CHAPTER 22

2.7K 210 3
                                    


[the truth]
Dari jauh ji hyo lihat sehun duduk dihujung cafe sm.. Entah kenapa dia rasakan yang wajah itu terukir dengan garisan kekecewaan tak tahu adakah itu semua salahnya kerana dengan kejam menolak hasrat hati sehun dan juga menghinanya dengan perkataannya yang dia percaya tidak semua lelaki dalam dunia ini mahu mendengarnya iaitu 'gay' pada dia ketika dia mengucapkan perkataan itu hanyalah gurauan tapi dia percaya sehun mesti terasa hati dengan kata-katanya walaupun dia tak mengungkapkan itu secara terang-terangan tapi dengan layanan dingin sehun ketika latihan tadi dia dapat rasa yang sehun marahkannya.

Memanglah niatnya tadi nak minta maaf dengan sehun tapi tak tahu pula moment lain yang muncul.. Sedar dari tidur dia lihat tiada seorang makhluk pun dibilik latihan tadi,sebab itu dia bergegas turun dia perlu juga minta maaf pada sehun dan terangkan padanya kenapa dia menolak sehun..

Langkah kaki dihayun perlahan sesekali ji hyo menunduk hormat pada seniornya yang keluar masuk cafe..
Akhirnya dia berjaya sampai ke tempat sehun.. Bubble tea yang dibelinya tadi diletakkan dihadapan sehun..
Sehun memandang sekilas wajah rapper d.i.a kemudiannya dia menundukkan wajahnya kecewa.. Kenapalah disaat dia tidak mahu melihat wajah rapper d.i.a disaat itu jugalah dia muncul jadi bagi tahu macam mana caranya dia nak terima hakikat yang yeoja didepannya itu menolak cintanya.. Nasib baik dia berfikiran waras kalau tak mahunya dia terjum bangunan malu melihat muka orang yang buat cintanya bertepuk sebelah tangan.

Terdengar keluhan berat dari bibir milik rapper d.i.a namun sehun hanya diam dan menskroll iphonenya melihat-lihat gambar yang diambilnya pagi tadi.. Dia mahu rapper d.i.a faham yang saat ini dia malas nak bersuara.. Hatinya sakit jiwanya terluka dengan kata-kata rapper d.i.a.

"Mian"satu perkataan yang lahir juga dari mulut ji hyo apabila hampir 2 minit dia mahu mengajar lidahnya bersuara bila melihat wajah dingin sehun.. Memanglah sehun ni terkenal dengan muka dinginnya tapi kali ni dinginnya lain macam.

"Wae? "Soal sehun antara dengar dan tidak.. Dia menjeling bubble tea kegemaraannya itu.. Kalau tak disebabkan egonya mesti sekarang ni dia dapat menikmati minuman kegemaraannya itu.

"First.. Saya nak minta maaf sebab cakap awak gay hari tu.. Saya tahu yang saya tak patut... Saya betul-betul minta maaf"ucap ji hyo luhur saat ini rasa bersalahnya semakin menebal apabila melihat sehun masih tetap tidak mahu melayannya.

Sehun termenung menekur meja makan dan kemudiannya dia memandang muka rapper d.i.a.. Kenapa?? Wajah ini yang dia suka padahal tak ada yang istimewa pun pada rapper d.i.a tapi kenapa hatinya menginginkan dia..

"Awak perlu minta maaf pada hati saya.. "Jawab sehun berkias dengan kiasannya difahami rapper d.i.a

"Wae?? "Soal ji hyo blur..

"Sebab hati saya penuh luka.. Dan mungkin sekarang hati saya dah bernanah apabila awak menolak saya?? Disebabkan saya gay ke awak tolak saya? "Soal sehun ada getaran yang terlahir dari bibirnya, dia memandang riak wajah rapper d.i.a walaupun ditutupi dengan topeng dia dapat rasa yang rapper d.i.a cuba merangka ayat yang sesuai untuknya.

"Ani... Saya... "Kata ji hyo tergantung apabila melihat sehun menyeka air matanya perlahan kemudiannya dia terus bangun meninggalkan ji hyo..

"Saya belum bersedia"sambung ji hyo.. Dia kemudiannya mengejar sehun pandangan dari ahli exo yang baru sampai ke cafe tidak dihiraukan saat ini dia perlu memberi penjelasan pada sehun tentang perasaannya.

Sehun membawa rajuk hatinya ke tempat letak kereta dia memboloskan dirinya di dalam kereta disitu dia menangis ya! Menangis pedih hatinya apabila dia tahu yang rapper d.i.a ingin menolak cintanya lagi dengan kata-katanya yang langsung tiada kelembutan.

Terasa pintu keretanya dibuka.. Terjengol wajah rapper d.i.a dia kemudiannya duduk disebelah sehun memandang sisi tepi sehun.. Cukup membuatkan hatinya risau apabila melihat sehun menangis kerananya.

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now