Bab 63

3.2K 196 5
                                    

Selepas Efzan dan tokayah balik dari memancing, Aria ditugaskan untuk memasak makanan favoratnya. Ketupat sotong! Sekali rasa kau pasti nak lagi. Dengan baunya Allahu.

Juri pula nenek, tokayah dan Efzan. Kenalah belajar masak sebab dah kahwin kan. Nanti lari husband kita takda backup dah.

Resepi nenek dah kasi awal-awal. Katanya dia kena belajar dari resepi turun termurun dari keluarga mereka. Tanpa bantuan atau pantauan sesiapa. Kau rasa?

Dengan bismillah, Aria memulakan tugas-tugasnya. Basuh sotong dan sebagainya serta menyumbatkan pulut nasi ke dalam sotong.

Aria cuma panaskan semua bahan-bahan. Dekat 45 minit, akhirnya semua barang sudah tersedia. Kali ini cuma nak tunggu beberapa jam untuk ketupat sotong tu masak.

AriEff

AriEff

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AriEff

Saya tahu saya dengan @Efzfal sweet. Mohon jealous dan pada Mira yang hm muka tak reti nak zip, lain kali tolong zip muka eh?

" Buat apa tu? "

" Buat apa? Buta ke husband? " Aria menjeling Efzan yang tiba-tiba nak menyendeng dekat dengan dirinya.

Terkena ulat bulu ke apa sampai perangai berbulu ni?

" Yakin ke sedap masakan kau? "

" Kalau sedap macam mana? "

" Aku belanja lightstick Wanna One yang baru. "

" OKEY AKU TUNTUT! "

.........

" Tokayah, macam mana? Sedap tak? " Muka Aria sangat berharap. Demi lightstick Wanna One yang baru!

Bukan tak mampu tapi sudah ada orang nak belanja siapa je tak nak kan?

" Hm.. guano nak kecek? Kiro 50/50. " Ujar Tok ayah. Aria tersengih lebar.

" Nek? "

" Mu pake resepi hok tu ko? "

Aria mengangguk.  Takkan nak main campak-campak barang dalam kuali ke periuk tu. Habis terbakar dapur itu nanti dia cabut dulu.

" 80/100. "

" Yes! Thanks nek! I love you muah-muah! " Aria memeluk neneknya dan cium kedua belah pipi.

" You are welcome. I lap you too. "

" Omg nenek dah maju! "

" Beshe je hehe. "

Nenek siapalah ni. Dan kali ini. Husband Aria yang amat dicintai dan mengada-ngada panggil Sehun Oppa as Sehun Oppa bukan Sehun Hyung.

" Fal, sayang aku kan? "

Efzan mengangguk. Hm boleh dapat simpati dia ni .

" Sedap gila kan? "

" Trick kau tak jadi. "

Cis. Dia ni suka spoilkan. Sama macam Kim Jongkook dalam Runningman.

" Sedap ke idok? "

" Hm. Sedap tu sedap. Tapi perbaikikan sikit rasa manis ni. Lightstick takda sebab tak menepati citarasa aku. " Patut ke aku bunuh dia?

Dah sedap tu sedaplah. Suka kasi fakehope. Nasib ada Jhope. Kalau tak, memang Aria pak pak hope dia.

...........

Disebabkan masa yang agak terhad, Aria dan Efzan terus bertolak ke Korea. Memang semua  buat drama. Oh ya, mereka baru saja sampai di KLIA 2. Rasa berat hati jugalah nak tinggalkan kawan-kawan.

Alys Si Gatal, Rika si Gila, Abang Zaf si Alim, Iryan si Sewel, Aryan si Ayamme dan juga Shafiq si Alien Durjana. Semua ni bakal dia rindu. Sudah la Korea dengan Malaysia bukannya dekat. Kalau dia ada kuasa Superman memang hari-hari ulang - alik.

" Babe, I gonna miss you. " Peluk Alys sampai meleleh hingusnya. Aria menggeleng.

" Ria, nanti minta sign BTS lagi eh? " Rika tersengih. Aria memutarkan matanya. Tamak betul si Rika ni.

" Haih, Alys janganlah peluk! Amboi Rika  nak pergi minta sendiri. " Balas Aria malas.

" Aria, Fal, jaga diri elok-elok ye? Jangan lupa mengaji apa semua. " Ujar Zafran lembut. Sejuk perut Puan Mariam mengandungkan Zafran. Penuh sifat seorang anak yang soleh.

" Nanti dekat Korea .... "

" Buat anak. "

Aria menahan geram. Dia luku juga kepala si kembar ini nanti. Tahulah kembar, lepas tu main sambung-sambung ayat pula. Memeningkan!

" Yo yo wasap! Hey bro pekabar? " Aria dan Efzan tidak mengendahkan Shafiq. Malas mahu melayan orang gila tiba-tiba.

Aria dan Efzan memeluk semua orang dan masuk ke balai lepas. Sayu hati nak tinggalkan astro dekat rumah yang dah record banyak gila pasal BTS, Wanna One dan Exo. 

...........

Hari ini merupakan hari pertama mereka berdua bersekolah di Korea. Aria dan Efzan bersekolah yang sama iaitu di Seoul Art School. Kelas pun sama. Adakah ini jodoh?

" This is your class. And have fun. "

Aria dan Efzan masuk bersama. Rata-rata mata memandang ke arah mereka. Eh budak hujung tepi tingkap tu handsome la! Tapi sayang sebab dah kahwin huehue.

Efzan lah ni ee.

" Hi guys, My name is Aria Effa and I'm from Malaysia and this is my... " Aria berkira-kira mahu memperkenalkan Efzan sebagai suaminya atau apa 

" Efzan Naufal. Her mphhh...... " Aria menutup mulut Efzan.

" He's my twin. You know twin with not same same face? Ha gitu lah hahaha.... " Aria mengulungkan tangannya pada rambutnya sendiri. Dia sendiri tak tahu apa yang dibicarakan dari tadi.

Selepas hampir beberapa jam belajar, akhirnya sampai juga waktu rehat. Hm... Efzan dah dapat kawan. Aria bila pula?

" Hi! Are you alone? "

" Yeah, forever alone hm ... " Ujar Aria sayu.

" Haha you so funny. By the way , My name is Ryu Min Hwa. You can call me Minhwa. "

" Mine is Wi Ha Eun. Beautiful right? "

Yes , aku dah dapat kawan!

...........

First day sekolah pun sudah ada homework yang berlambak. Aria mengeluh. Semua kerja sekolahnya dalam bahasa Korea. Nasiblah Haeun dan Minhwa sudah berjanji untuk mengajarnya bahasa Korea hari ini .

" Fal, kejap lagi kawan-kawan aku nak datang. Ajar aku kerja sekolah dengan hangul. Kau nak join ke? "

" Tak pa. Kejap lagi kawan aku datang juga. " Dingin saja Efzan menjawab. Aria mencebik.

" Siapa? "

" Kwon Chung Wo. "

Ting tong!

Aria berlari pergi di hadapan pintu. Tak sabar nak sambut Minhwa dengan Naeun.

" Annyeong. "

" Dah apa jadah bawa kek bagai ni? "

"What are you saying just now? "

" Nothing. Just hi in Malaysia. "

Habislah kau Aria. Mesti sepah rumah!

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now