CHAPTER 20

2.9K 202 4
                                    


[trouble maker ]

Song ji hyo menghentikan lamborghini milik oppanya dipersimpangan jalan.. Dia melirik matanya memandang gadis yang berusia dalam likungan 18 tahun yang juga sedang memandangnya.. Ji hyo mengarahkan dia turun di ikuti yang lain.

Song ji hyo memeluk tubuh memandang satu persatu anak buahnya yang juga masing-masing masih berada di bangku sekolah.. Dia mengeluarkan sampul surat dari dalam. Begnya.
"Ingat ye lepas ni aku tak kenal kau korang tak kenal aku.. Aku tak nak ada kaitan dengan korang semua"pesan song ji hyo sambil membaling sampul surat yang berisi sejumlah wang dan disambut seorang gadis yang bertocang.. Gadis itu tersengih.

"Thanks bos kalau ada job call kita orang lagi"balasnya mewakili kawan-kawannya yang lain dan meninggalkan ji hyo disitu.. Mereka sebenarnya sudah lama kenal dengan rapper d.i.a. Mereka sendiri tidak pernah tahu siapa dia yang selalu memakai topeng muka.. yang dia tahu mereka sering diupah untuk membantunya tetapi ini kali pertama mereka diupah untuk memukul orang,

Song ji hyo mengeluh perlahan dia melihat sekelilingnya yang gelap timbul pula rasa takut yelah dahlah tempatnya Agak tersorok dan tiada seorang pun yang berkeliaran disitu. Ji hyo memboliskan dirinya masuk ke dalam perut kereta lamborghininya dan memecut laju pulang ke apartment.

[Dorm exo]
Sehun berbaring diruang tamu sambil rantai misteri yang dijumpai tadi diangkat tinggi masih gagal mengingat kembali di mana dia pernah nampak rantai itu..
Sehun memejamkan matanya cuba mengimbas kembali detik di mana dia pernah melihat rantai itu tersarung di leher song ji hyo??

Apabila dia menyebut nama song ji hyo automatik dia bangun dan mengerahkan otaknya kembali cuba untuk memastikan lagi..
Setelah hampir 5 minit berfikir akhirnya dia mendapat jawapan pada persoalannya.
'Yelah ni kan rantai yang sama yang dipakai ji hyo... Aku tahu sebab rantai ini sama betul dengan rantai milik ji hyo.. Tapi... 'Dia terjeda dia menyandarkan badanya disofa saat ini dorm sunyi kerana kesemua hyungnya sudah lama masuk ke alam mimpi hanya dia saja yang tidak mampu melelapkan mata selagi dia tidak dapat merungkai misteri rantai ini.

'Tak kanlah rantai ini ada satu je dekat dunia.. Yelah rapper d.i.a kan idol mesti semua yang dipakai akan menjadi trend..mesti ji hyo tu salah satu fan rapper d.i.a sebab itu dia ada rantai yang sama macam rapper d.i.a tengoklah cara dia mengubah imej sentiasa mengikut perkembangan imej rapper d.i.a... Tapi kenapa aku rasa ada benda yang tak kena dengan semua ini atau aku terlalu mengikut perasaan'
Akhirnya sehun menyimpan rantai itu dalam koceknya dia langsung tiada niat mahu memulangkan rantai itu kepada pemiliknya.

[Apartment ji hyo]
Song ji hyo menutup pancuran air dan keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya dihadapan cermin rasa segar membuatkan moodnya kembali membaik dia melihat biasan wajahnya dicermin.
Dia memicit jerawat yang mula menghiasi mukanya.. Namun ianya terhenti apabila dia melihat lehernya kosong. Song ji hyo mula gelabah apabila dia pasti rantai pemberian ommanya hilang..

Dia mula kembali ke bilik air cuba mencari rantai itu mana tahu ianya terjatuh ketika dia mandi.. Puas mencari akhirnya dia mengeluh perlahan apabila rantai itu tidak ditemui.
Song ji hyo keluar dari bilik air dengan perasaan yang berbaur itu adalah rantai pemberian ommanya buat kali terakhir selama ini dia tidak pernah membuka rantai itu semenjak ia disarungkan mendiang ommanya.. Tetapi sekarang lambang cinta ommanya hilang akibat kecuaiannya sendiri..

"Mianhae omma.. Mianhae.. "Rintih song ji hyo akhirnya dia tertidur dengan linangan air mata.

[Sm entertainment practice dance monster day 2]

Padanan singlet putih, sneakers dan seluar sukan hitam menjadi pilihan ji hyo untuk menghadiri sesi latihan bersama exo.. Akibat cuaca yang terlalu panas song ji hyo menyanggul rambutnya tinggi walaupun penampilannya Agak sederhana ia tetap menarik minat para peminatnya yang sudah pun berkumpul di perkarangan sm..

Sempat song ji hyo melambaikan tangannya pada peminat sebelum masuk ke dalam sm.. Dia sebenarnya sudah lambat sebab itu dia tergesa-gesa, ini semua sebab kwang soo tidak menjemputnya diapartment jadi terpakaslah dia memandu sendiri..
Ada manager macam tak ada manager nasib baik adik kalau tak dah lama kena pecat.

Baekhyun yang sedari tadi panas dengan perangai juniornya itu menjadi semakin panas apabila rapper d.i.a lambat untuk sesi latihannya.. Sehingga mereka terpaksa menunggu junior mereka itu.. Walaupun suho tidak kisah tapi dia kisah marahnya belum reda..
Demi menanti tuan puteri, baekhyun mencekak pingang berdiri ditepi pintu.. Sehun yang melihat perangai hyungnya pun meluat apa sangatlah kesalahan rapper d.i.a kalau nak dikira marah dia yang sepatutnya marah sebab rapper d.i.a menolak cintanya macam tu je..

Bila melihatkan wajah rapper d.i.a yang tersengih sedikit sebanyak buat hati baekhyun sejuk sedikit tetapi dia keraskan hatinya dia perlu memberi denda akibat kelewatannya.

Dia merenung rapper d.i.a
"Yah! Berani datang lambat"baekhyun sengaja menguatkan suaranya supaya rapper d.i.a takut tapi bila mendengarkan ketawa kawan-kawan buat dia rasa ingin ketawa namun dia mengeraskan mulutnya.

"Mian.. Senior saya tahu saya salah"jawab ji hyo sambil menunduk hormat pada seniornya yang mempunyai ketinggian yang sama dengannya.

"Tahu pun salah.. Jadi kalau tahu salah mesti awak tahu yang awal kena tebus kesalahan awak? "Soal baekhyun dia tersenyum meleret memandang sehun timbul idea nakalnya.

"Nak tebus dengan apa? "Soal ji hyo blur jangan minta yang bukan-bukan sudah. Eh! Dia boleh tersengih pula jangan macam-macam aku ada judo..

"Dendanya, awak kena menari depan kami.. "Baekhyun mencongketkan sedikit matanya..
Dia lantas mengarahkan xiumin membuka laptop.
Lagu trouble maker memenuhi ruangan bilik latihan. Song ji hyo telan air liur mampus aku..

Satu persatu ahli exo bersorak memberi semangat padanya.. Ji hyo binggung dia bukan tak tahu menari cuma dia sedikit segan tarian hyuna sangat seksi dan sekarang ni dia perlu menari di depan seniornya ini.. Kegilaan apakah ini?

Kai menolak sehun ketengah untuk menjadi pasangan ji hyo.. Baik sehun mahu pun ji hyo masing-masing kekok dan blur.. Apabila melihat wajah baekhyun ji hyo terus akur menari mengikut rentak lagu..

Baekhyun terjerit kuat apabila tiba dibahagian dimana sehun memegang punggung rapper d.i.a dan kedudukan mereka yang Agak rapat.. Sebenarnya ini bukan ideanya seorang.. Dia dan ahli exo yang lain merancang supaya sehun dan ji hyo rapat. Dan ianya juga tanpa pengetahuan sehun.

Ji hyo berkali-kali meneguk air liurnya yang terasa pahit.. Jantungnya berdegup laju luar dari kebiasaannya.. Apabila dia berada sedekat ini dengan sehun walaupun sehun cuba bersikap profesional tapi dia tidak dia dapat rasakan setiap sentuhan sehun Agak dingin mungkinkah sehun masih terasa dengan perangai dan kata-katanya semalam. Dikesempatan ini ji hyo meneliti raut wajah sehun tidak dinafikan sehun mempunyai raut wajah yang sempurna tentu saja dia dapat memikat berjuta hati termasuk hatinya.. Tapi kenapa dengan wajah sehun hari ini bibirnya memuncung mukanya ketat...

Sehun yang perasan dirinya diperhatikan juga merasakan benda yang sama dia gugup dan juga dia takut jika dia mengikut rentak rapper d.i.a dia kembali hanyut dengan cintanya.
Sehun mendekatkan mulutnya dicuping telinga rapper d.i.a
"Saya hensemkan hari ni"
Ji hyo menjuihkan bibirnya.. Si sehun ni betul-betul bawa bakul angkat sendiri.
"Tak hensem langsung macam gay boy je saya tengok"
Mendengarkan itu sehun terus menguatkan lagi pelukannya dipingang rapper d.i.a.
Lagu trouble maker akan berakhir tidak lama lagi.. Jadi sehun menggunakan kesempatan ini dengan membuat rapper d.i.a sedikit cuak. Dia lantas menolak sedikit tubuh rapper d.i.a mendekati dinding jeritan dari hyungnya langsung tidak dihiraukan dia lantas mendekat bibirnya kebibir milik rapper d.i.a perlahan-lahan dan ji hyo menutup matanya tidak mahu melihat muka sehun yng terlalu dekat dengannya.

Sehun tersenyum sinis bibirnya dialihkan kecuping telinga rapper d.i.a
"Kenapa takut saya kan gay jadi tak perlu rasa takut"usai berkata-kata sehun segera melepaskan rapper d.i.a...

Dia kemudiannya mengarahkan hyungnya supaya meneruskan latihan.. Lagaknya seperti tiada apa yang berlaku.. Dan sepanjang sesi latihan sehun langsung tidak menghiraukan rapper d.i.a sebaliknya ji hyo merasa yang kata-katanya tadi cukup lancang dia perlu meminta maaf pada sehun..

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now