Bab 5

6.2K 356 10
                                    

Bunyi notification dari telefon aku tak berhenti berbunyi. Amboi, ada fans chat ke? Rancak sangat notification masuk. Ke boyfriend yang mesej? Hm, kalau ada la. Tapi mengenangkan Kang Daniel aku, rasanya sampai ke tua tak ada boyfriend. 

Aku biarkan sekejap notification yang semakin lama semakin rancak itu. Nak siapkan story dekat wattpad dulu. Ye, saya Aria Effa seorang penulis di wattpad yang menulis cerita cringe dan tak reti-reti nak check typo ke apa ke semua ke. Yang saya tahu asal kerja jalan, saya on. 

Aku akhirnya buka juga telefon yang dah senyap. Sendu la pula rasa. Aku shut down kan laptop aku dan menuju ke arah katil. Lama juga la aku nak siapkan satu chapter. Pinggang ni dah rasa macam kena pergi berurut. 

Pergh, best pula kalau pergi ni. Ada sesiapa nak sponsor?

ACES

Abe Ayan
Kepada budak-budak baru nak up, sila tulis nama anda ya. Kalau tak, memang aku kasi nickname yang merepek. Sekian dari Aryan si handsome boi.

Abe Iyan
The most charming boy! Iryan in da house yow!

Abe Ayan
Ini wasap gila bukan rumah.

Narika sayang
Saya Rika yang comel. Oh by the way, Aria free tak?

Alyssa 
Si gojes-gojes girl Aria, Alyssa cutie pie. Aku tak nak tanya ke Rika?

Zafran
Hello semua, Zafran.

Amboi, pendek betul Zafran.

Tepung Expired
Efzan Naufal.

Dan akhirnya cengkerik mula bertapak di dalam group itu. Aku biarkan group chat tanpa membalas. Tapi aku balas la chat Rika dalam group chat kami bertiga. Kalau aku bagitahu nama aku pun, aku tak rasa diaorang save nama aku elok-elok. 

Sebagai budak yang baik, aku nak sambung baca fanfiction pasal Draco dan Hermione. Aku masih tak boleh move on dengan movie Harry Potter sampai sekarang. 

And Draco hello?

Handsome-handsome nak pergi mana?

Tak nak pergi hati saya?

Allahuakbar Aria, ingat Kang Daniel.


.............


" Aria! Bangun lah! Anak dara apa ni bangun lambat. " Eh aku la, kalau bukan sebab Aryan semalam yang ajak aku lawan Among Us sampai pukul 3 pagi, tak adanya aku bangun lambat. Dah la berulang-ulang dia ajak siapa pro jadi imposter. 

Eh ini Aria la. Pantang mundur kecuali makanan ada di belakang!

" Nak apa? " Pagi-pagi memekak macam hilang anak. Eh tak ada la pagi mana pun. Baru pukul 11. 

" Siap cepat. Diorang dah sampai tu. " Siapa pula yang sampai? Setahu aku, tak ada sesiapa pun ajak aku keluar kecuali Rika tapi itu pun hari selasa depan. Bukan hari ini. Aku menggaru kepala yang tak gatal. Haih, buat hal la.

"Siapa? "

" Aces. "

" Kejadah benda pula Aces tu? Super hero nak datang rumah ke? Avengers? " Kalau Chris Hemsworth datang pun okey juga. Handsome kut. 

" Kawan kita la! " Eh siapa pula kawan aku? Kalau Rika dengan Alys iya la. Yang lain semalam dalam group chat pun bukan aku kenal sangat.

Dengan hati yang tak berapa nak rela, aku gagahkan diri juga la pergi bersiap. Mana tahu kut-kut jumpa jodoh. Bukan jodoh la, tapi Kang Daniel. Jangan versi dark web sudah la. 

Aryan kata hari ini nak shopping barang kem. Awal betul nak shopping. Kem kan lagi dua minggu. Betul excited diaorang ni. Ikut je la ke mana diaorang nak pergi. Aku bukannya bersemangat nak ikut. 

Kalau boleh, nak aje aku duduk dekat rumah sambil golek-golek baca wattpad then tersengih bila part sweet. Adu, gabisa la. Mau kena cop gila sebab sengih sorang-sorang. 

Sebelum keluar, mama ajak semua makan dulu. Mama sebenarnya agak paranoid dengan makanan dekat luar since Along pernah sakit sebab makan makanan dekat luar. Doktor kata food poisoning. Dan sejak tu, mama kalau boleh akan buat bekal untuk kami atau pun makan siap-siap di rumah.


..........




" Makan sampai kenyang ya semua. " Kecur mulut aku bila nampak lauk-pauk yang mama hidangkan. Ada udang , ketam , siakap dan juga makanan laut yang lain. Ni kalau mama jadi chef, mesti tak berhenti orang singgah restaurant mama. 

Aku bagi 5 stars.

Ya Allah, terima kasih atas semua nikmat yang Engkau berikan ini. Moga-moga mama dipanjangkan umur supaya mama boleh tengok aku naik pelamin bersama Kang Daniel, amin.

Aku dan yang lain dah start berebut nasi. Aku tak rasa nasi yang ada ni cukup untuk semua. Sebelum lauk habis, better aku ambil dulu yang mana aku dapat capai. 

" Ayan, slow-slow makan tu. Nanti tercekik. " Mama menegur Aryan yang dah macam tak makan sebulan. 

Gelojoh sangat.

" Sorry ma, tapi ma masak sedap. Nanti tak boleh tambah kalau makan slow-slow. Mesti Iyan habiskan. "

Ha, mula dah dua ekor ni nak bergaduh.

" Ha memang. Mama masak favourite aku. Sebab mama sayang aku lebih dari kau. "

" MAMA TENGOK IYAN NI. " 

Serious talk, aku nak bagi free abang-abang aku. 

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now