Bab 50

4.2K 256 38
                                    

" Jangan risau. Dia takkan kacau kau. " Suara Efzan yang agak garau sikit menerjah. Sejak kena rasuk ni, hijab Aria mula terbuka perlahan-lahan. Tapi takda adalah sekerap mana. Cuma ditempat yang tertentu saja. Macam sekarang.

" Seram la Fal. Buatnya kalau dia lambai dekat aku. Nak kena lambai balik ke? Nanti dia ingat aku sombong pula kalau tak balas. " Aria menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Dia bukan manusia Aria. Dia cuma mahkluk Allah. "

" Ye aku tahu. Tapi kena berbudi bahasa kan? "

" Diam la. " Marah Efzan. Tapi dia hanya tanya benda logikkan? Tak salah. Aria yang malas mahu bising lagi terus ke kerusi kosong dekat belakang dewan.

Suasana dalam dewan ni meriah. Cuma macam-macam ragam yang banyak dia dapat lihat. Contohnya seperti seorang seniornya yang sakan berselfie bersama beberapa orang rakan serta seorang budak kecil yang agak menakutkan.

Aria teruja. Dia tahu itu apa. Annabelle! Eh tak. Chucky? Tapi itu semua patung. Disebabkan muka makhluk itu seperti Annabelle dan berbadankan Chucky, Aria menamakannya sebagai Annaky. Sedap tak?

..............

" Hm sorang je ke? " Tempat duduk disebelah terasa diisi. Tanpa menoleh Aria menjawab.

" Buta ke tak nampak? Tengah sorang kan. " balas Aria geram. Dari jauh lagi dia lihat ramai akak senior yang mahu bergambar suaminya, Efzan. Sakit hatinya semakin mendalam.

" Hehehe bukan buta dan tak nampak. Malah saya tiada mata. " Bulu roma Aria meremang. Shit, dia takut. Dengan perlahan Aria cuba bangun. Tetapi Annaky sudah siap memegang hujung tangannya apabila Aria cuba melarikan diri. Sejuknya !

" Janganlah tinggalkan saya. Sunyi tahu dekat sini. Awak teman saya eh. " Aria tidak menjawab. Sebaliknya hanya membaca surah dengan tajwid entah kemana dan rasanya tonggang terbalik. Allahu. Matanya sudah mula berair. Dia cuba mencari kelibat Efzan tapi tak kelihatan. Jangan cakap....

" Ya. Kau ada dalam dunia aku hehe. " Tawa Annaky. Aria ketakutan. Dia benci dengan gelak tawa yang keluar dari mulut Annaky itu. Sumpah seram!

...............

" Umi, walid, pa, ma. Nampak Aria tak? Dari tadi menghilang. " Mata Efzan cuba meliar ke arah sekeliling.

" La takkan pisah kejap dah rindu? " Suara Puan Mariam dan Puan Dhia menyakat membuatkan hati Efzan sedikit gelisah. Gotcha! Ada dekat kerusi belakang dewan sambil tunduk ke bawah dan bersama seorang budak.

Efzan tahu. Bodoh takda mangsa lain ke? Budak lemah semangat tu juga dia nak kacau. Kacaulah Shafiq ke apa jangan dia. Efzan mendekati Aria. Dari jauh dia dapat rasanya aura yang seram sejuk. Patut pakai coat tebal dekat sini. Naik gigil badannya.

Entah macam mana mata Aria tepat memandang ke arah Efzan. Lebih tepat lagi dengan mata berwarna merah. Dia keliru. Takkan nak buat bising dekat sini? Naya saja nanti kalau viral. Lalu dia terus membaca beberapa surah untuk mengunci pergerakkan Aria sebelum budak kecil itu mengamuk. Dari jauh dia segera ke tempat Ustaz Omar yang sedang bersembang.

" Assalamualaikum Ustaz Omar! " Sikit mengah rasanya.

" Waalaikumussalam Efzan. Nak apa? " Senyuman masih lagu menghiasi wajah Ustaz Omar.

" Aria Ustaz. Dia kena....kena.. "

" Kena apa Efzan oi? " Efzan membisikkan sesuatu pada telinga Ustaz Omar. Tak nak kecoh jadinya sebab itu bisik. Mata Ustaz terbeliak. Senyuman tadi juga makin luntur.

" Bawa dia pergi surau. Bawak sekali family awak dengan dia. Saya tahu rahsia awak. " Kenyitan mata Ustaz Omar membuatkan Efzan terasa loya. Apa maksud Ustaz pasal rahsia?

...................

" Kenapa kau masuk dalam badan dia? " Garau saja suara Ustaz Omar. Tak boleh nak berlembut nanti makin dia pijak kepala. Naya nanti.

" Erghhh.....erghhh.. " Hanya bunyi mengerang saja yang terhasil. Suara lunak gadis itu entah kemana pergi.

" Sebelum aku bakar kau baik kau jawab. Aku punya sabar taklah tinggi mana bila berkait dengan makhluk macam kau. " Efzan dan yang lain hanya memerhati dari jauh. Nak tolong tak reti. Nak baca baca nanti terkucil jadinya.

" Aku? Hehe datang dari mana? Hm fikirlah! Otak ada kan? " suara Aria bertukar menjadi suara budak kecil. Amboi dia. Tahulah zaman moden tapi takkan benda pun nak moden. Allahu zaman zaman.

" Aku minta cara baik. Kau keluar atau aku sepak kau keluar. Pilih. "

" Auch! Sakit tontot dia nanti hehe. " Efzan mengucap. Rasanya benda ini terlepas dari hospital sakit jiwa dunia hantu. Ada sesiapa cari pesakit sesat? Sini ada ha.

Ustaz Omar mula membaca beberapa surah sehingga membuatkan badan Aria mengeliat secara seksa.

" F*ck Ustaz ! Argh B*tch! " Benda zaman sekarang sangat maju. Saya respect !

Setelah sesi berubat selesai, Aria nampak lemah sangat. Nak bangun pun tak boleh. Dengan paksaan dan kerelaan hati, Efzan mendukung Aria secara bridal style. Jangan jealous sebab dia suami tau.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now