang ingin ditunjukkan,baekhyun menyuruh suho membaca komen fan suga yang rata-rata mula bash rapper d.i.a kerana fan menganggap rapper d.i.a sengaja ingin memalukan idol mereka..
Member exo mula berpandangan sesama mereka.. Kalau fan suga mula bash rapper d.i.a ini bermakna..
Mereka serentak berlari kejendela kaca melihat kebawah diperkarangan sm sudah dipenuhi fan suga yang masing-masing memegang sepanduk ingin bersemuka dengan rapper d.i.a..walaupun exo tiada kena mengena dengan rapper d.i.a tetap juga mereka perlu mempertahan junior mereka..
Kai lantas mendail nombor telefon sehun meminta bantuan sehun agar menahan rapper d.i.a keluar dari bangunan sm buat masa sekarang kerana mereka sendiri bimbang dengan keselamatan rapper d.i.a.

[Bumbung sm]
Selepas menamatkan panggilan telefon dari kai.. Sehun mengorak langkah duduk disebelah rapper d.i.a yang sedang termenung sambil menikmati tteokpokki yang dibeli sehun tadi..
Sebenarnya dia sudah tahu penghimpunan fan suga diperkarangan sm ketika dia mahu membeli tteokpokki sebab itu dia mengajak rapper d.i.a naik ke atas bumbung..
Ditenung wajah tenang rapper d.i.a dia sendiri mati kutu mahu memulakan perbualan kerana rapper d.i.a seakan malas mahu melayannya..
"Sepanjang saya bernaung dekat agensi ni.. Inilah kali pertama saya rasa aman dan tenteram.. Berada ditempat sebegini buat saya rasa segar.. Tiada kehidupan untuk idol macam kita kan sehun"ji hyo memulakan perbualan..
Sehun hanya tersenyum..
"Sebenarnya inilah kehidupan kita.. Kita yang pilih corak hidup kita jadi kenapa nak mempersoalkan.. Ada saya dan awak dekat sini semuanya atas pilihan kita.. Sepatutnya kita dah bersiap sedia untuk menghadapi apa-apa saja rintangan yang terpaksa kita lalui.. Dulu saya pun macam awak suka mengeluh tapi bila saya fikirkan balik semuanya rencah dalam kehidupan seorang idol. "
keluhan berat terlahir dari bibir rapper d.i.a.
"No life.. Selalu kena bash.. Sentiasa kena jaga hati fan.. Tak boleh suka-suka keluar kalau tak mahu cedera.. Kena jaga penampilan.. Semua itu buat saya sakit mereka hanya mahu kan kesempurnaan dari idol mereka tanpa mahu melihat sedikit pun kelemahan idol mereka. Mereka lupa agaknya yang idol just a normal person bukan angel yang jatuh dari langit.. "Ji hyo mula merapu tersenyum sambil menitiskan air mata... Buat pertama kalinya sehun melihat rapper kesayangannya itu lemah.. Dia sendiri sakit mendengar esakan halus rapper d.i.a.
Sehun menarik tubuh rapper d.i.a dalam pelukan dan ji hyo membalas pelukan sehun di dada sehun ji hyo menghamburkan tangisannya sambil meracau.
"I'am only human.. Just a little human.. "Racau ji hyo..
Racauan ji hyo terhenti apabila dia mendengar sayup-sayup suara memanggil namanya..
Ji hyo lantas bangun dan melihat kebawah walaupun ditahan sehun.
Dapat ji hyo lihat beberapa wartawan dan fan yang kelihatan marah di perkarangan sm.. Mereka ditahan beberapa staff sm dan juga Kwang soo.
Ji hyo terus berlari turun dan diikuti sehun yang tak putus-putus mahu menghentikan tindakannya..
Di bawah song ji hyo ditahan beberapa staff melarangnya keluar dari sm.. Tapi ji hyo bertegas mahu keluar kerana mereka mencederakan Kwang soo.
Dengan kudrat seorang yeoja ji hyo berjaya merempuh staff
Dia lantas memeluk Kwang soo dan menggunakan badannya menahan dari balingan telur terkena adik kesayangannya itu..
Kwang soo menangis terharu dengan tindakan noonanya itu.. Dia juga memeluk erat tubuh noonanya memeluk kepala ji hyo agar objek keras tidak mengenai kepala noonanya.. Fan tidak henti-henti membaling telur dan juga melontarkan kata-kata kesat untuk rapper d.i.a.
"Korang boleh sakiti saya tapi tolong jangan sakiti adik saya.. "Ji hyo menjerit apabila melihat siku Kwang soo berdarah..
Member exo yang melihat fan memperlakukan rapper d.i.a sebegitu teruk mula keluar diikuti sehun mereka juga melakukan benda yang sama memeluk Kwang soo dan rapper d.i.a menahan balingan telur dengan badan mereka..
Suho selaku leader.. Mula bersuara..
"Jangan sakiti junior kami..."
Suasana ini berterusan sampailah siren polis kedengaran..himpunan itu dihentikan dengan bantuan polis..

Dalam pada yang sama suga yang berada tidak jauh dari situ tersenyum sinis.
"Berani kau tolak aku.. Kau belum kenal aku... Ini sugalah tak mudah kau nak gula-gulakan aku"suga mengenakan kaca matanya dan memecut laju kereta porchenya..

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα