CHAPTER 51

2.7K 231 3
                                    

[Curiga]

Selepas xiumin dan yang lain meninggalkan lay dan chanyeol diruang tamu. Mereka duduk disofa berpandangan sesama sendiri cuba mencerna kembali kata-kata umin hyung yang buat mereka rasa tindakan mereka tersangatlah kurang ajar.
"Chanyeol hyung rasakan ada betulnya kata umin hyung kita tak ada sebab pun nak bencikan ji hyo. Walau buruk macam mana pun layanan kita pada ji hyo dia diam je langsung tak menunjukkan yang dia tak senang dengan layanan kita. Malah dia menjaga maknae kita dengan baik. Jadi apa keperluan kita bencikan dia"luah lay dipandang chanyeol yang bersandar di sofa namun matanya tetap memberi perhatian pada perbincangan mereka.

Chanyeol diam dalam otaknya ligat mengingat kembali peristiwa di lotte hotel yang sampai sekarang tiada siapa pun tahu. Sebenarnya dia pun tak ada sebab nak bencikan ji hyo tetapi kenapa hati dan otaknya sendiri berprasangka buruk terhadap ji hyo apabila dia melihat ji hyo bertengkar dengan namja yang sampai sekarang masih belum diketahui identitinya. Malahan dia kerap kali melihat ji hyo masuk ke sm.. Tak tahu sama ada matanya silap atau dia benar-benar berlaku. Macam-macam teori yang bermain di kepalanya tapi setiap kali dia mencipta teori setiap kali itu juga teorinya itu langsung tak boleh pakai.

Lay menepuk peha chanyeol yang lebih memilih mengelamun daripada berbual dengannya.
"Chanyeol dengar tak apa yang hyung cakap? "Soal lay.
"Dengar.. Tapikan hyung,chan rasa kan ji hyo ni ada simpan rahsia.. "Akhirnya persoalan yang disimpan terluah jua.
"Rahsia?? "
"Ingat tak masa kita dekat lotte hotel ji hyo tergesa-gesa keluar lepas dapat sekeping kad dari staff dan chanyeol ikut dia.. Chanyeol nampak dia bertengkar dengan seorang lelaki misteri, pertengkaran mereka nampak serius tapi sayangnya chan tak dengar apa yang mereka cakap. Dari situ chan mula syak ada yang tak kena dengan ji hyo. "Jelas chanyeol.
Lay membulatkan matanya bila mendengar kenyataan chanyeol.
"Tapi kita masih tak ada sebab nak bencikan dia. Siapa pun lelaki tu bukan masalah kita"jawab lay.
"Bukan itu je.. Chan nampak ji hyo keluar masuk sm lepas tu hilang dah banyak kali chan nampak sebelum ji hyo berkahwin dengan sehun lagi... Setahu chan orang sembarangan tak ada hak nak keluar masuk sm kecuali staff atau pun idol macam kita. Jadi apa rahsia ji hyo?? Sebenarnya persoalan tu dah lama ada dekat otak chan bila buat pertama kalinya chan nampak dia. "Luah chanyeol bersungguh-sungguh.
"Hyung tak berani nak komen apa-apa, apa yang pasti siapa pun ji hyo kita tetap kena minta maaf pada ji hyo dan sehun"tegas lay dia bangun kemudiannya bercekak pinggang memandang chanyeol.
"Baiklah kalau itu yang hyung nak tapi semua ini tak kan pudarkan rasa curiga chan pada ji hyo.. "Chanyeol juga bertegas.

***********

Ji hyo duduk bertentangan dengan sehun, namja itu sedari tadi hanya diam tanpa kata mata namja itu meliar ke luar cafe miracle.. Selepas pertengkaran kecil antara sehun dan exo, dia terus membawa sehun kesini..
Sejujurnya dia tahu sehun langsung tiada niat menyakitkan hati hyung-hyungnya itu kerana dari mata sehun saja sudah cukup menceritakan segalanya.. Perbalahan mereka semuanya berpunca darinya kalaulah satu hari nanti sehun ditakdirkan keluar dari exo dia adalah orang yang patut bertanggungjawab.

Perlahan-lahan song ji hyo menarik kerusi duduk disebelah sehun yang masih termenung wajahnya beriak kosong..
Song ji hyo mengenggam tangan sehun.. Dan sehun membalas dengan menyatukan tangan mereka.

"Kalau saya tanya awak okay macam tak logik pula soalan tu.. Tapi saya tetap nak tanya awak ok? "Soal ji hyo tanpa memandang sehun.
"Aku tak okay... "Jawab sehun perlahan kemudiannya dia menundukkan wajahnya.
"Kalau awak nak cerita apa-apa ke nak membebel ke.. Buat semua tu dengan saya.. Sebab saya kan kawan awak"ji hyo cuba memujuk.
"Aku terasa hati dengan exo.. Entah kenapa sejak luhan tinggalkan kami aku senang terasa hati. Setiap tindak tanduk hyung-hyung aku tu buat aku terasa hati. Mereka sentisa nak tentukan itu dan ini untuk aku.. Macam aku ni adik mereka. Kenyataannya aku bukan adik mereka.. Aku rimas faham tak rimas.. "Luah sehun.
"You know what... Saya  tak nampak pun mereka kongkong awak. Apa yang saya nampak mereka betul-betul sayangkan awak, mereka nak yang terbaik untuk awak.. Mereka tak nak maknae mereka buat pilihan yang salah jadi kenapa awak nak marahkan mereka. Sepatutnya awak berterima kasih pada mereka. Awak sendiri cakap dengan saya jangan terasa hati dengan kata-kata lay dan chanyeol sebab awak cakap mereka tak maksudkan itu. Tapi sekarang ni awak yang terasa hati.. Kalau awak rasa rimas dengan mereka cuba awak fikir siapa yang ada dengan awak ketika awak gembira dan sedih selain parents awak?? Mereka kan?? Jadi perkataan rimas tak sepatutnya keluar dari mulut awak setelah apa yang mereka buat untuk awak.. "Panjang lebar ji hyo memberi nasihat namun sehun masih diam. Kemudiannya sehun merenung wajah isterinya lama.. Perlahan-lahan senyuman mula terlakar dibibirnya.
"Aku tak sangka budak 19 tahun sangat matang dalam kata-kata.. Masa kau cakap tu aku terlupa yang kau lebih muda dari aku.. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut kau semuanya matang.. "Jawab sehun.
"Pengalaman mendewasakan kita sehun"
Sehun diam perlahan-lahan kepalanya dilentokkan kebahu ji hyo sambil tangan mereka bersatu..
"Ji hyo... "Panggil sehun.
"Em?? "
"I trust you"
Ji hyo terdiam bila mendengar kata-kata sehun 'i trust you'.. Perkataan itu tak sepatutnya terluah dari mulut sehun kerana dia takut perkataan 'i trust you'  akan bertukar jadi 'i hate you'. Dia tidak tahu bila ia akan terjadi tapi yang pasti dia tetap akan berlaku.. Sehun akan membencinya dan kebencian chanyeol dan lay berasas tapi dia mampu tersenyum kerana dia pasti sehun akan baik-baik saja dengan exo.
Ji hyo senyum setitis demi setitis air matanya jatuh namun cepat-cepat dikesat.

************

Lonceng ditekan berkali-kali membuatkan ji hyo dan sehun kalut berlari.
Pintu dibuka tersengol wajah exo sambil menjinjit beberapa bungkusan dan orang yang pertama dilihat adalah chanyeol dan lay..
Tanpa kata mereka terus memeluk ji hyo yang masih mamai..
"Ji hyo oppa minta maaf.. Maafkan oppa please"rayu lay sambil menggoyangkan badan ji hyo.. Manakala chanyeol memeluk kaki ji hyo dan sehun sambil meminta maaf..
"Maafkan kami please.. "Rayu lay dan chanyeol serentak..
Kemudiannya suho menghampiri sehun dan ji hyo dihulur tekul besi mainan.
"Pukul dia orang kuat sikit.. "Arah suho.
"Bwo?? "Soal ji hyo..
Sehun terlebih dulu memukul kepala chanyeol yang sedang berlutut..
"Auch.. Auch"jerit chanyeol walaupun tekul besi mainan tetap juga sakit..
Sehun ketawa melihat hyungnya menjerit akibat hentaman tekul besinya makin galaklah dia memukul hyungnya.. Mereka berlari keliling rumah macam kanak-kanak ribena dan ji hyo hanya melihat kemesraan sehun dan exo.

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now