Bab 46

4K 246 30
                                    

Dia berkira-kira mahu sokong Efzan ke Shafiq ataupun Wafeq. Serius dalam dilema gila dah ni tapi Aria ada perasan sorang ni. Namanya kalau tak silap Alwani. Senior Aria dan dia ini girlfriend kepada Shafiq kalau tak silap.

Okey satu dah settle. Wafeq? Dia pergi ke belakang sekejap dan mencari bunga kecil macam bunga matahari lalu mencabut kelopaknya satu-satu.

" Wafeq. "

" Naufal. "

" Wafeq. "

" Naufal. "

Lama juga sampai rabak bunga tu jadinya. Maaf bunga kita tak bersalah. Dan akhirnya...

" Seriously Wafeq? " Aria mencebik. Sudahlah. Dia mahu menyokong suaminya. Lebih afdal kata orang. Dapat pahala juga.

Selepas saja pistol berbunyi maka pertandingan telah bermula. Mula-mula Efzan dihadapan kemudian Wafeq dengan kepantasan Cheetah mengejar.

" Shafiq! Cepat! I know you can do it! " Semangat Alwani menyokong Shafiq. Dia dapat lihat Shafiq yang tersenyum semasa sedang berlari. Kenyitan dihadiahkan oleh Shafiq buat Alwani.

Aria tiba-tiba saja beremosi. Dia membuka kasut dan mengoncangkannya dengan kuat. Dengan sengaja dia terbaling pada seorang mamat ni. Ops sorry sengaja!

" Aduh! Kasut busuk mana pula ni. " Eh, panas hati la pula. Siapa pula yang mengutuk kasutnya berbau busuk? Aria berpaling. Efzan yang mengosok kepalanya dipandang oleh Aria. Aria tersengih. Terbaling dekat suami rupanya.

Eh sekejap, bukan Efzan tengah berlari ke tadi?


................

Kuat juga balingan Aria sampai dahi Efzan yang putih bersalut dengan burn ini bengkak. Kita tak sengaja tau! Mereka duduk di belakang khemah rumah sukan di antara Nilam dan Delima. Takda la tersorok sangat tapi tak banyak orang la.

Aria mengambil ais yang dibalut dengan kain. Lalu menekan sedikit lembut di dahi Efzan. Kalau kuat kang mamat ni jerit buat malu je.

" Kenapa baling dekat aku? "

" Tak sengaja la. Kut. " Perkataan kut diperlahankan. Tak mahu Efzan dengar. Nanti dia juga yang kena bebel. Selepas siap semuanya, Aria mahu kembali ke arah kedai mereka. Sudah lama dia meninggalkan kedai itu.

" Aku gerak dulu eh? Nak pergi tolong dekat gerai. "Efzan mengangguk. Dia pun lepas ni ada acara lagi. Harap menang lah bolehlah Aria rembat kejap masuk insta cakap tu dia punya hehe.

Semasa Aria sedang berjalan dengan riang, dia perasan akan satu sweet couple ni. Kejap dia tahu! Kak Alwani dengan Shafiq! Kak Alwani tengah lap peluh dekat dahi Shafiq. Dia kembali memandang Efzan yang berada dibelakangnya. Amboi, sedap betul Efzan minum air milo sambil kaki disilangkan.

...................

Aria tersenyum kepada para pelanggan yang semakin ramai di gerai Nilam. Boleh untung ni. Tetapi senyumannya mati disebabkan seseorang.

" Aria! Awak tengok tak saya lari? "

" Ya? Oh haah. " Terpaksa melayan sebenarnya. Wafeq ini pun satu time orang tengah kerja la dia nak kacau. Tiba-tiba Wafeq melutut.

" Eh, Wafeq apa ni?  Wafeq bangun la! " Dia sudah berasa malu apabila rata-rata mata memandang ke arah mereka. Efzan pun datang melihat keadaan yang semakin kecoh. Wajahnya berubah riak. Aria pula membuat muka simpati meminta pertolongan dari suaminya. Tapi cuma jelingan tajam dia dapat.

" Aria .... " Aria memandang Wafeq dengan muka penuh tiada perasaan. Cangkul pak cleaner mana? Dia nak cangkui muka Wafeq ni.

" Will you be my girlfriend? " Aria yang tidak terkejut dengan lamaran Wafeq itu terdiam. Sudah dia agak sebenarnya. Tetapi ramai pula mengwookan mereka. Dia isteri oranglah!

" Yes! Yes! Yes! " Eh, soalan ini untuk aku atau kau?

" No. I'm so sorry dude. "

" But why? " Jelas terpancar riak kecewa Wafeq dan yang lain.

" Sebab aku still kecil lagi mengikut figura aku walaupun pemikiran aku agak matang dan sewel tapi ni semua melebih. So aku tak nak. " Aria memandang Efzan dari jauh.

Efzan tengah makan ice cream Malaysia dan menunjukkan tanda bagus. Mana dia dapat ice cream? Dia nak juga!

................

Aria duduk di rumput yang panjang dan mencabutnya sampi mencari 'padi' yang rupanya kemuncuk sewaktu muda. Ingatkan nak ler bawak balik 'padi ' lepastu adalah niat nak masak nasi guna 'padi' ni. Tapi sia-sia.

" Aria Effa kan? " Aria menoleh. Dia retis kot sampai semua tahu nama. Oh Kak Alwani.

" Ha ye saya kak kenapa ya? "

" Kenapa buat Wafeq macam tu ? " Dia mengeluh. Takda niat pun nak buat Wafeq malu. Tapi apa yang Wafeq buat tu memalukan dirinya.

" Saya buat bersebab kak. "

" Sebab privasi ke? " Aria mengangguk. Kak Alwani juga mengangguk faham. Dia mengosok belakang badan Aria lembut.

" Kak dengan abang Shafiq macam mana? " Pergerakkan kak Alwani terhenti. Mukanya sudah bertukar warna.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now