CHAPTER 50

2.7K 214 1
                                    

[sebulan kemudian]

Hari terakhir dalam bulan september dipangkah ini bermakna masih berbaki dua bulan lagi dia akan meninggalkan rumah ini meninggalkan sehun dan juga meningalkan hatinya disini.. Dia jika dia luahkan isi hatinya pada sehun ini semua akan menjadi semakin rumit jadi dia memilih untuk pendam dia tak mahu dengan perasaannya ini buat sehun terluka kerana dirinya lagi dam dia juga tidak mahu memperbodohkan sehun. Setiap hari mulutnya selalu menyebut nama rapper d.i.a tanpa dia sedar yang sentiasa disisinya adalah rapper d.i.a.

Ji hyo mengeluh lantas dikerling sehun yang sedang nyenyak tidur wajah polos sehun dipandang dari jauh melihatkan wajah sehun dia jadi serba salah selama ini sehun melayannya baik tak pernah pun sehun berkasar dengannya. Dia sudah mula selesa dengan sehun tapi kenapa masa terus berjalan sehun menghitung hari untuk meninggalkannya tapi dia sedaya upaya untuk menghentikan masa supaya dia terus berada disisi sehun.

Langkah kaki ji hyo dihayun lantas dia duduk bersebelahan dengan sehun sekali lagi wajah sehun ditatap lama..
Tangan kanannya diletakkan ke dada...
Debaran yang selalu ada ketika dia sedekat ini dengan sehun kini tidak pernah berkurang malah jantungnya semakin sakit setiap kali jantungnya berdegup laju dari biasa..
Lantas tangan kirinya mengusap pipi sehun berlahan.
"Aku minta maaf.. Hanya itu saja kata yang aku mampu ungkap untuk setiap pembohongan aku.. "Monolog ji hyo dalam hati.
Tiada air mata tapi sebuah senyuman bahagia untuk seketika.. Baru saja air matanya ingin mengalir terasa tangannya yang masih dipipi sehun digenggam.

Ji hyo memandang sehun yang ketika ini juga sedang memandangnya.. Perlahan-lahan sehun bangun tangan ji hyo masih tidak dilepaskan sekarang ini hanya mata yang membuka seribu cinta baik sehun mahu pun ji hyo mereka langsung tiada kata untuk diungkap.. Sehun berwajah sayu manakala ji hyo hanya tersenyum senyuman yang semakin pudar dan bertukar tangisan halus tapi pandangan mata mereka masih kekal begitu.
Sehun mengusap air mata dipipi ji hyo.hatinya juga sebak melihat air mata ji hyo entah kenapa dia rasa air mata itu berpunca darinya.

"Do.. Do.. You love.. Me?? "Soalan yang terlahir dari mulut ji hyo buat sehun tersentak..
Dia diam merenung wajah ji hyo. Kemudiannya dia menundukkan wajahnya perlahan-lahan kepalanya digelengkan perlahan walaupun hatinya berkata lain.
"Aniya... "Jawab sehun namun dia sedikit terkejut apabila bibir ji hyo mendarat di bibirnya. Sehun diam tanpa kata..
Kemudiannya ji hyo mencium dahi sehun lama.
"I'm fine.. I'm fine"kata-kata itu diulang cuba memberi isyarat pada hatinya yang dia okay..
Kedua belah pipinya dipegang sehun.
"Tidurlah.. Esok nak bangun pagi.. "Tubuh ji hyo ditolak dan diselimutkan tubuh isterinya itu.. Perlahan-lahan mulutnya didekatkan ke telinga ji hyo.
"Tidurlah dan pastikan esok kau bangun dengan penuh pengharapan yang hati aku akan terbuka untuk kau..mian.."mata ji hyo ditutup menggunakan kedua belah tapak tangannya kemudiannya dia turut berbaring disebelah ji hyo..
Dibiarkan ji hyo masuk kedalam dakapannya.
Dalam diam dia rasa bersalah kerana mendera perasaan gadis sebaik ji hyo. Dia tidak mahu memberi harapan pada ji hyo sedangkan dia sendiri tak tahu kemana perasaannya ketika dia berhampiran dengan rapper d.i.a dia yakin yang dia masih cintakan yeoja itu, tapi bila dengan ji hyo yeoja yang baru sebulan bergelar isterinya dia rasa macam perasaan sayang itu sudah ada.. Sehun mengeluh dia mengusap kepala ji hyo tidak pasti sama ada gadis itu sudah tidur atau pura-pura tidur.
"Kalau kau tak ada perasaan dengan ji hyo kenapa kelakuan kau tunjuk sebaliknya.. Apa yang ada dekat kepala kau oh sehun"monolog sehun dalam hati. Perlahan-lahan matanya berat dan dia tertidur sambil mendakap ji hyo.

***********

Ji hyo bangun sambil mengalih tangan sehun yang elok memeluk pinggangnya. Dia duduk bersila sambil memandang sehun yang masih pulas tidur..
Peristiwa semalam bermain di dalam kepalanya lantas mulutnya ditepuk kasar dahinya diurut lembut mengenangkan kelancangannya meluahkan perasaan pada sehun semalam buat kepalanya sakit. Dan mulutnya dicubit-cubit berkali-kali menyesal kerana sudah terlanjur mencium hantu susu tu..

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now