CHAPTER 60

2.6K 213 2
                                    

[Busan last vocation]

Changsa airport

Di dalam perut kereta yang dipandu tao sekali lagi dia memegang pergelangan tangan sahabatnya itu sebelum dia melepaskan song ji hyo balik ke korea.

"Ji hyo walau apa pun keputusan kau aku sentiasa sokong. Ingat aku sentiasa ada untuk kau bila kau perlukan aku.. Aku sayang kau ji hyo"luah tao dipeluk tubuh sahabatnya itu kalau boleh dia tak mahu ji hyo membuat keputusan yang buat semua hati menangis tapi itu semua kehendak ji hyo.

Song ji hyo menangis dalam pelukan tao belakang badan sahabatnya itu ditepuk perlahan sebelum pelukan dileraikan. Air mata tao disapu menggunakan tangannya. Dia tersenyum namun senyuman itu bertukar menjadi esakan halus lantas kepalanya ditundukkan.

"Gomawo chingu"itu saja perkataan yang terlahir dari mulutnya dia lantas keluar dari perut kereta nasib baik cermin kereta tao gelap kalau tak dah tentu paparazzi akan menyiarkan cerita mereka nanti.

Luggage berwarna hitam miliknya ditarik dengan bantuan pengawal keselamatan song ji hyo berjaya mengharungi ratusan fan yang berasak-asak ingin menghantarnya pulang ke korea. Kalau selalunya song ji hyo ramah melambai dan melempar senyuman pada fan kali ini tidak song ji hyo mempercepatkan langkahnya sebab saat ini emosinya sangat terganggu kalau boleh dia nak saja lari dari fan yang mula menyesakkan otaknya tapi bila difikirkan balik nanti hujung-hujungnya dia juga dipersalahkan.

*********

Keadaan di dalam pesawat sangat tenang tapi hati song ji hyo masih belum tenang entah kenapa sejak dua menjak ni dia rasa macam tak sedap hati adakah perasaannya saja? Song ji hyo mengeluarkan headphone dari dalam tas tangannya dan mula menghayati lagu kegemarannya.

Matanya ditutup rapat cuba menghayati lagu yang sering kali dia ulang tapi gagal kerana mindanya di isi nama sehun dan bayangan sehun. Dia mengeluh dadanya dipegang degupan jantungnya semakin laju setiap kali dia rindukan sehun walaupun dia tahu sehun tidak pernah merindukannya dan juga menginginkannya buktinya sehun tidak pernah menelifon bertanya khabar lantas cincin yang melengkar dijari manisnya ditenung lama. Cincin perkahwinan yang akan dipulangkan semula dalam masa beberapa hari. Cincin bertahtakan berlian itu sungguh bermakna dalam hidupnya cincin yang mengingatkan dia tentang betapa kejamnya dia memainkan perasaan sehun. Kalau dia jadi sehun dia tidak mungkin memaafkan dirinya atas apa yang berlaku jadi apa yang dia perlu lakukan untuk sehun saat ini adalah pergi jauh dari hidup sehun dan dia janji baki semingu dia bersama sehun dia akan gunakan sebaiknya kerana dia sendiri tidak pasti adakah dia akan selamanya berada dalam pelukan sehun. Ji hyo tersenyum senyuman yang ikhlas kepada dirinya yang selama ini selalu menangisi perbuatannya.

*********

Song jong ki yang sedang kusyuk mengemas cafe miracle sedikit terganggu apabila mendengar jeritan diluar cafe lantas jong ki menapak kearah pintu ingin melihat apa yang dipekikan pelajar perempuan diluar sampaikan pengunjung cafe itu juga ingin melihat keadaan diluar..

Jong ki tersenyum apabila melihat sehun dari exo merangkap suami majikannya sedang menapak ke cafe patutnya ada jeritan dan pekikan disana sini rupanya jejaka terhangat abad ini sedang menebarkan pesonanya.. Dia merapikan apronnya tak nak kalah dengan sehun yang tampil segak..

Gary yang sedari tadi berada dikaunter juga menapak ke pintu ingin menyambut adik iparnya itu..
Sehun menunduk hormat pada abang iparnya yang sedang membukakan pintu untuknya..

Sehun duduk ditempat yang biasa dia duduk ketika melawat ketempat kerja isterinya itu.. Kepalanya dipanjangkan melihat kedapur kalau-kalau song ji hyo menatang hot coffee untuknya tetapi hampa wajah abang iparnya pula yang menghiasi matanya.

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now