Epilog

4.7K 192 208
                                    

" Papa, jomlah kita mandi. Arie nak mandi. Please papa, papa sayang Arie kan? " Elvin mengerdipkan matanya berkali-kali. Matanya galak memerhati kawasan Lostworld itu sejak kakinya melangkah masuk ke dalam kawasan itu. Tempat mandi kanak kanak dan permainan yang berada di situ menarik hatinya.

" Evin, kan mama kata- "

" Let's go! " Efzan menarik tangan Elvin masuk ke dalam kolam kanak-kanak. Nasiblah mereka sudah memakai pakaian yang bersesuaian untuk bermandi-manda di situ.

Aria mengeluh. Dia mengambil tempat duduk yang berada berdekatan dengan kolam kanak kanak dan memerhati Efzan dan Elvin yang sedang bersuka ria. Hatinya terjentik rasa bahagia namun dibuangnya jauh-jauh. Seketika kemudian, Elvin datang dengan bajunya yang basah. Dia mendekati Aria yang sedang elok beristirehat disitu.

" Mama non vuoi unirti a una volta? [Mama tak nak join sekali ke?] "

" Nah, mama okey je dekat sini. Why ma boy? " Tanya Aria.

" Papa ajak. Mama join eh? Nantikan mama dengan papa nak main kahwin-kahwin. " ujarnya sambil tersengih.

Main kahwin-kahwin? Ha memang pernah main pun. Haritu kahwin lepastu cerai sebab perempuan miskin kain. Then nak kahwin balik nak buat benda sama ke?

" Mama- "

" Aria please? Kau kata nak kasi aku chance. Sekarang masanya. " Rayu Efzan. Elvin memeluk kaki Aria tanda memujuk.

" Fine. Tapi jangan masuk Petting Zoo! " Aria memberi amaran. Ular? Biawak? Tarantula? Big no!

" Okey okey. "

Mereka mula bergerak ke arah permainan Viking. Aria meneguk air liurnya kasar. Permainan ini. Dia pernah lihat Jaehwan yang menjerit bagai nak gila dan juga BTS bermain permainan ini. Adakah dia juga akan jadi gila?

Kapal Viking itu mula bergerak perlahan lahan. Semakin lama semakin tinggi. Aria memegang kuat besi penghadang itu. Jantungnya mula berdegup dengan laju. Rasa macam nak terkeluar je jantung ni!

" Ahhh! Huwa! Tak mau naik dah benda alah ni lagi! " Aria menjerit kuat apabila kapal Viking itu semakin tinggi. Dia mencengkam kuat bicep Efzan.

Efzan berkerut menahan sakit manakala Elvin seronok menikmati permainan itu. Aria menstabilkan dirinya apabila sudah turun daripada kapal Viking itu. Dia mengurut perlahan pelipisnya. Baru dia sedar dia takutkan ketinggian. Sebelum ini biasa biasa saja.

" Are you okay, mama? Do you need water? " Soal Elvin prihatin . Dia risau apabila melihat wajah mamanya yang berubah pucat.

" Mama.....mama... ma okey. You tak payah risau okey? " ujarnya perlahan. Efzan menahan tawanya daripada terlepas. Bukan senang mahu lihat Aria seperti ini.

Aria mengambil nafasnya sebelum memghembuskannya dengan kuat. Kali ini dia bersedia! Dia mengambil langkah dengan laju tanpa mengetahui hala tujunya.

" Aria! Kau nak pergi mana? Situ arah Petting Zoo cedoi. Sini arah tempat gelongsor tu. " Efzan menjerit dengan kuat supaya suaranya didengari oleh Aria.

Minah itu bukannya boleh. Telinga macam tak pernah korek!

" Tunggu! "

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now