CHAPTER 70

3.3K 284 25
                                    

[Happy birthday daniel]

-5 tahun kemudian-
Seorang staff berkulit putih menghampiri song ji hyo yang sedang kusyuk di hadapan laptop..
"Ji hyo.. Fanmeeting di japan dibatalkan sebab kita kena uruskan visa dan juga masih ada dua fanmeeting yang kita kena kendalikan dekat sini.. "Terang lisa pembantu peribadinya..
Ji hyo hanya mengangguk dan memberi isyarat supaya meninggalkannya sendirian di studio..

5 tahun sudah berlalu.. Bukan jangka waktu yng singkat untuk aku membina nama ku semula macam-macam yang aku tempuhi dihina, dimaki malah kontrak ku bersama leisure and Entertainment turut dibatalkan kerana isu di korea yang dipanjangkan.. Namun semuanya terjadi diluar jangkaannya dia bersama hyolyn dan tao sama-sama mencipta nama baru di UK dan sedikit demi sedikit muzik mereka diterima dan akhirnya berkat usaha mereka, mereka berjaya menubuhkan syarikat entertainment sendiri iaitu miracle entertainment yang sudah pun berusia 2 tahun..

Song ji hyo mengeluh pen ditangannya dicampak ke atas meja.. Headphone yang terlilit dilehernya juga dicampak keatas meja..
Kemudiannya jari jemarinya diketuk diatas permukaan meja sementara menunggu mak buyung hyolyn keluar dari bilik rakaman..
Pintu bilik rakaman ditutup dengan mengusung perut 7bulan hyolyn mendekati ji hyo yang sedang duduk..
"Kau ni takut aku tengok perut kau tu dah besar sangat aku suruh rest dekat rumah tak nak degil nak datang.. Ni kalau tao tau bukan kau yang kena bebel aku ni ha! "Bebel ji hyo.. Sudah acap kali dia berpesan pada hyolyn supaya ambil cuti duduk dirumah kerana kandungannya sudah sarat.. Hyolyn dan tao berkenalan ketika mereka menjaganya yang sarat mengandung selepas itu mereka mula bertunang dan akhirnya berkahwin pada tahun lepas.. Kisah cinta mereka sangat simple hanya kisah cinta dia saja penuh dengan konflik sampaikan ji hyo sudah pasrah dengan pengakhiran cerita cintanya sendiri.. Sekarang hidupnya hanyalah tertumpu pada muzik dan juga daniel..

Hyolyn duduk bersandar sambil mengusap perutnya yang sudah membulat..
"Ala kau ni.. Dekat rumah tak ada oranglah tao bukannya selalu ada dekat rumah dia kan busy dengan pembukaan entartainment kita dekat korea.. Semenjak kau busy dengan butik kau tu.. Dia yang kena uruskan.."jawab hyolyn.. Sebab itu dia lebih suka ke agensi berbanding duduk dirumah buat terberanak dekat rumah sorang-sorang haru jadinya..
Ji hyo mencebik saja je nak suruh dia balik ke korea bukan dia tak tahu agenda suami isteri ni sibuk je..
"Ji hyo... Dah 5 tahun dah.. Kau tak nak.. "
"Dah hyolyn jangan nak mulakan...kan aku dah cakap kalau sehun dah matang dia akan datang cari aku dengan daniel.. Dah lima tahun dia tak datang cari aku.. Tak kan aku nak terhegeh-hegeh cari dia.. Kalau dia sedar yang dia tu dah ada anak mungkin dia akan cari aku.. Tapi kau tengoklah sekarang lima tahun aku besarkan oh sehyo sorang-sorang.. Lama-lama macam ni aku jadi dah terbiasa tanpa kehadiran sehun"luah ji hyo..
"Kau masih sayangkan sehun? "Soalan yang betul-betul menjerut perasaannya.. Tipulah kalau dia cakap dia tak cintakan sehun.. Cintaku pada sehun semakin bertambah bila melihat anak kami daniel yang membesar saban hari peribadi dan mukanya seiras sehun anak yang manja, tegas dan sombong.. Semuanya di copy paste dari sehun..
"Cinta aku pada daniel lebih besar dari cinta aku pada sehun.. Kerana aku dah jadi seorang ibu.. "Jawab ji hyo..
Hyolyn mengangguk sungguh besar cinta sahabatnya itu pada sehun.. Cuma orang buta macam sehun yang lebih memilih ego dari cintanya sendiri sampai sekarang dia tidak faham tentang cinta ji hyo dan sehun.. Katanya hidup tanpa cinta tapi mana datangnya daniel.. Kalau buat novel kompem membaca akan muntah dan pening bila jalan cerita cinta mereka macam tiada kesudahan.. Ji hyo punya ego sebesar UK manakala sehun si namja dingin mempunyai ego sebesar kota seoul.. Ditambah pula dengan cahaya mata mereka yang sebiji perangai macam mama dan papa dia haru betul family oh ni..
"Terpulanglah ji hyo aku tak nak paksa kau turunkan ego kau.. Cuma aku nak cakap kau dah belikan hadiah untuk birthday daniel lagi 2 minit genap umur dia 5 tahun.. "Pesan hyolyn..

Ji hyo yang baru sedar dia lupa membelikan hadiah untuk anak lelakinya segera bangun dia bukan saja lupa membelikan hadiah hari lahir untuk anaknya tapi juga lupa yang hari ini hari jadi anak bujangnya itu.. Mati.. Kena bebel.. Mati..
Ji hyo mencapai jaket lalu berlari keluar..
Hyolyn menggelengkan kepalanya melihat keletah ji hyo setiap tahun dia yang kena ingatkan hari jadi daniel..

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now