CHAPTER 41

2.8K 192 9
                                    

[Private wedding ceremony]

Badan tinggi lampainya menari-nari mengikut rentak lagu baru rapper d.i.a walaupun mereka dalam krisis,sehun tetap juga fanboy rapper d.i.a dia akui yang lagu baru rapper d.i.a untuk tahun ni dah berjaya menduduki carta muzik paling tinggi dihatinya.

Lantas tangannya yang panjang mengusap screen telefon bimbitnya.dia rindukan rapper d.i.a tersangat rindu entah kenapa setiap kali dia nak buka mulut menjemput rapper d.i.a ke majlis perkahwinannya mulutnya terasa berat dan digam walhal tujuan dia bersetuju dengan perkahwinan ini hanyalah semata-mata nak menyedarkan rapper d.i.a yang dia juga mampu memiliki yeoja yang jauh lebih baik.tapi masalahnya adakah song ji hyo itu baik dia sebelumnya tidak pernah kenal keperibadian ji hyo tapi kenapa ji hyo yang menjadi pilihannya?jawapannya dia sendiri tak tahu semenjak mereka dipertemukan buat pertama kalinya di halyang mall.
Itu menjadi titik tolak hubungan mereka,selama ini dia ambil enteng hubungannya dengan fan tapi selepas dia mengenali ji hyo dia jadi peka dengan perasaan fan nya dia tahu fan nya begitu terluka ketika dia mengambil keputusan untuk berkahwin malah bukan itu saja luka yang dia beri banyak terlalu banyak sampaikan tak terhitung dek jari.tapi dia perlu teruskan ini semua bukan hanya kerana rapper d.i.a tetapi juga kerjayanya dalam exo.

Sehun mengeluh kot hitam yamg sepatutnya disarungkan ketubuhnya dipandang sepi jarinya menari-nari menghentak meja solek yang berada didepannya.lantas tangan itu dibawa ke dadanya.

"Hati kenapa aku langsung tak diberi peluang untuk bahagia apakah semua yeoja di muka bumi ini hanya terlahir untuk menyakitkan hati?"

Ditunggu jawapan dari hatinya namun hampa hatinya juga tidak mampu menolong.seketika kemudian pintu terkuak terjengol wajah suho yang segak mengayakan tuksedo berwarna putih dikocek kirinya terselit mawar putih.lantas suho menghayun langkah mendekati si maknae yang sudah pun bergelar seorang suami.

Senyuman paling manis dilemparkan ke arah si maknae lantas punggungnya dilabuhkan diatas meja solek berhadapan dengan sehun.
"Aigoo..uri maknae...kenapa tak siap lagi?debar tak hilang lagi ke?"soal suho ditenung wajah maknae yang beriak kosong mulutnya memuncung.

"Suho hyung betul ke apa yang sehun buat sekarang ni?"soal sehun.
"Sehun.."tangan kirinya mendarat dibahu sehun.
"Sehun sudah pun bergelar seorang suami dan sepatutnya soalan tu dilontarkan sebelum sehun berjanji pada appa ji hyo yang sehun akan menjaga puterinya dengan baik.memang pada mulanya hyung tak suka,tak setuju dengan keputusan sehun tapi percayalah ni semua takdir ini semua sebahagian kisah hidup sehun.walaupun berkahwinan korang berdua hanyalah diatas kertas satu je yang hyung nak sehun ingat"sambungnya lagi ayatnya terjeda sehun mengangkat wajahnya memandang hyungnya.

"Ji hyo tu manusia dia ada hati dan perasaan.dendam sehun terhadap rapper d.i.a langsung tiada kena mengena dengan ji hyo.jangan kerana hati sehun disakiti sehun nak buat perkara yang sama dengan ji hyo.that's not good arreso?"

"Macam mana hyung tahu sehun dengan rapper d.i.a ada masalah "soal sehun pelik setahunya hanya lay hyung je tahu rahsianya atau pun hyungnya itu dah pecahkan rahsia..
"Sehun ingat tak dulu kita pernah janji antara kita berdua belas tiada rahsia antara kita..we just not friends but we are family.dan family tak sepatutnya berahsiakan..jadi jangan salahkan lay hyung , hyung yang paksa dia buka mulut untuk ceritakan semuanya"jelas suho bila melihat perubahan riak wajah sehun.

Suho bangun dan mencapai kot hitam yang sepatutnya disarungkan ketubuh sehun.
"Dah bangun biar hyung yang sarungkan"
Sehun akur dia lantas bangun dan membiarkan suho menyarungkan kot ditubuhnya.

Suho tersenyum melihat ketampanan maknae dalam exo.tiba-tiba dia sebak apabila mengenangkan yang sehun tidak akan duduk serumah dengan member exo memandang dia sudah berkahwin selepas ini tiada lagi keletah manja sehun untuk dia layan.namun air mata yang mengalir dipipi cepat-cepat diseka..teruk betul dia menangis malah bukan hari ini saja dia menangis dia menangis ketika sehun bersetuju untuk berkahwin.

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now